CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Koleksi Lihat artikel

'Cantik Sangat' - Ramai Sanggup Datang Tengok Bola Sebab Nak Tengok Pegawai Polis

5-10-2023 12:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2951| Komen: 3

Description: Seorang pegawai polis wanita meraih perhatian ketika perlawanan bola sepak sehingga kisahnya menjadi tular.Menerusi laporan Daily Star, Alexa Narvaez menjadi tumpuan ramai pada perlawanan America de C ...
Seorang  pegawai polis wanita meraih perhatian ketika perlawanan bola sepak sehingga kisahnya menjadi tular.

Menerusi laporan Daily Star, Alexa Narvaez menjadi tumpuan ramai pada perlawanan America de Cali, baru-baru ini di mana pasukan Colombia itu menewaskan Atletico Nacional 4-1, pada 24 September lalu.



Si cantik berambut coklat itu merupakan pegawai sepenuh masa dan popularitinya naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

Narvaez meraih perhatian penyokong bola sepak apabila dia membuat rondaan di sekitar padang sewaktu perlawanan berlangsung.

Narvaez mempunyai seramai 1.8 juta pengikut di Instagram, dan jumlah itu terus meningkat kerana popularitinya.

Kisahnya tular selepas meraikan jaringan pasukan kegemaran ketika masih berpakaian seragam, baru-baru ini.

Dia memuat naik klip video itu di laman Instagramnya, dan menerima lebih 187,000 tanda suka (like).


"Di sini kita bekerja, kita meraikan dan saya lebih suka setiap hari apa yang saya lakukan. Saya seorang penyokong tetapi saya suka apabila pasukan dari bandar kami menang," tulisnya.

Rata-rata netizen turut memberi komen yang sanggup menyaksikan perlawanan bola sepak kerana mahu melihat pegawai polis berkenaan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-10-2023 01:21 PM
Ramai2 serbu dia..pecah plak silikon.
Quote matamata 5-10-2023 01:23 PM
Peraih tanda suka
Quote B40tastePosh 5-10-2023 04:54 PM
Kena longgarkan sikit pakaian tu...nanti tegang pula pemain bola masa berlari.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.322388 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top