CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kami Bukan Superman - Balas Polis Bersahaja Apabila Wanita Ini Hubungi 999

29-10-2015 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 10666| Komen: 55

Description: Telah menjadi buah mulut sejak semalam apabila keluarga ini dalam perjalanan telah diekori oleh beberapa buah motor....
Oleh Fyruz Hanna


Telah menjadi buah mulut sejak semalam apabila keluarga ini dalam perjalanan telah diekori oleh beberapa buah motor.

Video yang berdurasi 1:25 itu menunjukkan bagaimana penunggang motosikal terbabit cuba melakukan sesuatu yang membahayakan kepada pemandu kereta terbabit.

Loading FB Video...


Yang dikesalkan Noorhidayu Mohamed Noor dalam Fbnya adalah bagaimana respon bersahaja yang dibuat kepada nombor 999.

Baca selanjutnya:
Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan keretA.

Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.

Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.

Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.

Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??

Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.

Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.

S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless). 
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P: ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada. 
S. Baiklah

Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayah makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. #syukurmalaysiamasihaman. -CARI Infonet.

16

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
30

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 29-10-2015 01:33 PM
Di Malaysia ini, kebanyakan isu di ambil perhatian & tindakan bukan berdasarkan gaji yang di bayar & tanggungjawab yang di amanahkan. Kebanyakan isu menjadi perhatian hanya bila di viralkan.

Viralkan setiap salah laku kakitangan kerajaan. Itu hak kita sebagai pembayar cukai.
Quote lorelai 29-10-2015 01:37 PM
Dia plak suh kita bawa snjata
Quote crazecousa 29-10-2015 01:52 PM
nape macam perangai kanibal budak2 tuh... ape dema nak?
Quote |||| 29-10-2015 01:53 PM
Kalo dah bodoh sangat tak melawan langsung memang la jadi macam itu
Quote alieyrina 29-10-2015 02:02 PM
Biasa laa...depa tau tang raya nak bonus dan naik gaji saja ...stended la..tu yg penjenayah makin berani ...
Quote ad_hoc79 29-10-2015 02:06 PM
kot2 kereta diorang lalu lopak terpercik ke mat2 moto... pastu diorg balas balik???
Quote gerbera.memopad 29-10-2015 02:29 PM
Iskk, scarynya . Apa budak2 motor tu nak actually?
Quote Athrun.Zalaa 29-10-2015 02:48 PM
Hurmmm...
Kdg2 sstgh polis mmg cibai skit...
Suruh bwk senjata pastu nnt polis tahan kita bwk senjata lak ke?!!OK...
I bwk M16 jer...
Quote delsmomm 29-10-2015 02:48 PM
polis pon dah mewarisi kebodohan menteri gamaknya...

tu la aku dah ckp, penyakit bodoh ni boleh berjangkit...
Quote nicuya 29-10-2015 03:07 PM
aku...bknlah superman...aku..juga bisa nangis...eheh..sorry

bgus die bt report..tp mengharapkn tindakan segera tu hmm.....mmg susah la kt malaysia nih..sorry to say la...
tp public relation atau communication skills for services mmg teruk kat malaysia nih..atleast ko bg ayat baguih sket la ntok tenangkan pengadu...n pengadu plak xyah la mendesak mcm ape je...mane la org tu x stress...
konklusinye..penunggang motor tu mmg beruk
Quote leylapple 29-10-2015 03:15 PM
len kali langgar jer....
Quote Sasha 29-10-2015 03:35 PM
kalo dah viral baru terhegeh2 amik tindakan
Quote babypureen 29-10-2015 03:41 PM
kalau jadi betul2 kat aku maunya xtakut.................alhamdulillah family akak ni selamat n xda apa2 jadi kat dia...harap polis kena belajar PR bila org call minta bantuan.
Quote krustykrab 29-10-2015 03:48 PM
STONER replied at 29-10-2015 01:38 PM
kalau ngan abg,.. abg berhenti dulu tanya nak apa. agak2 dorang ada agenda jahat.

berkicap buda ...

kalau yg dlm kete tu semua jantan macho cam stoner tak pe la....ni ada pompuan ada kanak2....bahaya kalau nak berenti

Quote krustykrab 29-10-2015 03:49 PM
Athrun.Zalaa replied at 29-10-2015 02:48 PM
Hurmmm...
Kdg2 sstgh polis mmg cibai skit...
Suruh bwk senjata pastu nnt polis tahan kita bwk senj ...

mcm ari tu sorg retis kene tahan sbb bwk pistol mainan ke haper....

Quote krustykrab 29-10-2015 03:51 PM
tgk dr video tu, kalau nak buat jahat, bwk laju2 kalau mat2 moto tu pecut jugak kejar, brek je kete bior seko2 mampus rempuh kete
Quote caplimau 29-10-2015 03:56 PM
well actually klo abg polis tu jawab baiklah puan, kami akan buat pamtauan kn best skt..
or maybe polis tu tgh period pain kot..
Quote zulka 29-10-2015 03:57 PM
apesal laki ko bodoh sgt....puih
kalau aku memang aku aku langgar2 je
Quote zulka 29-10-2015 03:58 PM
betulla polis tu ckp...bukannyer call2 terus ada depan mata...stupid

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.156799 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top