CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

2 suspek cedera ditembak lepas cuba langgar polis

1-7-2013 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2478| Komen: 16

Description: KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang disyaki anggota kumpulan samun, cedera ditembak selepas kereta yang mereka naiki cuba melanggar anggota polis di Kampung Durian Guling, Marang Sabtu lepas.
KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang disyaki anggota kumpulan samun, cedera ditembak selepas kereta yang mereka naiki cuba melanggar anggota polis di Kampung Durian Guling, Marang Sabtu lepas.

Mereka adalah antara tiga lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang ditahan polis kerana disyaki aktif melakukan samun di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata empat anggota polis yang membuat rondaan terserempak dengan kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.45 pagi.

"Menyedari kereta mereka diekori, suspek bertindak membuat pusingan 'U' dan anggota polis memberikan isyarat supaya memberhentikan kenderaan namun suspek enggan dan cuba melanggar anggota polis.

"Namun anggota kami berjaya mengelak dan polis mengejar suspek sejauh tiga kilometer. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sebelum memberkas ketiga-tiga suspek itu," katanya pada sidang akhbar yang di sini hari ini.

Beliau berkata tembakan itu menembusi kereta yang dinaiki suspek dan terkena  pinggang dan lutut dua daripada tiga lelaki terbabit. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Hamzah berkata polis menemui beberapa peralatan seperti parang, golok, cangkul, pemotong besi, sabit dan alat menghisap dadah dalam kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki terbabit.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu adalah rakyat tempatan dan mempunyai rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah dan kes jenayah.

"Kami percaya dengan tertangkapnya suspek, polis dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah yang dilapor di negeri ini," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 1-7-2013 06:33 PM
penagih dadah lagi
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2013 06:44 PM
Hamzah berkata polis menemui beberapa peralatan seperti parang, golok, cangkul, pemotong besi, sabit dan alat menghisap dadah dalam kereta Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki terbabit.


modus operandi pulis ga pernah burubah, tak kesahlah kes apa pun, musti ada jumpa parang, pedang samurai

agaknya kalau kes tangkap purogol pun akan jumpa parang dan pedang samurai dalam lubang faraj mangsa
Quote munchkin 1-7-2013 07:57 PM
Syabas pada polis
Quote airfilterbersih 1-7-2013 08:01 PM
Rompak gune cangkul cmne tu??
Quote tapibukanaku 1-7-2013 08:04 PM
airfilterbersih posted on 1-7-2013 08:01 PM
Rompak gune cangkul cmne tu??

kretip inovatip.....

itu yg kita cari boh!


Quote airfilterbersih 1-7-2013 08:08 PM
tapibukanaku posted on 1-7-2013 08:04 PM
kretip inovatip.....

itu yg kita cari boh!

Tu amik upah tanam pokok kt rumah org...
die lari sbb tkt tuan rumah report die x abis tnm pokok tp duit dh bayar...

haha
Quote tobby 1-7-2013 08:10 PM
memandu dalam keadaan mencurigakan .....  ayat yg sangat common sejak 80-an sampai la hari ni.
Quote tapibukanaku 1-7-2013 08:11 PM
airfilterbersih posted on 1-7-2013 08:08 PM
Tu amik upah tanam pokok kt rumah org...
die lari sbb tkt tuan rumah report die x abis tnm pokok  ...

stok tempatan tu boh! bukan bangladeshi...oppsss..
Quote mak_wa95 1-7-2013 08:12 PM
patut tembak bagi mati je.....jimat kos........
Quote airfilterbersih 1-7-2013 08:19 PM
tapibukanaku posted on 1-7-2013 08:11 PM
stok tempatan tu boh! bukan bangladeshi...oppsss..

Busuk busuk pung set set kito gok boh..set besuk busuttt busukkk....

haha
Quote tapibukanaku 1-7-2013 08:23 PM
airfilterbersih posted on 1-7-2013 08:19 PM
Busuk busuk pung set set kito gok boh..set besuk busuttt busukkk....

haha

@airfilterbersih dan besukkk berpisah tiada..





larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..
Quote airfilterbersih 1-7-2013 08:27 PM
tapibukanaku posted on 1-7-2013 08:23 PM
@airfilterbersih dan besukkk berpisah tiada..



Hahaha,,.
i like besuk.
Quote tapibukanaku 1-7-2013 08:28 PM
airfilterbersih posted on 1-7-2013 08:27 PM
Hahaha,,.
i like besuk.

u like besuk?? good.

urban!
Quote setia00 2-7-2013 10:21 AM
tumpas lagi 1 geng...
seram lah...kenapa macam banyak je jenayah sekarang ?
Quote gaara_X 2-7-2013 10:25 AM
tembak je kepala tue...kalau kes amiruol nak plak tembak kat kepala.....
Quote Al-Patih 3-7-2013 05:08 AM
kakikuDibibirmu posted on 1-7-2013 06:44 PM
modus operandi pulis ga pernah burubah, tak kesahlah kes apa pun, musti ada jumpa parang, pedang ...

kondom Beb ....??

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.168471 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top