CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Beras Subsidi Super Tempatan ST15?

2-11-2015 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 15116| Komen: 102

Description: Kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras
Oleh Izzah Abbasy

Masalah ketirisan adalah punca utama Kementerian Pertanian dan Industri Asas‎ Tani (MOA) memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15).

Kredit Foto bHarian.XYZ


Menurut Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail,

Kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara.

Pengagihan beras ST15 bermula pada 2008 adalah program sementara untuk golongan termiskin membeli beras pada harga paling rendah. - CARI Infonet

Baca selanjutnya : Bernama 

6

Bagus
22

Marah
4

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 2-11-2015 09:03 AM
Ketirisan penyebab subsidi beras ST15 mansuh

1 November 2015                     


  
                                                    - Gambar Hiasan

        PUTRAJAYA - Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur. Kualitinya sedikit  rendah berbanding beras tempatan yang biasa dibeli oleh majoriti pengguna, iaitu ST5 peratus yang mempunyai kandungan 5 peratus beras hancur.

        Pengagihan beras ST15 yang bermula pada 2008 adalah program sementara yang dibuat kerajaan bagi memastikan golongan termiskin mampu membeli beras pada harga yang paling rendah.
        Samsuddin Ismail, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras  memaklumkan bahawa Kajian Kementerian mendapati bahawa program ini mempunyai beberapa masalah yang menyebabkan ketirisan.
        Contohnya beras ST15 yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah, tetapi didapati boleh dibeli oleh bukan warga negara.
        Ada juga laporan mendapati ada tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan.

        Walaupun beberapa tindakan sudah diambil oleh pihaknya termasuk menghentikan lesen pihak terbabit, tetapi masalah berkenaan masih lagi berlaku.
“Sejak dua bulan lalu, kami telah mula mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin,” kata Shamsuddin. - Bernama

Quote GhostWalking 2-11-2015 09:03 AM
Cari Mekanisme Baharu Selepas Pemansuhan Subsidi Beras ST15                                Nov 1, 2015                133



6Shares


BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari mekanisme baharu bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli beras selepas pemansuhan program subsidi beras Super Tempatan (ST15), mulai tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan adalah menilai modul di negara lain, seperti Thailand yang mana rakyatnya tidak makan beras tinggi kandungan hancur, sebaliknya menggunakan beras tempatan mereka.
“Program beras subsidi ini diperkenalkan pada tahun 2008 apabila difikirkan bagaimana mahu sediakan beras pada harga yang murah. Bagaimanapun, ada kelemahan dari segi pelaksanaan dan kita tidak mahu beras yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia akhirnya sampai ke pihak tidak sepatutnya.
“Kita juga memikirkan adakah selama-lamanya rakyat miskin di negara kita akan makan beras hancur?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Agro pertama di Malaysia di Bera di sini, Ahad.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anggota Parlimen Bera dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.
Ahmad Shabery juga memaklumkan antara mekanisme lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi wang bersamaan jumlah subsidi bagi sekampit beras, iaitu RM7.50 kepada golongan sasar supaya mereka dapat menggunakannya untuk membeli beras yang lebih baik.
Kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian kendalian Ismail Sabri yang ‘menjaga’ golongan penoreh getah dan pekebun kecil yang merupakan golongan sasar program subsidi itu, katanya.
Beliau memaklumkan kerajaan membelanjakan RM530 juta setahun bagi program beras ST15, namun pemerhatian mendapati beras itu banyak dibeli oleh warga asing dan restoran.
“Sesuatu program yang dilaksanakan mesti mempunyai data dengan integriti tertentu dan data tentang pengedaran beras ini tidak menyeluruh dan sempurna. Ia hanya di peringkat pengilang dan pemborong, tetapi siapa yang membeli dan di mana kedainya…ini yang perlu kita lihat sendiri,” katanya.
Semalam, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pemansuhan program subsidi beras ST15 ekoran terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.
Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur. – BERNAMA
Quote Acong 2-11-2015 09:04 AM
Edited by Acong at 2-11-2015 09:15 AM

seeloknya dimansuhkan......
beras murah nie disalahgunakan oleh tauke kilang bihun, laksa & keuy teow......

jarang2 aku nampak org beli beras murah kat Giant atau Mydin melainkan pekerja asing  
Quote GhostWalking 2-11-2015 09:04 AM
So orang susah nak beli beras apa lepas ni?
Quote bluehedgehog 2-11-2015 09:06 AM
yg byk beliberas  dan makan nasi pun bukan org tempatan, tp warga asing indon bangla myanmar...baguih hapuskan subsidi
Quote ninjago 2-11-2015 09:07 AM
ohmygodd... speechless.. kesian la kat rakyat susah yg nak beli beras.. nie lagi subsidi kena tarik lagi.. how mean can a govt be???
Quote Bell 2-11-2015 09:10 AM
Ikut cara US - beri food stamp pada golongan sasaran. Cara ini org tak boleh tipu.
Quote bluehedgehog 2-11-2015 09:10 AM
Pendatang asing, restoran ambil kesempatan beli beras subsidi

