CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ketahui Bahaya Kongsi Segala Privasi Di Media Sosial, Jangan Ambil Ringan!

3-9-2015 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9873| Komen: 22

Description: Kewujudan media sosial pada zaman ini telah merancakkan lagi perkongsian maklumat tanpa sempadan sekaligus memberi impak yang amat besar......

Oleh : Dean BZ

Gambar Hiasan

Kewujudan media sosial pada zaman ini telah merancakkan lagi perkongsian maklumat tanpa sempadan sekaligus memberi impak yang amat besar tentang perubahan sosial budaya di era global. 

Sejak wujudnya laman sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan kini paling popular Facebook, masyarakat dunia dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau dimana berada. Hanya perlu akses internet dan mendaftar akaun laman sosial, segala maklumat dapat dikongsi diseluruh dunia dalam hanya beberapa saat sahaja. Hebat kan?

Namun, tahukah anda apakah kesan-kesan buruk serta risiko berkongsi maklumat privasi di media sosial? Mungkin ada yang memandang remeh tentang hal ini namun penulis suka untuk berkongsi saranan Dr Shukri Abdullah khas kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dalam berkongsi gambar anak di laman sosial.



LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!!!

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:-

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya….

Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB – nama anak, nama sekolah dsb….

Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya….

Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:-

Budak perempuan: Umur 7 tahun

Rambut Hitam, Mata Hitam…

Comel, $70,000..

Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya….

Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile – suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui….

HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.

HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.

HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA.

Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua….

(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian)


Semoga segala saranan Dr. Shukri Abdullah dapat membuka mata kita yang sebenarnya kita secara tak langsung telah mendedahkan privasi kita kepada orang luar selain rakan-rakan rapat. 

Gambar Hiasan


Kita juga telah berkongsi masalah peribadi, maklumat tempat tinggal, tempat kerja, lokasi terkini dengan check in location setiap kali keluar makan atau berjalan-jalan. Secara tak langsung, ini akan memudahkan stranger atau mungkin juga penjenayah didalam senarai rakan Facebook anda untuk memerhatikan pergerakan anda, sekaligus memudahkan perancangan seperti pecah rumah, rogol dan sebagainya. 

Oleh itu, manfaatkan penggunaan media sosial sebaiknya dengan berkongsi dan mencari ilmu, dan bukan sebaliknya. - CARI Infonet.


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
16

Bagus
26

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 3-9-2015 03:11 PM
Alamak..gambaq anak di wasap profile
Quote CrowneGlory 3-9-2015 04:20 PM
Mcm dh baca bertahun dulu...
Quote seri_mawr 3-9-2015 04:34 PM
nasib la aku bukan jenis suka upload n update dlm FB....

x berkenan actually..mcm x exclusive klu semua nak up dlm FB...(fefeeling artis la pulak kan..nak exclusive segala)....
Quote MeghanK 3-9-2015 04:39 PM
wartawan cari ni hauk sungguh..kena tegur banyak kali pon tetap hauk
Quote EJALTI 3-9-2015 04:41 PM
BBNU & mokcit2 pokcit2 PPRT selalu terperangkap....
Quote callalily05 3-9-2015 05:08 PM
Me hanya ada wasap fb n ig sahaja.fb pun xaktif just jadi sr sbb nak tau perkembangan kawan2 lama.ig untuk follow igshop n few igers.wasap pun me privatekan jugak pic n status for "my contacts only" n xletak gambar sendiri pun.

Aktif berkawan kat chatroom yg ada profile,wall mcm fb dari sekolah menengah lagi tapi me selalu privatekan picture dari public untuk elakkan orang download or save.xpernah gunakan nama penuh or nama sendiri untuk create acc kat internet sbb orang mudah cari.n elakkan dari letak pape info yg berkaitan diri sendiri.some people bila nak berkenalan me salu bagi info diri yg melencong unless orang tu me mmg da kenal kat luar.tu pun xsume.n me pun mmg xsuka la nak share life kat social media ni.mengarut je nak update sume benda yg kita buat kat strangers yg xtau mana baik mana jahat :zz

Yg penting be selective tentang pape yg kita nak share kat tenet
Quote Weller 3-9-2015 05:21 PM
selalu tengok criminal minds n seangkatan dengannya. memang terdetik kat hati aku, mak bapak yg suka tayang gambar anak2 tak risau ke gambor anak dia kena cilok n dibuat macam2 ?

pernah sembang ngan married friends pasal ni, few years back, jawapan dia, ikut suka aku la, anak aku.
Quote LolaLoly 3-9-2015 07:22 PM
susah nak ckp.. sbb alam maya sekarang sama seperti realiti.. jadi taknak letak gambar anak pulak rasa mcm menyorok anak pulak...
Quote pearl.silver 3-9-2015 08:47 PM
Dah pnh ada laa tred ni..

Tertanya2 id CARI ni buka tred dpt elaun ke..
Main bantai je nk buka tred..
Quote EJALTI 3-9-2015 08:50 PM
MeghanK replied at 3-9-2015 08:39 AM
wartawan cari ni hauk sungguh..kena tegur banyak kali pon tetap hauk


Iols terpaksa bersetuju dgn uols....
Apa nak buat, dorang ada 'power' macam Bijan kepit gak.....

Lariiiikkkkkkkkkk.......
Quote MeghanK 3-9-2015 09:03 PM
EJALTI replied at 3-9-2015 08:50 PM
Iols terpaksa bersetuju dgn uols....
Apa nak buat, dorang ada 'power' macam Bijan kepit gak.... ...

kan..sebab ada power, bukak thread hauk pon takpe..momod takleh tutup kata nya
Quote cendolsantan 4-9-2015 12:06 PM
kongsi gambar naked tak apa
Quote BlueEagle 4-9-2015 02:49 PM
tak yah kongsi apa2 senang..habis citer...
Quote mahmoode 4-9-2015 02:52 PM
hauk punya current isu...apa punya reporter cari ni..
Quote Ethernet 4-9-2015 02:53 PM
stay on the low.
Quote haryatie 4-9-2015 02:59 PM
org yg x dikenal pun nk accept buat apa
aku pun ada gak fb....org yg aku kenal@sama ofis pun aku x accept..
aku pilih2 jerk.. biar la org kata aku sombong
bukan aku buat fb mesti nk terima smua org jd kawan..
fb wall tu boleh jerk private..buat apa nak kasi 1 dunia tengok
Quote ninja boy 4-9-2015 03:17 PM
tread hauk tetap ada org reply, janji gaji masuk gituh
Quote clarizsa 4-9-2015 04:06 PM
mmg pernah baca.. tp isu ni x basi..
sbb ada je kes buruk2 berlaku pd kanak2 skrg..


betul la nasihat tu..
sedangkan zaman dulu, kanak2 jd mangsa org2 sekeliling je,
skrg dh tambah bahaya jd mangsa manusia2 asing..
Quote Vellfire 4-9-2015 04:11 PM
kat whatsapp I tak add byk kwn pun just family jer
I takder FB dan laman sosial lain

kat whatsapp korang boleh privacy gambar tu utk contact/nobody
ini pun untuk keselamatan juga

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.268544 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top