CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dosa-Dosa Mustafa Kamal Ataturk Hingga Jasadnya Di Tolak Bumi

27-8-2015 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30575| Komen: 23

Description: Mustafa Kamal Ataturk merupakan Bapa Pemodenan Turki dan namanya dikenali seluruh dunia kerana.........

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : colnect.com

Mustafa Kamal Ataturk merupakan Bapa Pemodenan Turki dan namanya dikenali seluruh dunia kerana beliau telah mencetuskan gerakan Turki Muda dan akhirnya berjaya menjatuhkan institusi Khalifah Uthmaniyah pada 1923.

Ataturk adalah manusia yang bertanggungjawab menghancurkan Khilafah Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, ramai ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutamanya ulamak-ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah. Semua ulamak ini dianggap sebagai kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya dari tampuk pemerintahan.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya. Oleh kerana dia mengkhianati agama, dikatakan jasadnya tidak diterima bumi hingga terpaksa dihempap dengan batu seberat 44 tan.


Sumber foto : saripedia.wordpress.com


Dosa-Dosa Mustafa Kamal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, “Kamal Atartuk adalah Tuhan,” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Saat Kematian Kamal Ataturk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar..

Disebabkan putus asa, mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang baik dan benar itudatangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Semoga kisah ini menjadi pedoman buat kita semua.
- CARI Infonet.



8

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
3

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 27-8-2015 02:12 PM
sejarah yang menarik utk dibaca
Quote epis 27-8-2015 02:36 PM
pernah baca buku pasal sejarah kamal artatuk ni.. bagaimana die menjatuhkan kerajaan islam turki ni... sememangnya satu titik perubahan besar dalam dunia islam moden, huhu...
Quote shuk_one 27-8-2015 02:37 PM
semoga jadik pedoman untuk semua
Quote kivio 27-8-2015 03:28 PM
Kita yang baca ni pon dah rasa meremang.
Huuuuu
Quote cmf_Kimmy 27-8-2015 04:32 PM
didunia lagi Allah dah tunjuk, tak tahu lah macam mana di akhirat nanti......

zaman sekarang pun dah ada orang Islam sendiri yg ala2 mcm kamal Atarttuk. Segala kejadian Allah dipertikaikan. M
Quote revolusi_30 27-8-2015 05:02 PM
Cerita2 dongeng mcm ne pun repoter cari nak bukak. Salah board pulak tu
Quote Weller 27-8-2015 05:18 PM
ini dah berapa kali ulang da...........
Quote Artemesiaa 27-8-2015 06:51 PM
Siaran ulangan
Quote Jerambut 28-8-2015 02:26 AM
"Oleh kerana dia mengkhianati agama, *dikatakan jasadnya tidak diterima bumi hingga terpaksa dihempap dengan batu seberat 44 tan."

*perkataan yg melumpuhkan seluruh isi artikel ini.

Quote adikfatin 28-8-2015 07:15 AM
Ceramah ustaz abdullah khairi ada cakap psl hal ni...alhamdulillah boleh baca sumber bi
Quote lelakinaive 28-8-2015 08:14 AM
bukti?? bukti mana???
gambar ke, berita dari pihak ketiga ke..
Quote lkick2113 28-8-2015 09:23 AM
ni fitnah la........nampak sangat wartawan cari ni tak buat buat homework.......dia meninggal sebab jatuh kuda masa nak periksa perbarisan tulang rusuk dia patah dan tertusuk salah satu organ (paru2 kalau tak silap) so, dia kena komplikasi jangkitan dan diburukkan lagi sebab tabiat kaki minum dia.....tu je....tolong la jgn bukak thread fitnah ni...
Quote zuerinaBP 28-8-2015 10:16 AM
dh baca buku kisah dia....dh merasakan kekejaman dia...sampai xnk baca habis buku tu...
Quote ijoHULK 29-8-2015 02:53 PM
lkick2113 replied at 28-8-2015 09:23 AM
ni fitnah la........nampak sangat wartawan cari ni tak buat buat homework.......dia meninggal sebab  ...

erkkkk fitnah

Quote nenekglamer 30-8-2015 01:39 PM
Kisah kamal yg dok dijaja kt porum ni dah macam kisah seribu satu malam. so apa kisah yang sebenarnya?
Quote amersudahbesar 1-9-2015 11:02 AM
MENARIK NYER. THANKS BG INFO DAN TAULADAN
Quote sapeka 1-9-2015 01:29 PM
kupas dengan lebih mendalam lagi best nak baca
Quote syakuntala 2-9-2015 09:49 AM
jd kisah yg t_t bg tu x betul ke?
Quote sranua 3-9-2015 11:13 AM
Masa baca dalam buku sejarah, Kamal Attaturk digambarkan macam wira..memodenkan turki.
Takde pulak dalam buku sejarah tu diceritakan  keburukan dan kejahatan Kamal Attaturk.
Bahaya buku Sejarah Tingkatan 4 ke 5....abis buda2 percaya yg Kamal Attaturk moden...yg Islam ni kolot....
Siapa la pengarang buku Sejarah tu..rosak minda...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067824 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top