CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Patahkan Usaha Culik Bayi Usia 12 Hari

26-11-2015 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4789| Komen: 17

Description: polis menahan beberapa suspek namun belum ada kenyataan rasmi...


Melaka: Sepasukan polis menumpaskan sindiket menculik seorang bayi berusia 12 hari di Taman Gadong Perdana, pada malam Rabu.

Bayi yang diculik di Taman Kota Laksamana ditemui dalam sebuah premis.

Sehubungan itu, polis menahan beberapa suspek namun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh polis. -CARI Infonet.

Sumber: hmetro
12

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 26-11-2015 12:20 PM
Alhamdulillah...
Quote ad_hoc79 26-11-2015 01:19 PM
apa lah sebabnye diculik tu
Quote prettyuglybabe 26-11-2015 01:23 PM
tahniah pdrm..
Quote senahsanasini 26-11-2015 01:31 PM
syukurrrr
Quote izabellemylia 26-11-2015 01:35 PM
syukur selamat...
Quote fifie_olin 26-11-2015 02:08 PM
ad_hoc79 replied at 26-11-2015 01:19 PM
apa lah sebabnye diculik tu

nk dijual brangkali

Quote ad_hoc79 26-11-2015 02:12 PM
suspek katanye sedara mara sendiri...
dari hari isnin dah di culik
kesian baby
Quote JohnPuteh 26-11-2015 02:14 PM
Apa nk jadi skrg ye..rasa mcm dah xselamat
Quote leylapple 26-11-2015 03:19 PM
tak silap ada kes yang diviral di pesbuk pasal anak dilarikan, ayah yang nak selamatkan anak dipotong telinga..kat melaka jugak...

apa jadi dgn kisah tu?
Quote EJALTI 26-11-2015 03:43 PM
Kes Culik Bayi 12 Hari: 4 Suspek Termasuk Dalang Ditahan

http://www.mynewshub.cc/2015/11/ ... ara-isteri-ditahan/
Nov 26, 2015


Polis menyerbu sebuah pusat tuisyen di Taman Gadong Perdana malam tadi sebelum menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia 12 hari yang diculik petang Selasa lalu dan menahan tiga wanita yang disyaki terbabit dalam kes itu.


MELAKA – Polis percaya dapat menyelesaikan kes penculikan seorang bayi lelaki berusia 12 hari di Kota Laksamana di sini pada 24 Nov lepas dengan penahanan empat suspek termasuk seorang dalang.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 25 tahun iaitu tiga wanita dan seorang lelaki itu ditahan secara berasingan di sini malam tadi.

Beliau berkata dengan penahanan keempat-empat suspek itu, polis dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang daripada 48 jam.

Chua berkata susulan kejadian pada Selasa lepas, ibu mangsa menerima khidmat pesanan ringkas daripada suspek pukul 6.52 petang meminta beliau menyerahkan wang tebusan RM300,000 dan selepas berbincang penculik terbabit bersetuju mengurangkan jumlah itu kepada RM200,000.

“Keluarga mangsa kemudian membuat bayaran tebusan di sebuah premis pusat tuisyen di Pulau Gadong di sini kira-kira 10.30 malam tadi seperti yang dikehendaki suspek berkenaan.

“Polis kemudian menyerbu premis tersebut serta menahan tiga wanita dan menyelamatkan bayi tersebut. Susulan penahanan ketiga-tiga wanita terbabit, polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa saudara mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chua berkata siasatan lanjut mendapati dua daripada empat suspek adalah ahli keluarga kepada mangsa berumur 25 dan 24 tahun.

Beliau berkata bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan dan motif penculikan dipercayai disebabkan suspek mempunyai masalah kewangan.

Beliau berkata kesemua suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Quote EJALTI 26-11-2015 04:12 PM
Adik bapa, ipar disyaki dalang culik bayi

http://www.hmetro.com.my/node/95942

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 1:57 PM


SUSPEK wanita ditahan polis. FOTO Rasul Azli Samad


Melaka: Empat individu ditahan termasuk suami isteri yang juga saudara kandung bapa bayi diculik Selasa lalu yang dipercayai dalang penculikan di Taman Kota Laksamana.

Pasangan terbabit masing-masing berusia 24 dan 25 tahun, ditahan di dua lokasi berasingan pada 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas wanita berusia 24 tahun yang juga adik ipar kepada bapa mangsa yang ditahan bersama dua lagi wanita dipercayai pekerjanya berusia 21 tahun, selepas ibu bapa mangsa menyerahkan wang tebusan RM200,000 kepada suspek pada 10.30 malam tadi di pusat tuisyen di Taman Gadong Perdana, di sini.

"Susulan tangkapan itu, polis menyerbu kediaman keluarga mangsa di Taman Kota Laksamana dan menahan lelaki berusia 25 tahun yang juga adik kepada bapa mangsa untuk membantu siasatan.

"Kita percaya penculikan ini bermotifkan masalah kewangan yang dihadapi suami isteri terbabit," katanya.

Ghee Lye berkata, kesemua empat suspek ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Polis akan melakukan tangkapan lain sekiranya mendapati masih ada individu terlibat, katanya.

Bayi berusia 12 hari itu diselamatkan sepasukan polis, di Taman Gadong Perdana, malam tadi.
Quote kiyudi 26-11-2015 04:15 PM
alhamdulillah dh selamat....dh agak..mesti kerja sedara mara jugak.....jilakaaaa
Quote VirginLady 26-11-2015 05:21 PM
apa nak jadilah...malaysia dah nazak giler skarang ni
Quote nour2001 26-11-2015 05:24 PM
Hukuman mati utk Kesalahan culik kan...bagus...
Quote giyomi 26-11-2015 05:41 PM
Kes kalah judi lar ni or mungkin kalah mesin. Cara plng senang dpt duit, culik sedara mara sendiri. hukuman gantung jer layak tuk diaorg ni.
Quote MamaMima711 26-11-2015 05:42 PM
Sian baby tu...kecik sgt lg
Quote EJALTI 7-12-2015 03:24 PM
Empat didakwa culik bayi 12 hari

http://www.sinarharian.com.my/se ... yi-12-hari-1.459526

Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2015

AYER KEROH - Tiga wanita dan seorang lelaki termasuk dua beradik akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menculik bayi berusia 12 hari, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan mahkamah daripada tertuduh Bong Wei Na, 24; Bong Wei Yee; 21; Law Jie Wen, 21 dan James Tan Chiat Shen, 18.

Berdasarkan pertuduhan, keempat tertuduh didakwa menculik bayi lelaki dengan meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 daripada ibunya di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana Seksyen 3 kira-kira jam 6.20 petang pada 24 November 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban di hadapan Majistret Norina Maludin.

Norina kemudian menetapkan kes disebut semula pada 11 Januari depan bagi serahan dokuman.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.249238 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top