November 1, 2015 Berita Utama #20

Bagaimanapun, ia terpaksa dimansuhkan kerana program berkenaan mempunyai beberapa kelemahan, termasuk banyak dibeli oleh warga asing dan restoran, bukannya golongan sasar
Quote bluehedgehog 2-11-2015 09:12 AM
umno mudah lupa

Ketika sibuk suruh boikot, Ismail Sabri gagal tangani isu lambakan beras
Antaranya, beras yang tersimpan di sebuah gudang di bawah BERNAS di Perlis selama tiga tahun sudah rosak.

“Menurut kenyataan dari pegawai Kementerian Pertanian, dipercayai ada banyak kes seumpama ini yang berlaku di negeri-negeri lain.

“Apakah hasil siasatan yang telah dijalankan? Adakah apa yang disebutkan oleh Menteri ini adalah satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan orang ramai supaya tidak membangkitkan mengenai hal beras ini? kata Er.

Media sebelum ini melaporkan berlaku lambakan stok beras di Perlis disebabkan stok beras yang dikeluarkan tidak menepati spesifikasi gred yang ditetapkan.

Bernas, dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) berjumlah 6,029 tan metrik yang dikeluarkan oleh kilang tersebut terpaksa diproses semula sebelum boleh dipasarkan.
Quote mommymonster82 2-11-2015 09:18 AM
Habis tu org kita yg susah ni nak beli beras murah kat mana?  Peliknya...
Sediakan alternatif dulu...barulah mansuh...
Kesian kat yg susah ni..
Quote GhostWalking 2-11-2015 09:20 AM
bluehedgehog replied at 2-11-2015 01:12 AM
umno mudah lupa

Ketika sibuk suruh boikot, Ismail Sabri gagal tangani isu lambakan beras

yang ni aku ada baca semalam dalam blog mountdweller tak silap.petikan dari paper yang expose apa yang terjadi pasal kes beras ni kan
Quote kentel 2-11-2015 09:23 AM
mommymonster82 replied at 2-11-2015 09:18 AM
Habis tu org kita yg susah ni nak beli beras murah kat mana?  Peliknya...
Sediakan alternatif dulu. ...

set2 ni penah ke kisah org susah? hanya mampu tertawa
Quote krustykrab 2-11-2015 09:24 AM
bluehedgehog replied at 2-11-2015 09:06 AM
yg byk beliberas  dan makan nasi pun bukan org tempatan, tp warga asing indon bangla myanmar...bagui ...

haiyohhhh....habis org tempatan makan gapo hari2? spghetti, pizza, lasagna
Quote nh83 2-11-2015 09:27 AM
x tau nk ckp apa lagi..kesian kt org susah..
Quote ultra78 2-11-2015 09:28 AM
mommymonster82 replied at 2-11-2015 09:18 AM
Habis tu org kita yg susah ni nak beli beras murah kat mana?  Peliknya...
Sediakan alternatif dulu. ...

Alternatif dia adalah BR1M la kak. Wang terus kepada penerima yang layak



Nanti harga nasi di kedai makan pun naik la kan sebab kedai memang suka pakai beras murah ni..
Quote bluehedgehog 2-11-2015 09:30 AM
krustykrab replied at 2-11-2015 09:24 AM
haiyohhhh....habis org tempatan makan gapo hari2? spghetti, pizza, lasagna

ni cuma perbandingan
ko tgo sepinggan nasi bangla/indon berbanding sepanggan nasi org tempatan
bangla seorg 1 bulan 1 bag nasi
org tempatan 1 famili 2 minggu 1 bag nasi
Quote mommymonster82 2-11-2015 09:33 AM
kentel replied at 2-11-2015 09:23 AM
set2 ni penah ke kisah org susah? hanya mampu tertawa

Dorg xperla pakai basmathi...kesian kat org yg susah ni...
Quote ultra78 2-11-2015 09:34 AM
bluehedgehog replied at 2-11-2015 09:30 AM
ni cuma perbandingan
ko tgo sepinggan nasi bangla/indon berbanding sepanggan nasi org tempatan ...

Satu hari aku beratur belakang warga asing beli nasi. Mak ai, nasi menggunung dalam pinggan. Cukup untuk bagi makan 3 org..
Quote mommymonster82 2-11-2015 09:37 AM
ultra78 replied at 2-11-2015 09:28 AM
Alternatif dia adalah BR1M la kak. Wang terus kepada penerima yang layak



Brimla sgt...bukan dapat tiap2 bulan pon... pastu yg middle class xdpt brim camner?? Middle class jugak yg terus tersepit.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top