CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belon Kuning Sengaja Dilepaskan Dalam Acara Najib

1-9-2015 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4612| Komen: 9

Description: Belon yang antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media" itu kemudiannya dipecahkan oleh beberapa pengawal keselamatan yang berada di tingkat bawah.



sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/


Tujuh belon kuning yang antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media" dilepaskan oleh seorang individu di pusat membeli belah Pavilion ketika acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.


Memetik laporan Malaysiakini, belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum apabila ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian ketika pembukaan DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.



Namun begitu, belon tersebut berlegar-legar di udara sebelum jatuh di belakang pentas utama dan kemudiannya dipecahkan oleh beberapa pengawal keselamatan yang berada di tingkat bawah.



Sekitar 200 pengunjung terkejut apabila melihat belon itu, ada di antara mereka yang merakamkan kejadian tersebut dan ada juga menuding jari ke tingkat atas.


Manakala seorang polis bantuan lagi pula, terus ke tingkat lima untuk menjejaki individu yang melepaskan belon berkenaan.


Menurut laporan Bernama, Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku. 


Pada masa yang sama, mereka sempat meluangkan selama beberapa minit menyaksikan pameran lukisan oleh Soon Hoe, pelukis kontemporari Malaysia yang berpangkalan di Melbourne. - CARI Infonet



26

Bagus
38

Marah
39

Terkejut
58

Sedih
41

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (239 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote myvios 1-9-2015 11:57 PM
pobia sgt dgn kuning.. haha..
Quote giyomi 1-9-2015 08:25 PM
Si pembaling dah ditangkap pon dan disoal siasat atas akta insult. Tak perasan tapi tersentap mak dgn penghinaan belon kuning kaedahnya.
Quote wana89 1-9-2015 07:55 PM
Najib kata ada aku kisah..macam sifu dia la
Quote L211 1-9-2015 05:02 PM
tak perasan atau buat 2 tak perasan.. jibby al kutty, urghhhh bila laaa nak kojol
Quote Vympel77 1-9-2015 02:09 PM
Quote anony-mous 1-9-2015 12:58 PM
Alahh ptut pakat rmai2 lg lepaskn. Kamon!!! Ni pon jibby xperasan. Xbest la
Quote Sandal 1-9-2015 11:59 AM
Melepaskan belon adalah satu kesalahan jenayah.
Quote MH37O 1-9-2015 10:58 AM
eh tapi hanjing ni reti malu ke masalahnya???
Quote MH37O 1-9-2015 10:57 AM
haha...maluuuu...good job who done this...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.089053 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top