CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Benda Berhantu Sehingga Kini

3-9-2015 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15304| Komen: 24

Description: Mereka merasa seolah-olah sedang duduk atas seseorang ...
Oleh Izzah Abbasy


Sesuatu yang berhantu sering dikaitkan dengan benda yang menyeramkan dan menakutkan kerana dipercayai makhluk halus telah menguasai benda tersebut. Timbul rasa tidak tenteram atau gelisah kerana sering diganggu dan terganggu dengan benda, kediaman atau tempat tersebut. Kadang kala, benda berhantu ini sering dikaitkan dengan pemujaan yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu.

Terdapat 5 objek yang dikenalpasti berhantu sehingga kini ;


1) Dua Kerusi Istana Belcourt



Newport, Rhode Island ialah salah sebuah pekan tertua di Amerika Syarikat (AS). Penempatan di sini bermula pada tahun 1690, dan pada awal abad ke-20, pekan pelabuhan itu bertukar menjadi destinasi percutian musim panas untuk keluarga-keluarga mewah di AS. Mansion-mansion di Newport bertaraf legenda, begitu juga dengan kisah-kisah seram berkaitan dengannya.

Istana Belcourt diasaskan oleh Oliver Hazard Perris Belmont, seorang sosialit yang kaya raya juga seorang ahli politik, pada tahun 1894. Terdapat banyak gangguan yang pernah belaku di rumah mewah ini, tetapi gangguan yang selalu terjadi membabitkan dua buah kerusi.

Pelawat yang duduk di kerusi-kerusi ini berkata mereka serta merta berasa seram sejuk dan tidak selesa. Tangan mereka seolah-olah di renjat dengan elektrik statik. Ada yang mendakwa bila mereka duduk di kerusi itu, mereka merasa seolah-olah sedang duduk atas seseorang. Beberapa pelawat yang cuba duduk juga pernah dihumban sehingga terjatuh oleh kuasa yang tidak dapat dilihat.


2) Anak Patung Sumpah




Pada tahun 1896, anak patung yang menakutkan ini milik seorang kanak-kanak bernama Robert Eugene Otto di Key West, Florida. Anak patung itu diberi kepada kanak-kanak itu oleh seorang pembantu rumah Robert yang mengamalkan ilmu sihir, dan tidak suka kepada keluarga majikannya. Robert sukakan anak patung itu, dan sering bercakap-cakap dengan patungnya. Semakin lama, pembantu-pembantu rumah yang lain mula merasakan ada yang aneh dengan anak patung tersebut. Dakwa mereka, mereka ada kalanya mendengar sendiri anak patung itu membalas kata-kata Robert.

Tidak lama selepas itu, anak patung itu mula membuat sesuatu yang tidak diingini. Bilik-bilik diselerakkan, pasu-pasu dipecahkan, dan Robert telah dipersalahkan sedangkan dia kelihatan benar-benar takut dan mendakwa semuanya ialah perbuatan anak patung tersebut.

Robert telah mewarisi rumah tersebut dan meninggal dunia pada tahun 1972. Rumah itu kemudiannya dibeli oleh satu keluarga lain. Ahli keluarga itu, seorang budak perempuan telah terjumpa patung itu di loteng rumah, dan serta merta berasa takut dengan patung itu. Katanya, patung itu hidup dan mahu membunuhnya.

Anak patung itu akhirnya diletakkan di sebuah galeri seni dan muzium sejarah di Key West, di mana ia terus dipamerkan sehingga hari ini. Memang aneh, kerana lagenda menyatakan yang anak patung itu boleh menyumpah manusia. Muzium itu turut mempamerkan surat-surat dari individu yang mendakwa telah ‘disumpah’, meminta maaf kerana mengambil gambar anak patung tersebut tanpa meminta izin darinya dan meminta mereka dibebaskan dari sumpahannya.


3) Patung “The Women From Lembi”




Diberi nama “Dewi Maut”, patung The Women From Lembi diukir dari batu kapur asli yang ditemui pada tahun 1878 di Lemb, Cypruss. Patung itu dikatakan dibina sekitar 3500 sebelum masihi, dan dipercayai mewakili satu dewi yang melambangkan kesuburan. Patung tersebut pada mulanya dimiliki oleh Lord Elphont, dan dalam masa enam tahun selepas memiliki patung tersebut, kesemua Lord Elphont tujuh orang ahli keluarganya telah meninggal dunia atas sebab-sebab yang misteri.

Kedua-dua pemilik patung tersebut selepas itu, Ivor Manucci dan Lord Thompson-Noel, kemudiannya telah meninggal dunia bersama semua ahli keluarga mereka, hanya dalam beberapa tahun selepas patung itu disimpan di rumah milik mereka.

