CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Kereta Dengan Mesin Vending, Canggih Tak?

25-11-2015 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5154| Komen: 5

Description: Kaedah yang diguna pakai syarikat Carvana ini beroperasi sama seperti mesin vending yang lain, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan syiling bagi mendapatkan produk yang diingini.


Oleh : TS LOO

sumber foto : google image


Sebuah syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat mempunyai cara lebih cool untuk para pelanggan mendapatkan kereta idaman mereka.

Kaedah yang diguna pakai syarikat Carvana ini beroperasi sama seperti mesin vending yang lain, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan syiling bagi mendapatkan produk yang diingini.

sumber foto : google image


Konsep yang telah diusahakan sejak dua tahun lalu itu sebenarnya bermula di Atlanta namun sejak itu mereka mula melakukan penambahbaikan bagi menjayakan cara baharu pembelian kereta yang paling mudah, cepat dan ekspres.


Ketua Pegawai Eksekutif Carvana, Ernie Garcia berkata, ianya merupakan mesin vending tercanggih di dunia yang menawarkan pelbagai jenis kereta diidamkan pelanggan dengan hanya memasukkan syiling khas yang dikeluarkan syarikat terbabit.

sumber foto : google image

sumber foto : google image


Mesin itu mengandungi lima tingkat menara kaca yang boleh menampung 20 kereta pada satu-satu masa.

Pelanggan hanya perlu mendapatkan maklumat mengenai kereta yang ingin dibeli di laman web mereka, buat pembayaran dan kemudian mengambilnya di mesin tersebut sekaligus menjimatkan kos penghantaran kenderaan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syue86 25-11-2015 05:45 PM
brp byk coin nk bwk?
ke satu coin nilai besar?
Quote Artemesiaa 25-11-2015 06:08 PM
Laa gimmik je rupnya
Quote supernaturalee 26-11-2015 04:52 PM
ramai nau pemalas baca kt cari ni
artikel bkn panjang pun



Quote mizz_fatyn 2-12-2015 10:08 AM
kalu ade kat mesia kan best..jual kete secondhand dah le
Quote shahrel90 27-12-2015 03:01 AM
Stailo giler vending ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.190915 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top