CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senang Saja Menghasilkan Kimchi Yang Menyelerakan!

27-11-2015 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6049| Komen: 8

Description: Antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Kimchi yang merupakan jeruk Korea, khususnya sajian Kimchi dimasak dengan daging, keenakan nya memang menjilat jari


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://images1.friendseat.com/


Sejak dunia hiburan Korea menjadi popular di seluruh dunia termasuk di Asean, ramai rakyat Malaysia yang minat menonton drama Korea kelihatan terpengaruh dengan makanan orang Korea. 

Antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Kimchi yang merupakan jeruk Korea, khususnya sajian Kimchi dimasak dengan daging, keenakan nya memang menjilat jari. 


sumber foto : http://d2i7hmnf1hrt1b.cloudfront.net/


Berikutan beli secara bungkus di luar seperti restoran atau gerai makan, harganya bukan murah, jadi lebih berbaloi dan menjimatkan, jika kita menghasilkan Kimchi dengan membeli sayur kobis yang segar dan menjerukkannya ikut selera sendiri. 



Bahan-bahan makanan:
Kubis sebiji
Lobak Merah sebatang
Lobak putih sebatang
Sayur 'Leek' sebiji
Bawang seketul
Cili merah 3 ulas


Bahan sos :
Bawang putih 6 ulas kecil
Halia seketul kecil
Sos ikan 4 sudu besar
Belacan 2 sudu besar
Bawang merah 1/4 biji
Tepung beras pulut 2 sudu besar
serbuk cili ikut kandungan
Buah pear sebiji



sumber foto : http://www.korea.net/


Cara-cara membuat :
1) Kobis dibahagikan kepada 4 potongan, setiap helai daun dibuka dan ditaburkan dengan garam, letak dalam bilik selama 4 jam atau letak dalam peti sejuk satu malam.

2) Ambil cili, bawang, lobak merah, lobak putih dan sayur 'Leek' dipotong sehelai-helai.

3) Bawang putih, halia, bawang merah, buah pear dikisar sekali menjadi lecek, lepas itu tambah belacan, sos ikan kacau sekali lagi. Selain itu, bubuh dua sudu besar tepung beras pulut dan masak dengan air sehingga menjadi seperti bubur.

4) Ambil hasil sos yang dibuat dalam langkah ke3 itu digaul secara rata dalam sayur yang sudah dipotong siap. Lepas itu, tambah serbuk cili mengikut kehandak masing-masing, dan biarkan satu jam supaya rasanya dapat diserap masuk.

5) Keluarkan kobis yang siap dikeringkan itu, guna air basuhkannya sekali, lepas itu sapu dengan teliti sos yang siap digaul itu pada setiap helai daun kobis tersebut dan masuk ke dalam bekas dan tutup secara 'seal',  letak sekali lagi dalam peti sejuk selama 2 minggu, lepas itu bolehlah makannya. Kalau anda gemar makan Kimchi yang rasanya masam, maka simpanlah dalam peti sejuk selama 2 bulan biar dia menapai menjadi Kimchi masam yang sememangnya sedap.


Tip-tip lain :
1) Rasanya boleh ditukar-tukar mengikut selera masing-masing, kalau rasa terlalu masin boleh tambah setengah biji buah pear, jika rasa tidak cukup masin, bolehlah tambah banyak sikit sos ikan tanpa membubuh garam, kerana sos ikan boleh dikatakan agak masin.

2) Rasa Kimchi boleh juga dipertingkatkan dengan mencampurkan sos gula berjagung semasa mengaulkan sayur bersama sos yang lain. 


sumber foto : http://www.hellawella.com/


sumber foto : http://www.seriouseats.com/



sumber info : https://icook.tw/recipes/132378
6

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipuware 27-11-2015 04:01 PM
aku penah makan Kimchi kat seoul garden. tapi sekali tu aje la aku makan makanan korea. tekak aku takleh terima. tapi pasal nk jaga ati kawan masa tu, aku tolak kimchi dan makanan2 yg lain dgn air. serik dah nak makan makanan korea
Quote Ipo 27-11-2015 08:37 PM
oh macam tu ke nak buat kimchi...
suka makan kimchi nih
Quote kivio 28-11-2015 12:45 AM
Ipo replied at 27-11-2015 08:37 PM
oh macam tu ke nak buat kimchi...
suka makan kimchi nih

Sedap ker?
Tak penah plak try..
Quote Ipo 28-11-2015 11:59 AM
kivio replied at 27-11-2015 11:45 PM
Sedap ker?
Tak penah plak try..

Rasa mcm jeruk..
Quote hasniey 2-12-2015 12:16 AM
Kalo mkn kimchi kt seoul garden sdp,mybe diorg dh ubah sikit resepi bg masuk kt tekak org malaysia.

Tp kalo mkn kimchi yg dr korea tu ai xmint,trlalu masam,xleh terima tekak ni
Quote hasniey 2-12-2015 12:17 AM
Yp kalo kimchi yg blom dijerukkn sedapp
Quote Lemon_juice 31-7-2016 10:33 PM
Kimchi yg resepi ni pon buleh try jugak ni..hehe
Quote misscendol 6-8-2016 06:14 PM
takot nk try kalau bukan original makan kat korea. sbb haritu mkn kat korea mmg crunchy n xmasam mcm yg ade kat malaysia masam even import from korea

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055976 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top