CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

PAS kritik Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji

4-7-2013 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8386| Komen: 22

Description: Berpuluh-puluh tahun Pas menidakkan usaha orang lain membangunkan syiar islam di bumi Malaysia, termasuklah menidakkan usaha Umno ke arah itu. Bagi mereka dalam Malaysia ini hanya mereka sahaja yang i ...




Berpuluh-puluh tahun Pas menidakkan usaha orang lain membangunkan syiar islam di bumi Malaysia, termasuklah menidakkan usaha Umno ke arah itu. Bagi mereka dalam Malaysia ini hanya mereka sahaja yang islam. Orang lain semua tak islam...

Apa yang Pas tak kata kepada Umno ?

Apa yang Pas tak kafirkan Umno ?

Waktu Tun M nak tubuhkan ASB dulu, Pas hasut orang supaya jangan melabur dalam amanah tersebut kerana katanya haram. Malah ada pemimpin Pas yang mengibaratkan pelaburan dalam ASB seperti mencampak seketul daging lembu dalam sekawah daging babi untuk menghalalkan gulai babi. Hari ini cuba kita periksa berapa banyak pemimpin dan orang-orang Pas yang simpan duit dalam ASB ?

Selain ASB, Pas memperlekehkan usaha Umno melalui Kerajaan BN menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Tabung Haji dan beberapa agensi berteraskan islam yang lain. Umno terus meneruskan di tuduh kafir.

Dua hari lepas Tabung Haji membuat pengumuman perlantikan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas ahli lembaga pengarah Tabung Haji, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH yang baru.

Pas parti yang sudah tidak ada agenda islamnya sekarang ini , tiba-tiba menjadi prihatin terhadap Tabung Haji. Badut Pas lulusan SRP yang tidak asing lagi dengan kenyataan-kenyataan bodohnya membuat kenyataan seperti berikut semalam,

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.
"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya
Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.
"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.
"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.
"Kita perlu melihat bagaimana Tabung Haji dibentuk peringkat awal, susah payah mereka yang terlibat pada peringkat sekarang dan masa akan datang. Perkara ini bukannya boleh dipandang mudah, misi dan visi perlu jadi agenda utama," sambung beliau lagi.



Pas tanya kriteria yang diperlukan ?

Salah satu kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pengerusi TH calonnya mesti tidak pernah kantoi berzina. Kalau dah kantoi berzina sampai ada rakaman video lagi, tak kan nak dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pula ? Pas tak malu ke nak bercakap pasal kriteria jika Pas sendiri pun tak boleh ikut kriteria dalam melantik setiausaha agung parti sendiri yang dimegah-megahkan dengan nama Parti ISLAM Semalaysia ?

Mahfuz kata TH tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan untuk diuruskan dengan baik.

Ya betul, sampai hari ini walaupun kerajaan BN dituduh kafir tetapi sejak penubuhan TH sehingga ke hari ini tidak pernah ada pendeposit di TH yang gagal mengeluarkan duit mereka kerana TH telah kehabisan wang. Malah TH juga tidak pernah gagal berkongsi keuntungan dengan penyimpan-penyimpan mereka setiap tahun. Alhamdullilah sehingga hari ini pemimpin-pemimpin Umno, BN yang sering Pas tuduh kafir, perompak atau perasuah masih lagi tidak menodai kepercayaan orang islam terhadap TH. Malah dalam PRU yang baru berlalu Umno terus mendapat sokongan padu orang-orang islam. Bukan seperti Pas yang mengutip derma dari orang ramai atas nama anak-anak yatim Memali, kemudian lesap begitu sahaja sehingga ada pemimpin Pas yang boleh beli kereta merchedes. Selain daripada penyelewengan Tabung Memali, kita juga tidak lupa penyelewengan Pas dalam Kohilal. Sampai hari ini berjuta-juta duit ahli-ahli Pas yang melabur ranap dan hanyut bersama Kohilal.

Soal perlantikan di kalangan orang-orang politik dan soal pembalasan.

