CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir besar di Guangdong, lebih 100,000 dipindah

23-4-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12268| Komen: 5

Description: BEIJING – Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat yang melanda wilayah Guangdong sejak beberapa hari lalu, menakala pemerintah mengeluarkan amaran hujan beserta ribut peringkat bahay ...

BEIJING – Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat yang melanda wilayah Guangdong sejak beberapa hari lalu, menakala pemerintah mengeluarkan amaran hujan beserta ribut peringkat bahaya bagi kawasan yang terjejas di selatan China. 

 “Pada hari Selasa (hari ini), bandar Shenzhen adalah antara kawasan yang mengalami hujan lebat hingga sangat lebat,” kata balai cerap meteorologi bandar.

Beberapa imej dari bandar Qingyuan menunjukkan sebuah bangunan hampir ditenggelami air sepenuhnya di taman yang bersebelahan sungai di utara Guangdong.

Media rasmi melaporkan bahawa lebih 45,000 orang telah dipindahkan dari Qingyuan dengan melintasi anak Sungai Bei.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 110,000 penduduk di seluruh Guangdong telah dipindahkan sejak hujan lebat bermula pada hujung minggu lalu sambil menambah, empat orang meninggal dunia dan 10 masih hilang. 


Pihak berkuasa meminta penduduk agar sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga serta menjauhi kawasan berbahaya seperti kawasan rendah yang terdedah kepada banjir. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-4-2024 11:18 PM
Cong ceng cong ceng la diorg meranduk air bah tu.
Quote crisght32 24-4-2024 03:49 PM
Reinvent family game night or experience the thrill of online competition, all with the convenience of Uno Online.
Quote epullipan 24-4-2024 04:31 PM
alamak kalau gini lambat le barang dari taobao sampai
Quote Decaffeinated 24-4-2024 04:47 PM
Negara besar with almost unlimited resources.

Aku berminat nak tau cara dorang mengurus mala petaka.
Quote misc 24-4-2024 06:25 PM
Apa jadi dgn dorang punya underground shopping mall eh, menangis tenant kalau air sampai ke siling. Ke langsung air tak masuk.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.040708 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top