Pemilik keempat, Sir Alan Riverbrook, turut meninggal dunia, bersama dengan isteri dan dua anak perempuannya. Walaupun tidak mempercayai kuasa mistik, dua orang anak lelaki Riverbrook yang masih hidup berasa takut dengan kematian ahli keluarga yang berlaku secara misteri, dan telah mendermakan patung itu kepada Muzium Diraja Rakyat Scotland di Edinburgh. Ia ada di sana sehingga hari ini.

Tidak lama selepas patung itu diletakkan di muzium, ketua muzium juga telah meninggal dunia. Tidak ada sesiapa selepas itu yang berani menyentuh patung itu, yang diletakkan dalam kotak kaca dan dilindungi daripada sentuhan manusia.


4) Lukisan “The Anguished Man”




Lukisan yang nampak menyeramkan ini disimpan di loteng rumah nenek Sean Robinson selama 25 tahun sebelum dia mewarisinya. Neneknya sering memberitahu Robinson bahawa lukisan itu berkuasa jahat, menerangkan yang pelukis asalnya telah mencampurkan cat dengan darahnya sendiri untuk melukis dan telah membunuh diri setelah lukisan ini disiapkan. Neneknya mendakwa pernah mendengar suara-suara dan bunyi orang menangis semasa ia diletakkan di ruang tamu, serta bayang-bayang seorang lelaki sering berlegar dalam rumah, sebelum lukisan itu disimpan saja di loteng.

Sebaik saja Robinson membawa lukisan itu ke rumahnya sendiri, dia dan keluarganya mula mengalami kejadian-kejadian aneh yang sama seperti diceritakan oleh neneknya, Anak lelaki Robinson telah jatuh tangga seolah-olah ditolak, rambut isterinya seolah-olah dibelai oleh orang halimunan dan mereka melihat kelibat hitam seorang lelaki berlegar dalam rumah serta bunyi tangisan.

Robinson telah mengambil keputusan untuk mengambil video kejadian-kejadian aneh ini semalaman. Video-video YouTube Robinson menunjukkan pintu berdentam sendiri, asap, serta lukisan jatuh tanpa sebab. Ketakutan, Robinson kemudiannya meletakkan lukisan itu di bilik bawah tanah, tetapi dia tidak berminat untuk menjualnya.


5) Kerusi maut



Pada tahun 1702, seorang penjenayah bernama Thomas Busby bakal menjalani hukuman mati. Permintaannya yang terakhir ialah untuk dirinya makan buat kali terakhir di sebuah pub kegemarannya di Thirsk, England. Dia menghabiskan makanan, berdiri dan berkata “semoga orang yang berani duduk di kerusi ini mati serta merta.”

Kerusi itu terus berada di pub itu selama beberapa abad, dan pengunjung pub biasanya akan mencabar antara satu sama lain, siapa yang berani duduk di kerusi tersebut. Semasa Perang Dunia Ke-II, anggota-anggota tentera udara dari kem berdekatan sering mengunjungi pub tersebut, namun orang tempatan menyedari mereka yang pernah duduk di kerusi itu tidak pernah kembali dari medan perang.

Pada tahun 1967, dua orang tentera udara duduk di kerusi itu, kemudiannya meninggal dunia apabila trak yang mereka naiki terbabas dan menghentam pokok. Pada tahun 1970, seorang tukang simen duduk di ‘kerusi panas’ itu, kemudiannya terbunuh kerana terjatuh dalam lubang di tempat kerja pada tengahari yang sama.

Bilangan mangsa kian bertambah, sehinggalah pemilik pub memindahkan kerusi tersebut ke bilik bawah tanah. Malangnya, walaupun di bilik bawah tanah, kerusi itu membawa maut kepada seorang lelaki yang duduk melepaskan penat di kerusi itu setelah memindahkan barang. Lelaki itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada hari yang sama.

Setelah itu, pemilik pub mendermakan kerusi itu kepada muzium tempatan pada tahun 1972. Dalam muzium itu, ia diletakkan secara tergantung lima kaki di udara supaya tiada siapa yang membuat kesilapan serupa. Nasib baik tiada siapa duduk di kerusi itu sejak itu. - CARI Infonet


Sumber info : www.amazingnara.com


11

Bagus
4

Marah
18

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Felycya 18-6-2015 01:50 PM
Huh...

Sherraaamm...
Quote shuk_one 18-6-2015 02:03 PM
seram sungguh
Quote epis 18-6-2015 02:23 PM
Edited by epis at 18-6-2015 02:25 PM

kisah permata ni pon seram gak, begitu kuat sumpahannya...

http://www.sentiasapanas.com/201 ... .html#axzz3dOMk1BT1

Anda masih ingat kalung berlian biru yang dipakai Rose dalam filem Titanic? Kalung yang diberi jolokan 'The Heart of The Ocean' akhirnya dicampakkan ke dasar laut pada penghujung filem itu.



