CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Rakyat Malaysia Paling Malas Membaca Di Asia?

1-10-2015 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16424| Komen: 177

Description: Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malay ...


Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO




Sejarah tamadun negara-negara dunia pertama membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan tamadun manusia dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan.

Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. 

Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.


Tabiat membaca memerlukan kepada perubahan minda yang peka dan dimulakan dari awal. Justeru, beban menerapkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak kecil terletak pada bahu ibu bapa. 

Perubahan satu generasi ke generasi yang lain akan dapat memastikan kemampanan tabiat membaca dan juga penerusan budaya ilmu di kalangan generasi yang berikutnya.

Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.- CARI Infonet

13

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote flying_cow 1-10-2015 09:43 AM
Hooray juara no 1!!
Quote ~boolean 1-10-2015 09:47 AM
Tapi aku rajin

Bulan september lebih 5 buku aku baca...
Buku tau, bukan majalah picisan ala mangga urtv tu...
Quote ocho 1-10-2015 09:49 AM
ok je iols baca forum Cari hari2 ...
Quote BlueEagle 1-10-2015 09:50 AM
.....mmg jarang ada yang suka membaca...kalau ada dipanggil skema ataupun nerd pulak...tu tak ramai suka baca buku....
Quote leylapple 1-10-2015 09:50 AM
dari mana dia buat kajian nie?

dari sales akhbar utusan yang makin tak laku?

dari kumpulan karangkraf yang menunjukkan sales semakin merudum?

Quote Sunshine81 1-10-2015 09:51 AM
INi saya tidak nafikan, mmg betul.
Quote fbukhary 1-10-2015 09:52 AM
firm mana buat research ni?
Quote epis 1-10-2015 09:54 AM
tapi saya suka membaca, sampai iklan signboard segala bagai pon saya baca, hahah... sekarang ni harga buku mahal, kalau nak baca ape2, cari kat tenet je.. or lepak kat borders/MPH curi2 baca, hahah...
Quote batman_2007 1-10-2015 10:02 AM
Betul ni. Tak salah
Quote ais_kosong 1-10-2015 10:04 AM
saya suka membaca tapi novel ja la.
gigih wat koleksi library sendiri
Quote DayangKirana 1-10-2015 10:09 AM
paling malas? dah compare dengan ummah negara lain ke? zimbabwe ke.. papua new guinea ke..?
more to statement pukul rata..
Quote pittjie 1-10-2015 10:09 AM
ok ... aku akui mmg aku semakin malas membaca. dulu2 .. satu novel setebal 2 invci aku boleh habiskan dalam masa 2 hari. sekarang .. err ... yang tgh aku baca ni pun rasanya dah masuk 4 bulan. tu pun belum sampai separuh. eee i hate myself.
Quote ~boolean 1-10-2015 10:11 AM
DayangKirana replied at 1-10-2015 10:09 AM
paling malas? dah compare dengan ummah negara lain ke? zimbabwe ke.. papua new guinea ke..?
more t ...

Di asia lah
Quote DayangKirana 1-10-2015 10:14 AM


dah jadi resmi muntri.. semua kena banding ngan zimbabwe..
Quote arasham 1-10-2015 10:15 AM
DayangKirana replied at 1-10-2015 10:09 AM
paling malas? dah compare dengan ummah negara lain ke? zimbabwe ke.. papua new guinea ke..?
more t ...

Zimbabwe tu afrika haha.. Juara di asia.. Tapi indon rajin meembaca ke?
Quote mommymonster82 1-10-2015 10:16 AM
Dapat mana kajian ni?
Quote TuntungReturn 1-10-2015 10:17 AM
baca tajuk pas tu buat rumusan skit
Quote shi_jewel 1-10-2015 10:20 AM
ni utk karangan PMR la...
Quote Ha_Neul 1-10-2015 10:21 AM
orang mesia tak baca buku, tapi tengok video..

kalau nak belajar pasal pertukaran musim akibat peredaran bumi ko prefer nak baca bumi statik ke tengok bideo simulasi...

watpe nak baca kalau boleh tengok dan mendengar je... membaca soo old century and boring...

tamadun dulu2 mana ada bideo nak belajar semua ni...

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072664 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top