CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bodyguard Mangsa Tembak Tuntut Keadilan

16-4-2024 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7323| Komen: 59

Description: PUTRAJAYA – Isteri kepada pengawal peribadi yang parah terkena tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini menaruh harapan tinggi agar ...

PUTRAJAYA – Isteri kepada pengawal peribadi yang parah terkena tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini menaruh harapan tinggi agar suspek kes itu segera dibawa ke muka pengadilan. 

Wanita itu, Siti Noraida Hassan, 38, turut berharap lelaki yang mencederakan suaminya, Muhammad Nur Hadith, 37, kelmarin mendapat hukuman ­setimpal.

Katanya, tindakan itu adalah bagi memberi pembelaan buat suaminya yang  kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. 

“Suami saya masih dalam keadaan kritikal dan dijangka menjalani pembedahan susulan hari ini.

“Dia (suami) masih kritikal, tetapi pembedahan major masih belum dilakukan. Mungkin esok (hari ini), sekarang pihak hospital mahu menghentikan pendarahan dan memantau keadaannya supaya lebih stabil,” katanya kepada Kosmo! Di sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi kelmarin, lelaki tempatan itu melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat sekitar dua  hingga tiga meter ke arah sasaran iaitu isterinya yang juga seorang ustazah.

Insiden tembakan itu menyebabkan orang ramai terma­suk penumpang dan kakitangan di Terminal 1, KLIA cemas dan bertempiaran lari.

Ketika kejadian, wanita berusia lewat 30-an yang mempunyai syarikat agensi pelancongan itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di Balai Ketibaan Terminal 1, KLIA.


Lelaki itu dikatakan melemparkan satu mercun dan cuba menghampiri isterinya sebelum melepaskan dua das tembakan dari jarak dekat yang mengenai seorang pengawal peribadi wa­nita berkenaan.

Selepas melepaskan tembakan, lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan dipercayai menuju utara.

Senjata yang digunakan lelaki itu merupakan pistol semi automatik dengan peluru kaliber 9 milimeter (mm). 

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek di Kota Bharu, Kelantan. Turut dirampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan semasa kejadian berdarah tersebut. 

Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 16-4-2024 10:24 AM
harap-harap ada laki ada carum socso..
kalau cacat or mati ada la juga pampasan..
Quote s@s@ 16-4-2024 11:29 AM
kalau jadi bodyguard ni, boleh amik perlindungan insuran macam orang biasa2 ke?
Quote otai_g 16-4-2024 11:35 AM
Bnyk persoalan kat sini.

Soalan pertama sekali mcm mn org awam blh ada pistol? Ha sapa nak jawab ni..
Quote kucingitam 16-4-2024 11:43 AM
otai_g replied at 16-4-2024 11:35 AM
Bnyk persoalan kat sini.

Soalan pertama sekali mcm mn org awam blh ada pistol? Ha sapa nak jawab ni ...

apply lesen boleh je.. tak apply pun boleh..beli secara haram..
Quote prince_marhaen 16-4-2024 11:53 AM
Kak, itu risiko kerja laki awak. So, sabar ye. Majikan dia kena tanggungjawab juga jaga kebajikan akak... takkan la trauma 24 jam. Si setazah Farah Cia tu pun jenis fake jugak, kata ada masalah dah 7 tahun, tapi propa gambar peluk2, loving2 ngan i laki psiko tu...janji berlaki, sampai la nak kena bunuh.

#KLIAproblem

- Polis Bantuan / Security KLIA tak function
- Tak boleh cam atau sense ancaman, walaupun takde weapon/scanner tempat arrival tu, tak suspicious ke si bangang tu main redah masuk je terus tembak.
- Lepas dia lempar mercun bola, dalam Arrival Hall, takkan tak ada yang alert terus?
- Lepas lempar mercun, acu pistol, tembak, takkan tak ada pegawai keselamatan yang lepaskan tembakan amaran? atau hempuk si bangang tu?
- Jarak dia nak lari daripada dalam hall ke parking sangat jauh seberang jalan dua hala pick up point tu ye, takkan tak dapat kejar, mustahil dia parking kat luar tempat pick up tu sedangkan nak benti pun kena pekik ngan security?
- Gambar-gambar media semua tunjuk, kawasan tu takde ramai petugas keselamatan pun.
Quote otai_g 16-4-2024 11:56 AM
kucingitam replied at 16-4-2024 11:43 AM
apply lesen boleh je.. tak apply pun boleh..beli secara haram..

