CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Punca Anak Derhaka Kepada Ibu Bapa

3-9-2015 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31417| Komen: 6

Description: Kesihatan jiwa adalah salah satu penentu kebahagiaan anak ...
Oleh Izzah Abbasy

Anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membesarkan anak-anak syurga mereka. Bagaimana cara yang betul mendidik anak-anak ini? Adakah ibu bapa perlu bersikap garang ataupun berlembut dengan anak?

Jika dahulu, ibu bapa yang garang terkenal kerana kejayaan membesarkan anak-anak sehingga ke menara gading. Tetapi kini rata-rata ibu bapa mengambil pendekatan lembut tetapi tegas kerana ingin menjaga perasaan anak remaja.


 
Kajian pakar menunjukkan bahawa apabila ibu bapa selalu melakukan kekasaran terhadap remaja biasanya mereka akan memberontak. Perbuatan seperti mencubit, merotan, memukul dengan objek, boleh dikategorikan sebagai pendidikan dengan cara yang keras. Hampir tiada unsur pendidikan langsung dengan cara kekerasan berkenaan jika tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.
     

Tunjuk cara efektif

Islam mengajar dan menunjukkan cara yang efektif dengan menyuruh  setiap yang menjadi tonggak utama seperti ibu bapa supaya  berlemah-lembut, belas kasihan sehingga anak mereka membesar di jalan  yang lurus, terdidik dengan semangat berani berterus-terang dan bebas  diri.

Banyak petunjuk diberikan Islam mengenai berlemah-lembut, berkata  baik dan berbudi bahasa antara satu sama lain dalam al-Quran dan sunnah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat.”  (Surah An-nahl, ayat 90) 

FirmanNya lagi bermaksud: “Dan orang yang menahan marahnya, dan  orang yang suka memaafkan orang lain, dan Allah sangat suka kepada orang  yang berbuat baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Kesihatan jiwa 

Ibu bapa perlu mengambil contoh daripada pengajaran berkenaan dan mengamalkannya andai kata mereka benar-benar mahukan kesihatan jiwa anak terpelihara. Kesihatan jiwa adalah salah satu penentu kebahagiaan anak.



Jika ibu bapa sendiri selalu berkeras, maka ibu bapalah yang melakukan kezaliman ke atas anak. Mereka akan mendapati bahawa mereka sudah menanam benih-benih kerosakan ke dalam jiwa anak.

Dalam sebuah kisah, datang seseorang kepada Umar bin Al-Khattab  mengadu penderhakaan anaknya. Maka Umar pun memanggil anak orang itu, lalu memarahinya. Maka berkata si anak: “Wahai Amirul Mukminin! Tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya? Umar menjawab: Bahkan ada.

Berkata anak itu: “Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Umar menjawab: Hendaklah ia memilih ibunya (daripada keturunan yang baik), dan memberi nama yang baik, dan mengajar membaca al-Quran.


Lalu si anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayah saya tidak melakukan suatu pun daripada perkara itu. Ibu saya  adalah seorang zanjuyah (bekas hamba hitam), dulu isteri kepada seorang  Majusi dan dia juga menamakan saya Jo’ul (lipas), dan dia belum  mengajar saya satu huruf pun daripada al-Quran.”

Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada si  ayah: “Engkau datang mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu, dan engkau telah  merosakkannya sebelum dia merosakkanmu.” 

Demikianlah Umar Al-Khattab meletakkan sebab penderhakaan si anak tadi ke atas bahu ayahnya, kerana dia melalaikan pendidikannya. Marilah kita cermin diri kita dan meneliti sama ada penderhakaan atau masalah ditimbulkan anak sebenarnya mungkin berpunca daripada kita, Mari kita saksikan kisah kisah pengajaran untuk pedoman bersama menghargai jasa ibu kita disini.

CARI Infonet

22

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
20

Sedih
9

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 23-12-2014 04:22 PM
Bagus thread ini. Inilah sy selalu cuba sampaikan melalui tread yg sy bukak tp ramai pula yg mnghentam saya. Tapi alhamdulillah thread yg kedua ramai mempunyai pndapat yg sama. Dah luahkan pngalaman mereka juga.


