CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Smoking Kid', Iklan Anti Merokok Terbaik Di Dunia!

26-11-2015 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7199| Komen: 12

Description: Kementerian Kesihatan Thailand telah menghasilkan 'Smoking Kid’, sebuah iklan kemasyarakatan yang sememangnya memberikan impak yang sangat mendalam kepada perokok di luar sana.

Oleh : TS LOO


Kebanyakan perokok memang tahu merokok tidak baik untuk kesihatan, tapi akibat ketagihan, seseorang itu memang susah untuk membuang tabiat merokok.


Di Malaysia terdapat juga banyak iklan anti merokok dihasilkan yang bertujuan untuk menyedarkan orang ramai, rokok membahayakan kesihatan kita termasuk orang yang berada di sekeliling.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Thailand telah menerbitkan 'Smoking Kid’, sebuah iklan kemasyarakatan yang sememangnya memberikan impak yang sangat mendalam kepada perokok di luar sana.

Dengan berdurasi 2.37 minit, iklan tersebut mengisahkan dua orang kanak-kanak meminta pemetik api daripada perokok yang berlainan jantina dan umur di sekitar bandaraya Bangkok.

Ia merupakan antara iklan anti merokok yang mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok paling terbaik di dunia.

Sejak dimuat naik pada bulan Jun yang lalu, video ini sudah ditonton lebih dari lima juta orang dan menerima puluhan ribu ‘like’ di laman Youtube.

Di permulaan video, kelihatan beberapa orang dewasa merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam, mereka tidak sedar yang gerak-gerinya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.

Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam “lighter” atau pemetik api kerana mahu merokok juga, jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah...





Anda sudah tengok? Sudah jelas bukan? Setelah perokok-perokok dewasa membaca kertas yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut dan raut wajah mereka juga berbeza.

Memang sebuah iklan yang sarat dengan mesej dan sangat jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Kementerian Kesihatan Thailand keatas penghasilan iklan ini.

Fikir dulu sebelum merokok! - CARI Infonet
4

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 26-11-2015 04:17 PM
Tetibe rasa nak berhenti rokok
Quote Artemesiaa 26-11-2015 05:01 PM
Thailand ni bab iklan memang menarik
Quote pearl.silver 26-11-2015 06:00 PM
Dlm video tu diorg tunjuk je muka perokok2 tu..xpe ke..
Quote Emperor95 26-11-2015 09:44 PM
Iklan lama. Tapi memang terbaik.
Quote Levespa 27-11-2015 12:41 AM
Dah tengok iklan yg sama tapi yg dari negara timur tengah
Quote moocoww 27-11-2015 12:54 AM
Terbaik
Quote Siputjelly 28-11-2015 02:37 PM
ferr terbaik. thailand punya iklan memang superb.
Quote cm_asamkumbang 28-11-2015 08:57 PM
Memang terbaik iklan ni.. Harap org yg dapat mesej tu insaf
Quote nist02 28-11-2015 10:45 PM
Deep tu.. haha
Quote taji2906 30-11-2015 10:43 AM
iklan siam memang paling best... kreatif betul depa kat sana... kadang2 tak terpikir iklan tu mengenai produk yg nampak pd awal tak kena mengena... aku ada teringat tgk iklan siam, dua org boxer muay thai dok lawan.. masing2 mengelak dari kena serang kat telor.. sampai ref pun bosan la... ingat iklan apa... rupanya iklan kondom.... hahaha
Quote iznanaziz 30-11-2015 05:38 PM
aku tengok iklan ni, tetiba menitik air mata...tak tau sebab apa...
Quote setokinpurple 28-12-2015 08:05 AM
Sama la mcm bapak iols bila adk merokok dia berleter kata bahaya la penyakit laa.. Tp dia merokok jugak x sedar

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.141429 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top