CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Potong kemaluan bekas suami, wanita dipenjara

1-7-2013 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3204| Komen: 21

Description: LOS ANGELES - Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemal ...
LOS ANGELES - Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemaluan bekas suaminya ke tempat pembuangan sampah.

Menurut laporan CNN, Catherine Kieu, 50 dan suaminya, 60 bercerai pada Julai 2011.

Mengikut rekod Mahkamah Orange Country, pasangan ini berkahwin pada Disember 2009 tapi pada Mei 2011, suaminya memfailkan penceraian yang diluluskan pada Ogos 2011.

Dalam kenyataan pejabat peguam daerah Orange Country Jumaat lalu ada menyebut Kieu menyediakan makan malam yang dimasukkan ubat tidur untuk suaminya selepas mereka bertengkar.

Apabila suaminya tertidur, Kieu mengikat kaki dan tangan di katil dan apabila si suami bangun, dia menarik seluar dan memotong kemaluan si suami dengan pisau.

Kieu kemudiannya membuang kemaluan si suami ke kawasan pembuangan sampah dan menghubungi 911 ekoran pendarahan suaminya itu.

Menurut polis, nama mangsa tidak didedahkan kerana dia mangsa kecacatan kekal.

Kieu merupakan anak kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Que Anh Tran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 30-6-2013 10:23 AM
hahaha....aku tak dapat engkau pun tak dapat....kasi potonggggg.......
buang dekat tong sampah tuu......
Quote izamahmed 30-6-2013 10:31 AM
banyk lagi anu2 haus kat luar tuu
Quote edee_91 30-6-2013 11:27 AM
jap, suami atau bekas suami?
Quote izamahmed 30-6-2013 11:43 AM
edee_91 posted on 30-6-2013 03:27 AM
jap, suami atau bekas suami?

bekas suami. dah bercerai 2011. katenye la
Quote edee_91 30-6-2013 11:58 AM
izamahmed posted on 30-6-2013 11:43 AM
bekas suami. dah bercerai 2011. katenye la

takpe lah. mungkin penulis artikel takut dakwat printer cepat habis nanti kalau tulis perkataan 'bekas' tu.

Quote izamahmed 30-6-2013 12:02 PM
hehe. aku copy bulat2 dari berita. tak berani nak ubah2. tak pasal2 aku kena saman nanti. kehkehkeh
Quote mak_wa95 30-6-2013 12:10 PM
edee_91 posted on 30-6-2013 11:27 AM
jap, suami atau bekas suami?

bercerai julai 2011.......trgedi potong memotong ni tak tahu bila....jadi tak dapat tahu status suami atau ex....
Quote edee_91 30-6-2013 12:12 PM
mak_wa95 posted on 30-6-2013 12:10 PM
bercerai julai 2011.......trgedi potong memotong ni tak tahu bila....jadi tak dapat tahu status su ...

a'ah kan.. boleh jadi die bercerai sebab anu dah kene potong dek isteri psiko.
Quote mak_wa95 30-6-2013 12:17 PM
edee_91 posted on 30-6-2013 12:12 PM
a'ah kan.. boleh jadi die bercerai sebab anu dah kene potong dek isteri psiko.

dah kena potong cerai pun tak dak makna dah............
Quote Muntz 30-6-2013 03:14 PM
Berderet2 lak thread seks aku tengok.
Quote novelloverzz 30-6-2013 04:27 PM
pscyho gak vietnamese neh..
Quote mizkajura 1-7-2013 10:49 AM
mmg sgt marah tu
Quote maxim 1-7-2013 11:18 AM
Muntz posted on 30-6-2013 03:14 PM
Berderet2 lak thread seks aku tengok.

perkembangan yg sihat
Quote amyainsamad 1-7-2013 11:18 AM
kesian x lakinya
Quote setia00 1-7-2013 11:26 AM
dasyat !!..
extreme giler sampai potong-potong..
nasib baik dia buang dekat tong sampah..
kalau dia bagi anjing makan ke atau campak tepi jalan lagi ngeri...
Quote Alf_Ramsey 1-7-2013 11:36 AM
kat china ade technology perubatan yg membolehkan penderma menderma kemaluan kepada penerima, bukan kemaluan je, tapi lidah pon boleh
Quote izamahmed 1-7-2013 11:42 AM
maxim posted on 1-7-2013 03:18 AM
perkembangan yg sihat

kena jaga2 ni ;)
Quote Muntz 1-7-2013 10:36 PM
maxim posted on 1-7-2013 11:18 AM
perkembangan yg sihat

Nanti benda lain lak yg kembang.
Quote izamahmed 1-7-2013 10:46 PM
Muntz posted on 1-7-2013 02:36 PM
Nanti benda lain lak yg kembang.

kembang takpe, jgn kena potong

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.366608 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top