Tidak ada masalah melantik orang politik sebab selama ini yang tadbir dan yang uruskan negara ini pun orang politik. Umno ajak Pas bersatu dengan mereka untuk sama-sama mentadbir negara ini, Pas tolak. Pas kata lebih baik mereka duduk makan babi bersama DAP daripada duduk minum teh dengan Umno. Mintalah DAP lantik....Di Pulau Pinang Pas ada adun, seorang pun Lim Guan Eng tidak lantik sebagai exco. Jika Pas bersama Umno dah tentu macam-macam jawatan yang mereka akan dapat. Setakat pengerusi TH kecil sangat. Banyak lagi jawatan lain yang boleh diberi. Tapi apakan daya, kamu yang tak mahu. Jadi sekarang tak usahlah nak bising-bising jika ahli parlimen BN diberi jawatan. Kami parti yang memerintah....

Perkara terakhir Mahfuz kata bagaimana TH susah payah dibentuk di peringkat awal.

Betullah tu...memang TH susah payah ditubuh di peringkat awal untuk membolehkan umat islam di Malaysia pergi menunaikan haji dalam keadaan tersusun dan tidak perlu lagi menjual tanah dan sebagainya. Dalam hal ini Mahfuz telah mengiktiraf usaha yang dibuat BN untuk membentuk TH. Alhamdullilah hari ini TH gemilang dan terus gemilang. Setiap tahun kini TH mampu memberi subsidi lebih RM 4000.00 setahun kepada setiap jemaah muasasah yang menunaikan haji wajib (haji kali pertama). Terima kasihlah kerana mengiktiraf usaha BN susah payah menubuhkan TH.

Soal perlantikan Azeez sebagai Pengerusi TH....

Ada yang kata beliau tidak layak dan lebih melucukan ada yang kata dia bukan melayu asli . Apa, Azeez kafirkah ? Orang yang bercakap pun sembahyang belum tentu cukup jika nak dibandingkan dengan Azeez. Orang yang bercakap belum tentu dapat jadi imam solat jika nak dibandingkan dengan Azeez.

Saya perhatikan apa cuba dilakukan adalah membunuh karektor. Sampai saat ini pun tidak ada satu bukti yang dikemukakan. Sekadar membuat tuduhan sahaja. Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali yang bukti terang-terang depan mata, penyokong-penyokong pembangkang butakan mata dan pekakkan telinga sahaja.

Pengerusi TH tidak ada kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk menentukan pelaburan dan sebagainya. Antara tugas utama pengerusi sesebuah syarikat selain daripada mempengerusikan mesyuarat adalah untuk memastikan urusan-urusan dengan kerajaan berjalan lancar. Walaupun TH sebuah syarikat berkaitan kerajaan bukan semua urusan mereka dengan kerajaan boleh dipermudahkan begitu sahaja. Mereka tetap kena lalui prosedur, peraturan, karenah dan birokrasi seperti biasa. Di sinilah pentingnya peranan pengerusi.



Sebagai contoh, katakanlah tahun ini TH memerlukan bilangan doktor dan jururawat yang lebih dari Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Mekah bagi urusan kesihatan jemaah haji. Mereka kena minta dengan Kementerian Kesihatan. Bukan sekali minta terus boleh dapat. Sudah tentu perlukan mesyuarat demi mesyuarat untuk kelulusan. Dan dalam hal ini pengerusi memainkan peranan penting bagaimana nak deal dengan kerajaan untuk kelulusan.

Itu baru satu contoh, banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu di runding dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah dalam soal penambahan kuota haji dan sebagainya. Ini semua pengerusi memainkan peranan penting. Manakala CEO sibuk dengan urusan pelaburan dan perniagaan. CEO pun pening kepala juga memikirkan bagaimana nak tambah keuntungan agar TH dapat terus menambah subsidi untuk jemaah haji bagi mengelak kenaikan kos mengerjakan haji.

Azeez memang ada kepakaran dalam bab runding berunding dan juga minat mendalam beliau dalam soal kerja-kerja kebajikan. Jika beliau tidak ada kepakaran dalam bab runding berunding, tak mampu beliau nak bawa balik anak-anak gadis melayu dari Lombok. Tempat yang penuh halangan dan rintangan. Malah ada sesetengah tempat beliau terpaksa naik jet ski untuk melarikan gadis melayu dari tempat mereka disembunyikan. Orang tak tahu semua itu...Mamak juga yang selamatkan gadis melayu....

