CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi: Guna 'Smart Wheel' Tunaikan Haji Menjadi Perbualan Netizen

2-9-2015 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 13524| Komen: 82

Description: Tindakan seorang jemaah haji menggunakan 'Smart wheel' menyebabkan ia menjadi...
Oleh Fyruz Hanna


Tindakan seorang jemaah haji menggunakan 'Smart wheel' menyebabkan ia menjadi perbualan kerana menunaikan haji dengan cara unik yang belum pernah dibuat orang.

Dapat dilihat didalam video tersebut, seorang lelaki menggunakan 'Smart wheel'  untuk melakukan tawaf, yang mana ia merupakan sebahagian daripada bahagian Umrah. Ibadah Umrah yang boleh dilakukan pada bila masa setiap tahun, termasuk mengelilingi Kaabah 7 kali untuk tawaf diikuti dengan Sa'i.

Orang kurang upaya atau warga emas dilihat sering menggunakan kerusi roda secara tradisional yang memerlukan tenaga tambahan orang lain untuk menolak kerusi roda tersebut. 


Soalan yang diajukan oleh netizen seluruh dunia adalah mengenai haji yang dilakukan oleh seseorang yang sihat yang menggunakan 'smart wheel' ini adakah sah di sisi syariat.

Seorang blogger bernama Abdul Rahman dalam laporan Gulf News menyatakan pendapatnya mengenai 'Smart wheel' yang dirasakan tidak harus dibenarkan, kerana ia kan mengganggu ibadah seseorang kerana 'Smart wheel'  ini perlu fokus pada keimbangan badan yang akan mengganggu konsentrasi jemaah tersebut. -CARI Infonet.












Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 1-9-2015 04:49 PM
Apa kata tuhan2 meleis sekalian?
Quote musangcomel 1-9-2015 04:52 PM
takde org nak komen ke
aku nak tau gak boleh ke tidak
Quote dino 1-9-2015 04:56 PM
musangcomel replied at 1-9-2015 04:52 PM
takde org nak komen ke
aku nak tau gak boleh ke tidak

harus hukumnya....  yg jahil je gigih kutuk
Quote musangcomel 1-9-2015 05:00 PM
dino replied at 1-9-2015 04:56 PM
harus hukumnya....  yg jahil je gigih kutuk

aku jahil gak bam
tp takde kutuk pon
sbb kita jahil la kita kena banyak bertanya kan
yg kutuk tu bukan jahil tp bodoh sombong gitew

Quote TuntungReturn 1-9-2015 05:04 PM
apa beza guna kerusi roda dgn menatang ni?
Quote krustykrab 1-9-2015 05:06 PM
TuntungReturn replied at 1-9-2015 05:04 PM
apa beza guna kerusi roda dgn menatang ni?

tu la aku pun nak tau jugak...

tp dlm artikel tu ada komen yg kata kalau tak sihat tak pe lah...
best gak ek kalau leh guna benda ni...

Quote EJALTI 1-9-2015 05:08 PM
TuntungReturn replied at 1-9-2015 09:04 AM
apa beza guna kerusi roda dgn menatang ni?

Tu la.....iols rasa tak ada beza pun, kalau tak sihat guna wheel chaie atau 2-wheel smart scooter tuh...
Quote yenil95 1-9-2015 05:11 PM
ramainya ulama2 bagi fatwa kat luar tu..
Quote uori 1-9-2015 05:24 PM
Quote nolya 1-9-2015 05:26 PM
Ini pendapat aku.  Islam tidaklah terlalu rigid.  Bagi mereka yg tak larat disebabkan keuzuran, sakit lutut umpamanya, tentulah ada kelonggarannya. Itu sebab jemaah haji dibolehkan untuk mengupah orang menjunjung dia melakukan tawaf dan mengupah orang ketika melakukan sai.

Mcm juga dlm melakukan solat, tak larat berdiri, dibolehkan duduk.  Tak boleh duduk disebabkan sakit, boleh berbaring.  Hatta jika tak boleh mengangkat takbirtul ikhram sekalipun, boleh je dibayangkan di dlm hati.  Walau bagaimanapun bagi warga yg sihat walafiat, maka berjalan ketika tawaf dan sai adalah lebih afdal.  Yakinlah setiap langkah kaki melangkah, ada kemanisan dan keseronokan beribadah  yg dapat dirasakan.  Insya Allah...  
Quote kecimpret 1-9-2015 05:31 PM
ninebot ke?
Quote kelapaparut 1-9-2015 05:31 PM
Adakah menaiki kapal terbang dr kl ke jeddah tu sah ibadat haji itu, gitcheww - org jahil tanye org jahil yg lain
Quote shamsadis 1-9-2015 05:35 PM
pendapat aku yang agama setakat darjah 6 ni, ok je asalkan selamat tak langgar makcik pakcik yang lain, tapi jangan lelaju plak, sila pasang signboard had kelajuan.


jangan sampai makcik pakcik tengok had kelajuan sekian2 dia pun gigih berlari sekian2
Quote dino 1-9-2015 05:38 PM
musangcomel replied at 1-9-2015 05:00 PM
aku jahil gak bam
tp takde kutuk pon
sbb kita jahil la kita kena banyak bertanya kan

mslhnya kat fb yg jahil ni la berlagak pandai.... mcm acik2 follow retis kat insta... fb... semata2 nak tunjuk baguih
klau nak merasa kepayahan kesusahan p haji apa kata pakat naik kapal mcm zaman nenek moyang kite dulu....
Quote mommymonster82 1-9-2015 05:40 PM
Boleh je..dulu2 yag xlarat tu ada yg naik kereta sorong..org tolakkan..

Asal jgn jdi cam usain bolt lak..kena langgar..sib baik xpatah kaki org tu..kaki emas tu...
Quote harimau76 1-9-2015 05:40 PM
ntah la... as for me, kalau perkara tu leh dtgkan lebih byk kebaikkan drp keburukkan, why not? contohnya tawaf akan berjalan dgn lebih lancar dan masa dpt dipendekkan tanpa menganggu rukun tawaf dan akan memberi kelebihan dari segi planning dan managing org yg tawaf tu.. yer la.. musim2 haji kan ramai dan pack.. anyway, better kita dengar pandangan ulamak kat sana...
Quote mommymonster82 1-9-2015 05:41 PM
TuntungReturn replied at 1-9-2015 05:04 PM
apa beza guna kerusi roda dgn menatang ni?

Kerusi roda manual..yg ni motor letrik.....
Quote rina0602 1-9-2015 05:42 PM
kang nanti2 ada plak naik motor tawaf keliling ni
Quote TuntungReturn 1-9-2015 05:44 PM
https://www.youtube.com/watch?v=grO2KevWZwI

ni guna scooter eletric lagik

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083736 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top