CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahaya Susah Berpeluh - Perlu Rawatan Segera

27-8-2015 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 21460| Komen: 2

Description: Berpeluh adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal. Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan.


Oleh : TS LOO


Pernah tak lihat ada sesetengah orang berpeluh sehingga seluruh baju nya kelihatan basah kuyup, seolah-olah baru siap mandi?

Ada pula golongan yang kuat berpeluh pada bahagian tapak tangannya, keadaan itu mendatangkan masalah khususnya buat pelajar semasa menduduki peperiksaan kerana ia akan membasahi kertas peperiksaan. 


Berpeluh adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal. Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan. 


Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.


Sebenarnya terdapat macam-macam keadaan yang membolehkan seseorang itu berpeluh antaranya selepas makan pedas, terlalu risau, cuaca panas, selepas melakukan aktiviti yang cergas seperti bersenam dan sebahagian kecil pula adalah merupakan penyakit. 


Beikut adalah tip yang dikongsi berhubung bahaya tidak berpeluh pada tubuh dan kesihatan seseorang.


Kulit kusam - Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.



Ganggu sistem imunisasi - Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.


Kegemukan - Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses 'membakar' lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.



Tingkatkan tekanan - Bagi seseorang yang ingin terhindar dari tekanan fikiran terus meningkat, digalakkan untuk bersenam. Lakukanlah apa saja yang mampu mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.


Jantung tidak sihat - Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.


Bagi orang yang memang susah nak berpeluh langsung walau apa sekali pun keadaan yang dihadapi, perlu mendapatkan rawatan segera.


Ini kerana menurut pakar perubatan kulit, golongan tersebut akan menyebabkan dirinya terkumpul toksik dalam badan dan boleh memudaratkan kesihatan. - CARI Infonet




6

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bocorantogel 4-7-2017 02:35 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Quote SAgar.900 7-3-2019 03:28 PM
I am here shear with you a awesome post i hope you like the robux free game it is the very different game all the time and here the more player play this game easily.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053484 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top