CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Konsep Sederhana Selepas Kahwin, Relevankah?

27-11-2015 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5843| Komen: 0

Description: Perkahwinan yang diberkati adalah melalui kesederhanaan dalam serba lengkap dan sempurna serta bahagia
Oleh Izzah Abbasy

Perkahwinan yang diberkati adalah melalui kesederhanaan dalam serba lengkap dan sempurna serta bahagia. Namun,  ramai yang inginkan mempunyai impian membina rumah tangga yang serba mewah iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka.


Sebelum berkahwin, ramai pasangan yang telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis, seperti merisik, pertunangan dan majlis bersanding. Sudah pasti denagn setiap perbelanjaan tersebut ada yang sanggup berhutang.


Jadi, bagaimana untuk bersederhana selepas berkahwin? Jom, ikuti sahaja langkah ini.

  
1) Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biarlah tidak besar, janji selesa untuk anda berdua.
      
2) Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar.
      
3) Gunalah kenderaan seperti motor atau pengangkutan awam jika dekat dengan tempat kerja. Ataupun, anda berkongsi sahaja satu kereta. Dah boleh jimat kan?
      
4) Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan.
      
5) Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja.

    
6) Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama.
      
7) Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit.



Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia. - CARI Infonet

23

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.151300 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top