Beli secara haram. Ha tu point dia.
Mcm mn blh beli secara haram? Sapa jual? Ada kilang buat pistol ke kat msia ni?

Of course la tembus dr sempadan negara kan?
Quote kemaruk 16-4-2024 11:59 AM
otai_g replied at 16-4-2024 11:35 AM
Bnyk persoalan kat sini.

Soalan pertama sekali mcm mn org awam blh ada pistol? Ha sapa nak jawab ni ...

boleh je apply, tapi syarat memang ketat
tapi kalau ada terlibat dengan badan beruniform contohnya RELA, sukarelawan bomba/polis, maka lebih mudah dapat lesen

sebab tu la ada VIP2 termasuklah yang non malay yang daftar jadi RELA dan sukarelawan lain
Quote otai_g 16-4-2024 12:01 PM
kemaruk replied at 16-4-2024 11:59 AM
boleh je apply, tapi syarat memang ketat
tapi kalau ada terlibat dengan badan beruniform contohnya ...

Mmg blh apply tp kena justifikasi yg kuat. Kalo ko setakat jd machai pastu ada rekod jenayah cmfrm x kan lulus punya.
Quote sayawifenikmie 16-4-2024 12:25 PM
dah kerja dia memang berisiko macam tu
tapi kejadian baru2 ni jarang jarang sangat terjadi

kerja2 berisiko ni
kena ambik lah insurance nyawa dan hibah
ingat anak bini

bini2 pula
kalau siami tak ambik
uols ambikkan utk dia dan bayar
letak nama uols as penerima

Quote Kitty_catz 16-4-2024 01:21 PM
lepas ni suh tok laki jadi pilot darat sis

besciter
Quote nutcrack8 16-4-2024 01:27 PM
Die xtau ke salah satu risiko pekerjaaan suami die?
Mase laki die decide nk jd bodyguard, x terpk ke bende ni?
Quote supernaturalee 16-4-2024 03:18 PM
asal chuols2 semua pertikai statement bini bodyguard ni
klu die kata redha je kang korg bising jgk
dh dia bersuara mntk keadilan pun bunyi jgk


anyway nk tau jgk statement cia2 tu psl insiden yg berlaku ni:
1. psl tok laki sewel dia
2. psl bodyguard die, as a majikan, as a person yg diselamatkan nyawanya, betul2 guard dgn body die
Quote tripleid 16-4-2024 03:30 PM
Semoga walaun berjaya ke tali gantungg ..


IMG_20240416_153020.jpg
Quote eetodee 16-4-2024 04:04 PM
1. senjata tu dia beli secara haram dari  orang siam dari siam.
2. masa kejadian, dia lempar mercun dan terus lepaskan tembakan.
3. insurans boleh apply kena tgk syarat2 company insurans dulu, mungkin lepas atau tak atau mungkin mahal.
4. orang awam boleh apply senjata api tapi syarat ketat dan susah nak lulus.
5. Selepas lepaskan tembakan, ada polis klia kejar dan saspek lari ke kereta dan terus keluar
Quote green~tea 16-4-2024 04:07 PM
Takkan dpt pampasan la..


Niqobis dan setad penunggang agama tu both scammer..  


50k pun si purdah tu buleh tipu mutawif... ini kan kau pencacai dia
Quote green~tea 16-4-2024 04:08 PM
supernaturalee replied at 16-4-2024 03:18 PM
asal chuols2 semua pertikai statement bini bodyguard ni
klu die kata redha je kang korg bising jgk
...

Tambah lg.. si setajah berniqob tu juga seorang scammer
Quote green~tea 16-4-2024 04:10 PM
tripleid replied at 16-4-2024 03:30 PM
Semoga walaun berjaya ke tali gantungg ..

Wowww kemain profile pic cover photo setad jadian penunggang agama
Quote shamsadis 16-4-2024 04:10 PM
bukan kah kerja bodyguard untuk body-guard ?

moga ada insurans...
Quote pokokmeranti 16-4-2024 04:11 PM
mmg itu tgjawab bodyguard utk gadai nyawa untuk lindungi, client. cuma dalam kes ini kenapa wanita tersebut perlukan bodyguard? mesti ada kes2 sebelum ini yg dia dapatkan khidmat tersebut.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069061 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top