CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isu ZOUK TREC: Jangan Kerana Kejar Kemajuan Moral Anak Bangsa Dihujung Tanduk

25-8-2015 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 14391| Komen: 69

Description: Apa Yang Diharapkan Zouk Trec Ini Betul-Betul Dapat Membawa Masuk Pelancong Dan Bukannya Meningkatkan Pendapatan Melalui Hasil Domestik Sahaja...
Oleh Fyruz Hanna


TREC, merupakan sebuah pusat hiburan terbesar di Malaysia kini telah dibuka. Lokasinya terletak di Jalan Ampang berhampiran dengan Royal Selangor Club. Pusat hiburan ini telah dijenamakan sebagai TREC, iaitu singkatan dari " Taste, Relish, Experience, and Celebrate.

Kalau dihitung dari aspek pembinaannya, ianya juga gah dengan menggunakan 2.8 hektar tanah yang boleh dikira-kira bersamaan dengan 6 kali padang bola sepak. Zouk TREC ini menelan belanja RM38 juta yang menjadikan ia antara pusat hiburan paling mahal dibina di Malaysia.
 

TREC juga merupakan antara Zon Hiburan terpilih di bawah Tourism EPP8 oleh Kementerian Pelancongan tahun lepas.

Dengan menjangkakan jumlah pelancong sekurang-kurangnya 1000 orang setiap hari TREC merupakan antara usaha melonjakkan nama Malaysia sebagai salah satu destinasi hiburan pelancongan utama dunia. Selain ia menjana 1800 pekerjaan dan menyumbang pada RM140 juta pendapatan ekonomi tempatan setiap tahun.

Dari aspek pelancongan ia akan menjana RM 168 bilion dengan menarik 36 juta pelancong. Dengan keadaan ringgit Malaysia yang tidak baik diharap dengan ZOUK TREC ini dapat meningkatkan kembali aliran masuk mata wang asing ke Malaysia.

Baru-baru ini, terdapat suara-suara yang membangkitkan soal lokasi pusat hiburan itu yang dikatakan berdekatan dengan sebuah masjid. Ini mungkin menyentuh sedikit isu sensitiviti masyarakat setempat. Bagi Muslim, sememangnya dilarang oleh agama mengunjungi tempat-tempat sebegini. 


Walaubagaimana pun, ada juga suara yang menyokong pembinaan tempat hiburan ini dengan merasakan sudah tiba masanya kita bertolak ansur demi kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Jika difikir dari sudut positif, pembinaan TREC ini mampu menjana pendapat negara. 

Tidak kurang juga ada yang menyatakan isu lokasi TREC berdekatan masjid bukanlah satu isu besar apabila ada banyak masjid di luar negara juga didirikan betul-betul ditengah kota dan tidak jauh dari kelab malam dan pusat-pusat hiburan.


Mungkin hal ini merupakan satu yang pelik dilihat di Malaysia, namun hakikat sebaliknya apa yang dapat dilihat di negara kita, masjid-masjid masih lagi sunyi dan tidak diimarahkan sebaiknya seperti dinegara-negara luar walaupun masjid yang gah dan indah telah banyak didirikan.Dimanakah silapnya tidak juga dapat dipastikan.

Jika berbicara mengenai lokasi, penulis sendiri merasakan ia kurang sesuai kerana bakal menambahkan lagi kesesakan sedia ada di jalan tersebut. Tambahan pula, ia juga terletak tidak jauh daripada kawasan kediaman dan juga masjid.

Pusat-pusat hiburan yang beroperasi adalah tertakluk dibawah Akta Hiburan WPKL dan sehingga Julai 2015, DBKL juga telah meluluskan sebanyak 100 premis pub dan kelab malam di seluruh Kuala Lumpur. 

Namun apa yang dikuatiri penulis adalah dengan bertambahnya hab hiburan seperti ini, anak muda khususnya mungkin akan lebih terdedah dengan budaya kurang sihat seperti penyalahguaan dadah, alkohol dan gejala seks bebas. Jika kita singkap beberapa kes pada tahun lalu, terdapat 2 kes hangat yang viral di media sosial yang mana melibatkan penyalahgunaan dadah semasa berhibur hingga menyebabkan kematian di kalangan remaja. 