Bullshit sgt yg ckp "mak aku dulu ayah aku dulu garang selalu pukul aku sbb tu aku jd manusia sekarang"

Manusia yg bagaimana ye?

Jadi beliau pun buat yg sama kpd anak mereka. Circle xhabis sampai berketurunan. Bukan ke Islam suruh mndidik anak sesuai dgn zamannya?
Quote SayaSayangMama 23-12-2014 04:24 PM
Betul kita mmg kena seimbangkan antara cara negatif dan positif. Antara marah dan lembut.

Bg aku la kn nk marah biar bersesuaian. Klu ibu ibu juga. Kenalah marah dlm lembut. Jgn dikasari sehingga hilang sifat keibuaan. Islam suruh rotan anak klu xsolat. Allah xsuruh maki dera perasaan dan malukan anak itu kan? Knplah kita selalu salah tafsir ajaran Allah.
Quote SayaSayangMama 23-12-2014 04:34 PM
Ni contoh mak aku dan ayah aku. Cara pngajaran mereka sgt berbeza semasa aku dan adik beradik kecik2 dulu2. Mak klu marah satu zaman diungkitnya, tolong hntar g hospital diungkit, adik aku call nk minta restu boleh dia ckp dah nk exam tau plak minta doa... (skrg adik malas nk mnta apa2 dah call pun jarang sbb semua bnda buat xkena, blik rumah pun dikata mbazir minyak) semua bab la diungkit. Jd pngajarannya xsampai tau. Ko jd tepu dan rasa nk lawan. Jd keras hati. Lama2 dah besar pun mak masih sama, maaf ckp kitorang dah rasa meluat dn mls nk layan. Asik mmbebel 24 jam. Patut ank dah besar jd kawan. Jd kasihan kan? Anda nk jd mak yg bgaimana?

Bapa aku sgt tegas. Kami mmg takut. Semua yg disuruh kami ikut. Tp bila pikir blik la.... ayah xpnah marah pun pukul x pernah. Tp kami hormat gila. Bila dah besar kami sedar ayah jarang mngunkit jarang marah jarang suruh yg bukan2. Lgpun dia baik secara peribadinya. Xmngumpat hal org x mmburukkan hal org xmmburukkn keluarga belah mak xmalukan anak depan org lain. Sedang ini semua apa yg mak lakukan terhadap kami.

Bila dah besar kami rasa syg sgt dgn ayah. Bah kan mmg yg mngenali sgt senang dgn papa. Betul sgt senang berurusan dgnnya. Suami sy pun selalu ckp puji2 ayah dan terinspirasi dr sifat ayah. Keluarga suami pun pnah puji seronok berborak dgn ayah.

Betul ayah suka ckp yg baik2 shj. Klu yg xelok dia bcakap dgn nada gurauan shj tak lebih dr itu.


Kesimpulan klu nk anak yg baik tunjuk teladan yg baik. Anak belajar bukan dr arahan tp dari contoh kita sendiri.

Melihat lebih berkesan dr mendengar.
Quote mamacute1 4-9-2015 12:07 PM
SayaSayangMama replied at 23-12-2014 04:34 PM
Ni contoh mak aku dan ayah aku. Cara pngajaran mereka sgt berbeza semasa aku dan adik beradik kecik2 ...

kwn aku pernah cerita sama mcm mak kau ni asyk bebel marah n penuh kebencian..rupa2nya mak dia alami sakit meroyan yg org lepas bsalin... kita jgn cpt salahkan mak kita..ada sbb kenapa mak jd emosi mcm tu... kesian sgt tau..
Quote Emperor95 5-9-2015 11:07 AM
Punca diri sendiri sahaja. Pengaruh luar lebih mempengaruhi anak untuk menderhaka kepada ibu bapa berbanding ibu bapa itu sendiri.
Quote pisangcis 10-9-2015 05:05 PM
salah sorang parent mesti tegas , kalu anak kena marah ke hukum... sorang lagi kena pujuk dan beritau sebab musabab kenapa.

kalau dua2 tegas nanti anak trauma dan kalau dua2 lembut nanti naik kepala. pukul bole hanya tuk mengajar bukan lepaskn emosi marah... waalahualam

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049575 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top