Kalung berlian itu sebenarnya diinspirasikan daripada perhiasan sebenar yang kini dipamerkan di muzium di Washington D.C, Amerika Syarikat. Berlian biru tua pada kalung itu menjadi salah satu bahan pameran yang paling popular di dunia.

Warnanya yang bening kebiruan, malah boleh bertukar menjadi merah apabila disinari dengan pancaran ultra violet membuat semua mata terpana memandang, seakan mahu memilikinya.

Sebenarnya, berlian tersebut adalah antara batu bermutu tinggi yang sangat mahal nilainya sejak ratusan tahun dahulu yang digelar Hope Diamond dan dikaitkan dengan pelbagai sumpahan.

Ada yang mengatakan batu ini asalnya dicuri dari sebuah patung suci agama Hindu di India dan pencuri tersebut menemui ajal setelah diserang anjing liar.

Pada tahun 1642, seorang pedagang permata Perancis bernama Jean Baptiste Tavernier yang mengembara ke India telah membeli sebutir berlian di wilyah Kollur. Berlian biru itu seberat lebih 112 karat dan merupakan berlian terbesar ditemui ketika itu.

Tavernier kembali semula ke Perancis pada tahun 1668 lalu berlian itu dijual kepada King Louis XIV pemerintah Perancis. Raja itu lantas memotong berlian itu untuk mencantikkannya menjadikan beratnya lebih kurang 67 karat lalu menamakannya sebagai Blue Diamond of The Crown.

Berlian itu kemudiannya diturunkan pula kepada cucunya, King Louis XV yang menjadikannya sebagai salah satu perhiasan pakaian diraja. Kemudian, naik takhta pula King Louis XVI bersama isteri, Marie Antoinette, sebagai permaisuri sekaligus pewaris berlian biru itu.

Di sinilah kononnya kutukan berlian itu bermula. Musibah mula menimpa keluarga diraja itu apabila Revolusi Perancis tercetus pada 1789. Institusi raja digulingkan.

King Louis XVI dan isterinya telah dipenggal kepala. Kesemua harta perhiasan raja termasuk berlian biru itu telah dirampas dan disimpan di Garde-Meuble. Sayangnya, ia telah dicuri kerana tiada kawalan rapi.

Berlian biru hilang begitu saja hinggalah ia dikatakan muncul semula di London pada 1823. Pemilik barunya ialah Daniel Eliason, seorang pembuat barangan kemas.

Walaupun potongan berlian itu tidak sama, ramai percaya itu adalah berlian biru yang hilang sebelum ini dan telah diubahsuai bagi mengaburi kebenarannya.

KKing George IV dari England telah membeli berlian itu dan setelah kematiannya, berlian itu terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang-piutangnya.

Berlian ini kemudian sering bertukar tangan. Seorang pengukir barangan kemas, wilhelm Fals yang pernah membentu berlian ini juga menerima padah apabila mati dibunuh anaknya sendiri. Anaknya yang menderhaka itu kemudian membunuh diri sendiri.

Simon Maoncharides pula antara yang pernah menjadi tuan permata mahal ini. Sumpahannya?

Suatu hari beliau mmandu kereta bersama isteri dan anaknya. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Simon terhumbn ke dalam jurang menyebabkan kesemuanya terbunuh.

Disebut juga, aktor Perancis, Lorens Ladue pernah mencuri berlian ini dari Kanitovski, putera dari Rusia. Bagaimanapun, Lorens ditembak mati sewaktu sedang mengadakan pertunjukan pentas.Setelah mendapat semula berlian itu, tidak lama kemudian, Kanitovski menemui ajal apabila dibunuh oleh pejuang revolusi.


Ada banyak lagi kematian atau tragedi yang dikaitkan dengan pemilik berlian ini. Sehinggalah akhirnya ia dibeli oleh seorang hartawan, Henry Philip Hope lalu dinamakan sebagai Hope Diamond, sempena nama keluarganya. Berlian itu diturunkan kepada anak cucunya setelah kematiannya.

Namun, perniagaan yang diusahakan secara turun temurun keluarga Hope menemui kehancuran sehingga akhirnya, Hope Diamond terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang.

Melalui seorang pembeli baru, akhirnya Hope Diamond sampai keAmerika Syarikat. Berlian itu dibentuk semula mnjadi seutas rantai mewah lalu dibeli oleh seorang wanita kaya, Evalyn Walsh McLean.

