Seorang individu berkongsi kisah bekas jirannya yang tak tahu dirinya adalah isteri kedua. "Jiran saya bernama Fiza (bukan nama sebenar) dan suaminya Akmal (bukan nama sebenar) berpindah rumah di lorong sebelah kediaman saya.
"Fiza bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta. Orangnya cantik dan lemah-lembut. Patutlah Akmal terpikat dengan dia." Walaupun jarak usia 10 tahun, pasangan itu kelihatan sepadan dan dikurniakan seorang anak berusia enam bulan. Namun wanita itu mula berasa curiga dengan jirannya selepas si suami tidak lagi kelihatan. "Mula-mula pindah, aku nampak Akmal. Selepas enam bulan, aku dah tak nampak. Tapi mak Fiza dari Perak datang tinggal bersama," katanya. Lebih menghairankan apabila jirannya itu akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke kampung. Tidak lama selepas itu segala tanda tanya terjawab apabila jirannya membuat pengakuan yang dia sudah bercerai.
"Sebenarnya aku dan Akmal dah bercerai. Habis edah ni, aku nak balik kampung dengan anak. Akmal tipu aku, sebenarnya aku ni isteri kedua dia," kata Fiza seperti diceritakan semula jirannya. Menurut Fiza lagi, status suaminya yang beristeri dua terbongkar apabila berlaku tunggakan bayaran balik pinjaman perumahan. "Dia tak bayar bulan lepas, bank cari dia. Lepas tu aku hairan dengan alamat yang diberi. Aku siasat rupanya itu alamat rumah seorang wanita yang merupakan isteri pertama. "Mereka dah berkahwin 10 tahun, ada tiga anak lelaki. Isterinya suri rumah. Jodoh pilihan arwah ibu bapa Akmal," katanya. Dimaklumkan oleh Fiza sendiri, dia pergi ke rumah isteri pertama suaminya untuk bersemuka dan tidak menyangka perkahwinan mereka sebenarnya diketahui dan direstui madunya itu. "Geram betul aku, apabila aku bersemuka dengan Kak B (isteri pertama). Kak B cakap dia terpaksa merelakan perkahwinan kedua kerana suami mengugut akan meninggalkan isteri pertama sekiranya tidak dapat berkahwin dengan Fiza yang berpendidikan dan berkerjaya. "Akmal sentiasa ada di rumah, jarang keluar. Akmal hanya pulang ke rumah Kak B pada siang hari saja. Dah setahun Akmal tak tidur di rumah Kak B. "Kata Kak B, dia rela bermadu daripada diceraikan kerana dia merupakan anak yatim dan tidak bekerja," ujarnya. Menurut wanita itu lagi, Fiza kemudian membuat keputusan untuk berpisah kerana kecewa dengan lelaki yang rupa-rupanya isteri orang lain selama sedekad. "Tawar hati. Ingatkan Akmal sebagai suami mithali tapi meleset sama sekali. Dua bulan aku cuba hidup dalam kehidupan poligami tapi tak boleh. "Aku nak Akmal sentiasa ada dengan aku. Tapi pada sama, aku kasihan tengok Kak B dan anak-anaknya. Akhirnya aku undur diri. "Aku tak nak Kak B teraniaya, akhirnya kami berpisah secara baik," katanya mengimbas kembali luahan Fiza. Jelasnya lagi, luahan Fiza mengenai hidup poligami menyedihkan, lebih-lebih lagi dia enggan menjadi perampas suami orang. "Fiza kata dia tak nak jadi penyondol, tapi dia kena tipu. Dia rela diceraikan daripada bermadu. Dia mahu keikhlasan," ujarnya sambil menambah Fiza kini pulang ke kampung untuk menjalani kehidupan baharu bersama anaknya selepas berpisah. -CARI Sumber: mStar
|
jazaa100 replied at 24-10-2023 12:40 PM
Ala....cite biasa² je ni....
Pendidikan tgi & berkerjaya amende nya.....nk keja klinik swasta tu, ...
_blackbird replied at 24-10-2023 03:05 PM
wehhh aku ada jumpa ramai yg ada mentality bila sebut kerja nurse tu umpama mcm ko ni mmg bekerjay ...
prettyuglybabe replied at 24-10-2023 02:12 PM
hasanah versi lakiku laki orang pulak..
kalau kawin kat sini, sah-sah borang nikah ada state status ...
kucingitam replied at 24-10-2023 04:21 PM
kalau kau cantik, baik takpe dik jadi penyondol.. rambut kinting pun takpe.. netijen restu dek...asa ...
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
9-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.131583 second(s), 44 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.