CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Cuba Masak Sendiri Sizzling Yee Mee

25-8-2015 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9660| Komen: 6

Description: Lamanya tak makan Sizzling Yee Mee.. Tengok gambar je kecur liur pula dibuatnya. Buat penggemar sizzling.........

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.asiafinest.com

Lamanya tak makan Sizzling Yee Mee.. Tengok gambar je kecur liur pula dibuatnya. Buat penggemar sizzling mungkin  anda boleh cuba sendiri resepi ini, tak adalah susah pun nak buat. Cuma anda perlu membeli plat khas untuk sizzling mee sebab macam pelik kan kalau makan sizzling mee dalam pinggan kaca. Ke tak?

Bahan-bahan untuk membuat sizzling yee mee ni tidaklah susah nak cari, pergi je di super market pasti ada. Rasa nak makan ramai-ramai beli lebih sikit bahan-bahan tu. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang)
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee
 

Cara-cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
yee mee:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut,
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika.

Semoga resepi yang dipetik dari kellazule.blogspot.com ini dapat membantu anda mencuba satu resepi masakan baru. Asyik masak tom yam, gulai lemak pun boring juga. Selamat mencuba, sedap update sini ya. - CARI Infonet.



25

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissQaseh 26-8-2015 08:23 AM
sedapnya
Quote comel91 26-8-2015 05:46 PM
mane nk beli kuali sizling tu?? nak masak yang asap2 tu
Quote tatirania 26-8-2015 10:16 PM
nampak sedap tapi saya tak pernah makan............
Quote friedfishsoup 26-8-2015 11:43 PM
Bole Cuba nanti
Quote sherry70 27-8-2015 11:19 PM
comel91 replied at 26-8-2015 05:46 PM
mane nk beli kuali sizling tu?? nak masak yang asap2 tu

kalau awak org KL, cuba ke Pasar Pudu, ada kedai cina jual perkakas dapur.. saya beli 2 sets yg ni, claypot n few other things....saya guna plate iron ni da lama, blh buat mcm2 menu...
Quote eriteun 13-9-2015 05:00 PM
Wulan Guritno Ingin Jadi Germo Dari Sosok Ini

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044665 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top