CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya sudah letih, tak tahan dengan negara ini' - Rara Othman

3-9-2015 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18168| Komen: 111

Description: Aktivis DAP, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara Othman menggesa anak-anak muda negara melakukan satu perubahan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara kini.


Oleh : TSLOO

sumber foto : http://www.sinarharian.com.my/ 




Anak-anak muda negara perlu melakukan satu perubahan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara kini.

Itu gesaan aktivis DAP,Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara Othman ketika menyampaikan ucapan di ceramah sulung Parti Pekerja Malaysia di Pasir Tumboh 

Menurutnya, walaupun sudah 58 tahun Malaysia merdeka, namun amat mengecewakan apabila pentadbiran negara semakin teruk, perjalanan ekonomi semakin meleset, mata wang jatuh, anak muda semakin ramai yang menganggur dan harga rumah semakin mahal.


“Saya masih muda tetapi saya sudah letih dan tidak boleh tahan dengan keadaan negara yang semakin teruk ini. Saya yakin hadirin juga sudah tidak tahan dengan semua ini. Saya menyeru orang di sini, satu perubahan perlu dilakukan."  katanya yang disambut sorakan hadirin.



Majlis turut dihadiri Pengerusinya, Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi, Salahuddin Ayub, bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan barisan pemimpin utama parti baru itu, malam tadi.


Lebih 1,200 hadirin membanjiri kawasan bandar satelit Pasir Tumboh bagi menghadiri ceramah sulung parti baru itu di sini, malam tadi. - CARI Infonet


sumber : www.sinarharian.com.my/

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 2-9-2015 07:47 PM
Akak sokong je ala rara cakap. C
Quote ultra78 2-9-2015 07:50 PM
Muda lagi dah letih...Tunggulah lepas kahwin nanti..lagi letih nak layan suami lagi

Quote v(T.T)v 2-9-2015 07:54 PM
Tak apa, janji salahkan cina lahnat dan dapig, masalah settled.
Quote EJALTI 2-9-2015 07:56 PM
Muda2 dah letih? camner nak jadi pemimpin dan ahli politik yg hebat?
Quote v(T.T)v 2-9-2015 08:00 PM
zaman 80-an 90-an, kedengaran graduan juga gaji RM 2000, tapi masa tu barang murah, rumah RM 100k sudah cukup besar. sampai 2015, graduan masih RM 2000 ++, tapi rumah apartment pun RM 200k++
Sepinggan nasi campur + air= RM 6++

Masa zaman merdeka, kedengaran Msia masih antara ekonomi termaju, lihat skrg, kena bersaing dgn indon, vietnam, myammar

Selagi puak majoriti pegang tongkat kuat2 tak sanggup beri layanan adil terhadap semua kaum, negara ini tak akan menjadi negara maju. Tak apalah, biar sama2 mundur pun tak boleh kasi orang lain maju.
Quote cHimo 2-9-2015 08:05 PM
Sokong.. Makin lama merdeka bukan rakyat makin senang makin merana ada laa..
Quote kucen_miang 2-9-2015 08:09 PM
Ada org kisah ko letih.
Quote cmf_kunyit 2-9-2015 08:10 PM
emmm..not bad looking rara ni...ai pollow..
Quote Modngengade 2-9-2015 08:13 PM
Pakatan akan utuh jika parti komponen ikut telunjuk DAP....hehe....tak giteww chuoulsszzz!!!!
Quote CrowneGlory 2-9-2015 08:33 PM
Kalau rara berdebat dgn anak zahid komedi best gak dpt tgk..
Quote kelapaparut 2-9-2015 08:38 PM
CrowneGlory replied at 2-9-2015 08:33 PM
Kalau rara berdebat dgn anak zahid komedi best gak dpt tgk..

Iols nak anak zahid comedy drama tu berdebat dgn rafidah aziz, biar terberak cirit minah tu, dahla bam bam br je sekejap bpk jd tpm sombong taik nak mampos
Quote mbhcsf 2-9-2015 08:43 PM
oh god. she supports Mat sabu? saudara MAt sabu ? hmm...that's clever hahaha.
Quote magnus 2-9-2015 08:45 PM
Sape suruh ko letih jd balaci dap ..lenkalila
Quote primemova 2-9-2015 08:50 PM
jadi kalau pompuan ni letih, so why she think we should care what she feel??
Quote AbukRokok 2-9-2015 08:51 PM
xyah leletih sis....halalkan jelah makan minum umno 2.6bilion dan 52 bilion itu...konfim hidup akan tenang
buat duit kau pun...janji tiap2 tiga bulan dapat brim cukup utk menampung peningkatan sara hidup selama setahun
Quote sofiazara 2-9-2015 08:54 PM
kalo letih mkn je jamu jsd takpon jamu peram dlm xxxx bak kata sis changa. boleh power balik
Quote kecimpret 2-9-2015 08:59 PM
ramai gak yg hadir sapot GHB kat kelate
Quote magnus 2-9-2015 09:01 PM
Jgn bicara soal perjuangan kalau copat loteh..gi merempit je kat insta mcm anzalna ke nowa danish ke
Quote shamsadis 2-9-2015 09:13 PM
dia tak pernah belajar Geogtrafi ke? setiap tahun manusia makin meningkat tapi sumber makin sedikit so negara mana pilihan dia? Singapore atau Indonesia

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094896 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top