Soal kerja-kerja kebajikan beliau tidak perlu nak dipertikaikan lagi. Beliau minat ke arah itu. Dan di sini saya nampak beliau boleh memainkan peranan yang besar lagi untuk meningkatkan kebajikan jemaah-jemaah haji Malaysia semasa di Mekah.

Ada yang membuat tuduhan liar kononnya beliau akan merompak TH dan sebagainya. Janganlah terlalu bodoh sangat. TH bukannya seperti Tabung Memali Pas. Mereka ada pelbagai wakil dalam ahli lembaga pengarah. Salah seorangnya adalah KSU Kementerian Kewangan. Senarai ahli lembaga pengarah boleh dilihat di sini. Bukannya masuk pejabat setiap pagi Azeez boleh tandatangan cek dan masukkan dalam akaun beliau.

Akhir kata berilah peluang kepada beliau buktikan. Dan saya yakin beliau akan mampu laksanakan tugasnya. Selamat maju jaya kepada Datuk Azeez.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Honeyda 3-7-2013 04:32 PM

Ape nak di bezakan org korporat or politician.
asalkan dia ade kelayakan utk memimpin & memajukan TH ok la.
beliau cuma jd Pengerusi jer dan jgk jd mata & telinga kpd kerajaan utk memastikan
urus tadbir TH dlm keadaan baik.
segala operasi ,msh di jlnkan oleh yg berpengalaman.
beri peluang kpd beliau tnjk kebolehan...
TH kan ade pengurusan cekap.
kalau nak pinda ape2 tntulah melalui mesyuarat..
takkan suka2 dia sendiri jer nak ubah tnpa persetujuan ahli lembaga pengarah.

Quote mat_krai 3-7-2013 05:44 PM
sebab ni yg sebenarnya

Quote mat_krai 3-7-2013 05:46 PM
Umno memang cekap untuk membaham keuntungan dari Tabung Haji, seperti mana satu lagi tabungan iaitu KWSP, seperti mana setiap tahun, berapa persen keuntungan yang dibayar kepada penyimpan, berbanding dengan Bank Rakyat dan Koperasi Tentera...

Cukuplah, sebelum ini kita duk dengar bagaimana dan dimana Tabung Haji melabur dengan agensi-agensi yang diragui halal haram,,sedangkan kita semua tahu status Tabung Haji itu sendiri,

Sepatutnya semua Ahli Parlimen Islam PR malah kalau boleh Ahli Parlimen UMNO pun turut serta buat bantahan,,bukan Nurul Izzah sorang sahaja.., bukan Ketua Putera Umno yang menganjur konvoi Mat Rempit jantan betina satu ketika dahulu jadi pengerusinya,,,,

Dan yang hairan sekali, aku ada terbaca,,, ada sekali tu Najib nak lantik Syed Hamid Albar jadi Pengerusi Tabung Haji,,, kalau Pak Syed ini,, aku rasa tak siapa pun nak bantah, sebab kredibilty Hamid Albar masih ada value, namun oleh kerana Rosmah tak restui, perlantikan itu dibatalkan..,,

Kalau nak lantik sangat pemimpin Umno pun,, aku rasa 100 kali lebih baik lantik bekas menteri-menteri umno di JPM portfolio Agama sebagai Pengerusi, seperti Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Md Zin dan ramai lagi,malah lantik Pak Lah Badwi pun boleh...  

Apakah lantikan ini sebagai nak mengukuh sokongan umno Kedah kepada Najib dalam perhimpunan agung umno yang akan datang nanti..

di ambil dr blog http://manjongmari.blogspot.com/ ... limen-islam-pr.html

Quote mat_krai 3-7-2013 05:51 PM
Bekas Pelakon Hebat dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji ...

Rasanya ramai ingat kisah hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang Negeri Sembilan 2009... Satu pertembungan hebat setelah UMNO tewas di beberapa kerusi di Dun Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Entah macam mana dari sini timbul seorang bakat baru dalam lakonan.....



Tak semena-mena,,, mamat ni mengaku dipukol pleh pembangkang..... masuklah dalam hospital...

Riuh seketika,,, calon umno pun menang.....



Apakah diatas jasanya sebagai pelakon ,, maka sebagai balas budi,, Najib melantiknya sebagai pengerusi Tabung Haji.....

dipetik dr http://manjongmari.blogspot.com/ ... -dilantik-jadi.html
Quote kakiputaralam 4-7-2013 07:08 AM
Keling terus mara..

