CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makna Di Sebalik Logo Jenama Kereta Terkenal

24-8-2015 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 18936| Komen: 30

Description: Erti 'subaru' adalah bersatu ...
Oleh Izzah Abbasy

Setiap logo yang dihasilkan mestilah melalui perbincangan dan persetujuan bagi memastikan ia menjadi terkenal dan mudah diingati.

Jika kita lihat, jenama kereta terkenal mempunyai logo yang pelik dan 'simple' tapi mudah untuk dikenali. Jom bongkar apa makna logo yang mereka cipta ini.




ALFA ROMEO

Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.



BMW

Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahawa BMW membuat enjin pesawat tempur ketika Perang Dunia 2.



FERRARI

Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.



LAMBORGHINI

Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini. Dia juga pecinta pertunjukkan matador.



LOTUS

Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman.



MASERATI

Ternyata lambang trisula disini bukan lambang syaitan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.



MERCEDES-BENZ

Lambang bintang berlengan tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat dan udara.



AUDI

Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud daripada 4 syarikat besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas syarikat ini), ertinya juga mendengar. Maka daripada itu, agar lebih umum nama Audi digunapakai.



PORSCHE

Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang syarikat Porsche.



SAAB

Kepala Griffen (makhluk mitos campuran singa dan helang) berasal dari jubah Count Von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.



RENAULT

Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.



SUBARU

Erti 'subaru' adalah 'bersatu'. Logo ini juga menggambarkan gugusan bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, dimana ia terdiri daripada 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.



MITSUBISHI

3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan.



VOLVO

Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Sweden.



YAMAHA

Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.

Wah, barulah tahu semua makna logo-logo kereta mewah ini. Sebelum ini mengenali logo dan tahu sebut sahaja. Majoritinya, berkaitan dengan pengasas sendiri, ketenteraan dan kisah di sebalik tertubuhnya syarikat mereka ini. - CARI Infonet
30

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
25

Sedih
24

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purple_leo 3-8-2015 02:51 PM
ohooooooooo...baru tau...nice info...thanks tt..
Quote cmf_Kimmy 3-8-2015 04:08 PM
oooh...gitu rupanya....
Quote uori 3-8-2015 04:26 PM
Quote Artemesiaa 3-8-2015 04:58 PM
Ooo kesahnya
Quote @inardni 3-8-2015 04:59 PM
wah...baru tau.
Quote angio 4-8-2015 10:01 AM
nice info..
Quote miabebe 4-8-2015 10:26 AM
Br mia tahu...maceh2
Quote pittjie 4-8-2015 11:53 AM
nama mercedes tu pulak sempena nama anak pompuan founder dia.
Quote fifie_olin 4-8-2015 02:41 PM
brand alfa romeo tu org ISlam leh bwk ke
Quote alphawolf 4-8-2015 04:11 PM
BMW tu semata2 warna bendera Bavaria, lokasi BMW...takdak kena mengena dengan pesawat...sangat
baca kat sini : http://wheels.blogs.nytimes.com/ ... n-from-planes/?_r=0
Quote Gadjet 4-8-2015 05:05 PM
oooooooooooo....
Quote kitaenjoice 4-8-2015 05:33 PM
proton takde ke?
Quote asher 5-8-2015 11:36 AM
yamaha tu aku ingat lambang playar...
Quote Ipo 5-8-2015 12:11 PM
kereta mesia tak dak ke?

Quote mdmvava 6-8-2015 11:13 AM
ku pon baru tau...huhu
Quote aTiKah_aYuNi 9-8-2015 02:47 PM

Ooo kesahnya
Quote Faina 25-8-2015 11:23 AM
ooo aku pun baru tau ni
good info
Quote MH37O 25-8-2015 12:09 PM
proton punya lambang? apa pulak erti?
Quote ira79 25-8-2015 12:52 PM
proton nyer lambang... inspired by thundercat.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.105873 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top