Walaupun pernah mendengar kisah kutukan Hope Diamond, Evalyn berpendapat apa saja barangan kemas yang sampai ke tanganya boleh bertukr menjadi sesuatu yang bertuah buat dirinya.

Berlian itu sentiasa dipakai oleh Evelyn sehinggalah doktor peribadinya terpaksa memujuk berulang-kali bagi menanggalkan perhiasan itu semasa hendak menjalani suatu pembedahan.

Walaupun mengharapkan Hope Diamond membawa tuah, tapi menjadi sebaliknya. Satu persatu musibah menimpa keluarga Evelyn sejak memiliki berlian itu. Ibu mertuanya meninggal dunia, disusuli kematian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kemalangan.

Anak perempuannya pula mati kerana ketagihan dadah pada usia 25 tahun. Manakala suaminya meninggalkannya kerana ada wanita lain. Suaminya menjadi gila lalu dimasukkannya ke dalam rumah sakit jiwa. Perniagaannya turut bankrap.

Setelah kematian Evelyn, warisnya terpaksa menjual Hope Diamond bagi melangsaikan hutang piutangnya. Seorang tukang perhiasan ternama dari New York, Harry Winston membeli Hope Diamond pada tahun 1949.

Pada November 1958, beliu telah mendermakan berlian itu kepada Institut Smithsonian untuk dijadikan salah satu bahan pameran dalam rangkaian muzium di Washington.

walaupun tujuan Harry dikatakan untuk menggalakkan ramai orang mendermakan barangan untuk pameran muzium, tapi ramai yang berkata kononny dia gusar jika kutukan Hope Diamond akan memberi kesan dalam hidupnya kelak.

Malah, James Todd yang ditugaskan menghantar kotak berisi Hope Diamond ke muzium turut cedera apabila dilanggar lori. Musibahnya berlanjutan lagi apabila isteri James mati kerana sakit jantung dan rumahnya terbakar.

Sekalipun dikaitkan dengan pelbagai musibah yang menimpa pemiliknya, namun Hope Diamond masih menjadi antara 10 berlian ternama dan termahal di dunia.

Namun kini, ia hanya sekadar boleh ditatap disebalik kaca pameran dan dikawal ketat oleh pihak muzium di Washingtin d.c.




Quote Artemesiaa 18-6-2015 02:33 PM
Menyeramkan kesemuanya
Quote Ayu61279 18-6-2015 02:48 PM
erk...skeri
Quote zameyla 18-6-2015 03:26 PM
fuhh...scary kesemuanya...
Quote supernaturalee 18-6-2015 03:54 PM
epis replied at 18-6-2015 02:23 PM
kisah permata ni pon seram gak, begitu kuat sumpahannya...

http://www.sentiasapanas.com/201 ... . ...

celine dion pernah pakai masa perform my heart will go on kt oscar 1998

Quote epis 18-6-2015 04:14 PM
supernaturalee replied at 18-6-2015 03:54 PM
celine dion pernah pakai masa perform my heart will go on kt oscar 1998

betul ke? tak tau lak.... yang die pakai tu original ke atau yang palsu dari citer titanic tu?
Quote msrobotic 18-6-2015 05:42 PM
patung dan lukisan
Quote katakbakbak 19-6-2015 01:36 PM
skeri meri
Quote uori 19-6-2015 03:10 PM
Quote friedfishsoup 31-8-2015 01:13 PM
Patung tu scary
Quote samperit 31-8-2015 05:43 PM

patung...

kerusi...

lukisan...

ermmm
Quote @inardni 31-8-2015 09:12 PM
Seram
Quote starbee 4-9-2015 01:55 PM
seram sebab cerita nie disampaikan dari generasi ke generasi dan disebarkan secara meluas... tapi kalau dah ajal mati jugak kan...
Quote din_atos 5-9-2015 11:21 PM
Mmg skeri,...,,,.,...,.
Quote mrizumi 22-10-2016 06:26 PM
berpuaka bnda2 TU..
Quote SepatUngu 24-10-2016 02:08 PM
sama jugak mcm cerita kereta aktor mendiang james dean yg terlibat dlm accident  "The Cursed of Little Bastard" sumpahan berangkai2 gitu
Quote aymanamana 25-10-2016 12:40 PM
kalo korang biasa ada bibik kt rumah lg seram.aku da tukar dkt 8 bibik semua ngadu nmpk hantu. aku n wife xpenah nmpk pun.. g rumah sedara mara pun x habis2 hantu2.. 8 org bibik semua perangai sama.aku speku bibik ni semua kuat berhalusinasi.. sbno nye aku pun takut antu gak tp xde lah mcm bibik2 ni semua

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065446 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top