Bersama rakyat malaysia

Quote crossfire 4-7-2013 08:21 AM
mat_krai posted on 3-7-2013 05:51 PM
Bekas Pelakon Hebat dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji ...

Rasanya ramai ingat kisah hari penam ...

tak nak paste gambar Pak sheikh kena arsenik ker, sakit tulang belakang ker, terlantar di hospital konon kena gas fru.......
Quote mat_krai 4-7-2013 10:51 AM
crossfire posted on 4-7-2013 08:21 AM
tak nak paste gambar Pak sheikh kena arsenik ker, sakit tulang belakang ker, terlantar di hospital ...

ada bukti dari doktor
maka?
Quote crossfire 4-7-2013 11:14 AM
mat_krai posted on 4-7-2013 10:51 AM
ada bukti dari doktor
maka?




bukti apa? ni ka ..lakonan Pak Sheikh...
Quote Honeyda 4-7-2013 11:23 AM
crossfire posted on 4-7-2013 11:14 AM
bukti apa? ni ka ..lakonan Pak Sheikh...



ni br lps kena pungkoq kot.....
Quote mat_krai 4-7-2013 12:19 PM
crossfire posted on 4-7-2013 11:14 AM
bukti apa? ni ka ..lakonan Pak Sheikh...

jadi betul la masuk hospital
spt mana azeez masuk hospital juga kena pelangkung dgn pembangkang kononnya
Quote crossfire 4-7-2013 02:12 PM
Honeyda posted on 4-7-2013 11:23 AM
ni br lps kena pungkoq kot.....

baru kena liwat.....


Quote wabisuke 4-7-2013 04:21 PM
bagus angkat mamak jadi ketua.x sedar k yg golongan mamak nie jenis yg tikam belakang.tgk la sendiri yg jatuhkan melaka kalau x tun mutahir yg mmg dr keturunan mamak.
Quote crossfire 5-7-2013 08:25 AM
wabisuke posted on 4-7-2013 04:21 PM
bagus angkat mamak jadi ketua.x sedar k yg golongan mamak nie jenis yg tikam belakang.tgk la sendiri ...

kalau pakai jeans dan tshirt tak boleh sembahyang ker, atau kena pakai baju Melayu baru boleh sembahyang....
Quote lantanao8 5-7-2013 12:29 PM
tak heran.....kerja pembangkang kan membangkang.......semuanya dibangkang....itu tunjukkan depa buat kerja depa
Quote Honeyda 5-7-2013 12:33 PM

pi mai pi mai oder kt mamak teh tarikkkkkkkkkkkk satuuuuuuuuu gak
Quote Nadim 5-7-2013 02:44 PM
crossfire posted on 4-7-2013 11:14 AM
bukti apa? ni ka ..lakonan Pak Sheikh...

Punya teruk Pak Sheikh berlakon...macam nak mampuih sangat-sangat..... pecacai PR pun pakat-pakat meroyan salahkan Polis dan kerajaan.... nampak sangat kebodohan yang terlampau....

Quote mertzxx 5-7-2013 02:47 PM
Biarlah apa pun PAS nak kata.
Diorg nie mmg suke MEMBANGKANG.....!!! Tapi senyap2 diorg join jugak. Kalau takut sgtlah YB Azeez memporak perandakan TH...menghabiskan semua duit TH. Minta semua Ahli PAS, Keadilan yg ada deposit.....withdraw awal2. Bukan apa takut....deposit hilang nanti.
Quote mrs.senah 5-7-2013 07:39 PM
dah tadak org lain dah ka lam umno?? yang ni jah paling hebat...




















































































































































































































tak lama dah....
Quote zeck19 5-7-2013 09:46 PM
hmm.. susah kalau ada politician dalam glc..
masih ingat ekuiti bumiputra berjumlah 54 billion, tinggal 4 billion...
pengeluaran dana dari 'wang rakyat' perlu mendapat kelulusan dari menteri kewangan.
'wang rakyat' kalau mengikut akta..adalah merujuk kepada epf, petronas dan tabung haji..
hmm.. tengok kabinet.. dah tau dah...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069887 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top