CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Runsing Anak Ada Bersama Ketika Sibuk Kerja? Ikuti Tip Ini

26-11-2015 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3684| Komen: 3

Description: Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.
Oleh : TS LOO

Susah jika suami dan isteri, kedua-duanya bekerjaya. Yang jadi mangsa, pastinya si anak.

"Alamak! Macam mana ni? Tiba-tiba pulak pengasuh beritahu ada hal kena cuti kecemasan. Siapa nak jaga baby?"
 
Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. 

Ada kalanya berhadapan dengan situasi kecemasan di mana pengasuh anak anda perlu bercuti secara tiba-tiba. 

Ada ketikanya anda sendiri atau pasangan tidak boleh mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba dan terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. Jadi, sebelum membawa anak ke pejabat, ada beberapa tip yang perlu dilakukan:




sumber foto : http://www.thefashionspot.com/

1. Beritahu pihak atasan tentang masalah anda
Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu maklumkan kepada ketua bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. 

Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.
 
2. Keadaan yang kondusif
 Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan yang sibuk ketika anda membawa si kecil ke pejabat kerana ia boleh mengganggu tugas di samping sibuk menjaga si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.
 

sumber foto: http://www.byzywschool.com/

3. Siapkan aktiviti untuk anak

Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anda bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buk mewarna, buku stiker, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menungguu dan boleh mengganggu anda membereskan kerja.
 

4. Maklumkan kepada anak situasi di pejabat
Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang bakal dilawati. Sedikit sebanyak ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.
 


 
sumber foto : https://www.acf.hhs.gov

5. Bawa bekalan makanan yang cukup
Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya. - CARI Infonet



sumber info: Majalah Pa & Ma
19

Bagus
30

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
27

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 27-11-2015 11:45 AM
tq for the info
Quote DayangKirana 27-11-2015 01:09 PM
happened to me couple of times.

i bring his foods, ipad, pillow and his favourite books.
mujur dia tak meragam..
kalau nak main pun pusing dalam my cubicle jer..
bila nak tido tu, i cuddle him sampai dia tido..

tiring, but seriously rasa content tengok anak depan mata..hehe..
Quote mizz_fatyn 4-12-2015 12:59 PM
good info tt

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042592 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top