Walaubagaimana pun, apa yang diharapkan ZOUK TREC ini betul-betul dapat membawa masuk pelancong dan bukannya meningkatkan pendapatan melalui hasil domestik sahaja.

Jangan sampai kerana leka mengejar kemajuan, moral anak bangsa dihujung tanduk... 
13

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
32

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote #h$=== 25-8-2015 07:05 PM
Kemajuan ? Apake bongok
Quote famri7 25-8-2015 07:05 PM
Xperlu pusat hiburan sbesar zouk untuk anak2 sunni berhibur,, dicelah2 semak bersepah kah gadis sunti sunni ditangkap bermukah..biarlah ummah kaper nk berlibur ,ummah sunni duk diam3 baca koran di rumah.
Quote Changa 25-8-2015 07:07 PM
#h$=== replied at 25-8-2015 07:05 PM
Kemajuan ? Apake bongok

tak suka tak payah pergi,.
tiada siapa yang paksa pergi berhibur pun,.

berkuntum jah kat rumah atas tikar sejadah sambil bertasbih
Quote #h$=== 25-8-2015 07:15 PM
Changa replied at 25-8-2015 07:07 PM
tak suka tak payah pergi,.
tiada siapa yang paksa pergi berhibur pun,.

Mau berhibur lantak lah .Apake bengap dikaitkan dengan kemajuan
Quote eLiaD 25-8-2015 07:41 PM
ni tmpt anak2 vip cucuk langit..jgn kacau..
Quote jengkoil 25-8-2015 07:44 PM
Jangan kerana kejar kemaluan moral anak bangsa dihujung tanduk
Quote hzln 25-8-2015 07:44 PM
cer tanya menteri pelancongan
mesti dia sokong 100%
kita perlukan tempat sebegini
utk menarik pelancong
kan ker malaysia dgn ringgit tahap bangsat ini bakal menjadi destinasi pelancongan terunggul di dunia?

Quote mbhcsf 25-8-2015 07:47 PM
apa apa pun bergantung pada didikan ibu ayah dan apa pegangan seseorang itu.

apa apa pun melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Quote hzln 25-8-2015 07:52 PM
ohh ya...ni projek dr buah akal pikiran pemandu utk tingkatkan ekonomi negara nih
masa utk panggil @MelahJanda utk bagi sepatah dua kata
Quote mawarika 25-8-2015 08:21 PM
Baru nak buat...pesal 10 tahun lepas tak buat?
Quote nikaido 25-8-2015 08:27 PM
so bila KL nak buat red light dictrict kasi lawan sama amsterdam & frankfurt
Quote taikor 25-8-2015 08:34 PM
orang pun tak larat nak selalu pegi la... skali skala la
Quote merrissa 25-8-2015 08:37 PM
jangan dapat cash seperti di thailand udah......

camner nak sebotnya....zauk ke hauk?
Quote supirnakal 25-8-2015 09:03 PM
Teringat red district dkt hindia.. bole lawan ke kl ni..haahaha hauk
Quote airfilterkotor 25-8-2015 09:29 PM
Ada orang tak berapa kesah bangsa dia sendiri (melayu cina india mahupun punjabi) jahanam atas nama 'kemajuan'.
Quote mixieleo 25-8-2015 10:18 PM
Kemajuan yg tdk seiring dgn iman dan modal insan samalah juga spt menjilat madu atas duri! Yg cerdik je dpt jilat madu tanpa luka lidahnya!
Quote bambimo 25-8-2015 10:19 PM
Dah tersergam indah..
Boleh u-turn lg ke?
Quote the_killer 25-8-2015 10:23 PM
alaahhhh..bak kata yahudi berkerak...tak urban la mcm tu..hidup kena enjoy
Quote Orange1 25-8-2015 10:55 PM
eLiaD replied at 25-8-2015 07:41 PM
ni tmpt anak2 vip cucuk langit..jgn kacau..

Cucukk langitttt lama tak dgr term ni

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073209 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top