CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pesakit Enggan Dibantu Kerana Doktor Seorang 'Keling'?

11-1-2016 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7744| Komen: 23

Description: Dalam satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas ...

Oleh : TS LOO

 

Dalam satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas yang telibat dalam kemalangan.


Menerusi perkongsiannya baru-baru ini, Dr Shalini Paramaswaran memberitahu beliau sedang memandu pulang apabila terlihat seorang pakcik jatuh dari motosikal yang ditungganginya ketika cuba membuat U-turn.


Beliau bergegas untuk membantu dan mendapati kaki kanan warga emas tersebut cedera dengan tulang tersembul. 


Mangsa turut didengar memberitahu bahawa dia tidak dapat merasa apa-apa pada bahagian kakinya.


Dr Shalini kemudiannya memperkenalkan diri sebelum cuba membantu tetapi respond diterima amat mengejutkan.


“Aku tak nak keling datang dekat aku ke, tolong aku.. banyak orang lain boleh tolong..” kata lelaki berkenaan.


‘Keling’ merupakan satu istilah yang menghina, merujuk kepada seseorang berasal dari India.


Orang ramai kemudian meminta Dr Shalini ke tepi dan meninggalkan lelaki tersebut.


Walaupun terkejut Dr Shalini segera memanggil ambulans. Apabila unit perubatan tiba, beliau memberitahu paramedik kecederaan yang dialami mangsa.


Selepas memastikan lelaki tersebut mendapat rawatan awal, Dr Shalini bergerak meninggalkan tempat kejadian sebelum berpaling selepas mendengar paramedik memanggil namanya dan bertanya jika beliau sudah menyentuh mangsa kemalangan tersebut.


Selepas memberitahu TIDAK kerana mangsa enggan disentuh, pakcik itu tiba-tiba berwajah manis memandang beliau lalu berkata, “Saya tak tahu awak doktor.. doktor boleh sentuh”.


Mendengar ayat tersebut Dr Shalini tak tahu apa perlu dikatakan. Perasaannya digambarkan dengan ayat di bawah:


“Sebelum mengetahui saya seorang doktor, saya adalah seorang ‘Keling’ yang menjijikkan, tidak boleh sentuh dia. Tapi selepas tahu saya doktor, baru diberikan senyuman dan kata-kata maaf..”


Ini antara contoh insiden menyedihkan melibatkan perbuatan rasis.


Namun Dr Shalini harus dipuji kerana meskipun perasaannya dicalar beliau tetap menunaikan tanggung jawab sebagai doktor dan manusia.


Sikapnya itu dipuji ramai netizen yang pada masa sama, kesal dengan sikap pakcik berkenaan.

Kepada semua di luar sana, janganlah menghina seseorang lain disebabkan perbezaan antara kita, tidak ada agama yang membenarkan umatnya berbuat demikian.

Ingatlah, berikan layanan kepada orang lain sebagaimana kita mahu dilayan orang kerana dunia ini ‘bulat’. = CARI Infonet
10

Bagus
22

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khairulazuan 11-1-2016 01:47 PM
mmmmm






Quote zamzarai 11-1-2016 02:00 PM
cita ni bukan dah ada ke dlm forum ni
Quote kikuri 11-1-2016 02:14 PM
dalam sakit2 tu pon still nak ego egoan lagi ke... ?
Quote AGSA 11-1-2016 02:16 PM
klu aku tgok status2 mcm ni mesti ada mentality org akan pos berbaur politik....puihhh bosan der..
Quote Emperor95 11-1-2016 02:22 PM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D2

ada beza? lagipun orang tua ( orang lama ) , tidak begitu berfikir secara terbuka.
Quote Ferr_Remy 11-1-2016 02:51 PM
Pakcik PPRT.. maapkan je la pakcik tu dr
Quote artcrime 11-1-2016 04:15 PM
byk sgt makan duit br1m..
Quote red_cattleya 11-1-2016 08:14 PM
pakcik tu prnh ada pengalaman buruk kot dgn indian..
Quote boyagombak 11-1-2016 10:02 PM
Ape?Awak GRO?hrmmm gro bolehla nk pegang2 pocet. Lgpn dh agak lama mocet x pgng2 manja
Quote mokcikKSKB 11-1-2016 10:25 PM
Iols slalu dpt bad experience dgn doc india..kasar dan suka tembak kita.doc paling bagus is chinese doc.depa ni semua money minded so depa xdenya carik psl sbb tau lg bad rapport haruslah client xmo mai sudah.
Quote Jerambut 12-1-2016 07:27 AM
mokcikKSKB: Iols slalu dpt bad experience dgn doc india..kasar dan suka tembak kita.doc paling bagus is chinese doc.depa ni semua money minded so depa xdenya cari ...


so, mo'cik nak cakap dua-dua pun negatif ke. Dr India kasar, Dr Cina money minded.
mo'cik..mo'cik..
Quote devilito2 12-1-2016 08:48 AM
Hurm.... apa la agaknya org india dah buat kat pokcik ni???
Quote uniq61 12-1-2016 11:23 AM
SEMBANG JE NI...DULU CITER PASAL BUDAK CINA NAK TOLONG MELAYU...
SEKARANG NI CITER DOKTOR KELING NAK TOLONG MELAYU..
KIRAKAN...MELAYU NI SOMBONG LAH YEK????
BAIK SANGAT KE CINApigs DAN KELING PARIA YANG MENUMPANG NEGARA NI????
CUBA GI PENANG TENGOK???
Quote irwansuhadi 12-1-2016 06:02 PM
Bukan semua Cina & India jahat, sama juga bukan semua Melayu baik. Bukan semua Melayu ikut ajaran Islam, dan bukan semua Cina & India non Muslim. Individu yang membezakan etika dan moral.
Quote giyomi 12-1-2016 08:42 PM
Dlm porem ni pon tak abis2 ada yg masih rasis...di harap mod yg duk goyang kaki pantau2 lar mereka2 ni. Dah rata2 khabaq kat porem, jgn ada isu agama n rasis, so do your job. Ntah2 pokcik tu dijek yg suka sgt mengutuk kaum len. Klu sy jd doc tu, sy biarkan jer dia dlm kesakitan, yg pasti yg dtg menolong tanpa pengetahuan akan menambahkan lagi parah dgn hanya melihat.
Quote cHimo 12-1-2016 10:23 PM
racistnya napa tak kojol jaa masa tuh.. :
Quote SideKicks 13-1-2016 01:02 AM
Kita semua manusia, sama jer
Quote wafeloren 14-1-2016 10:46 AM
if pakcik luke teruk, kene masuk darah nak tanye dulu ke darah cine ke india ke, kalo melayu semayang ke tak, kalau yng semayang cukup 5 waktu ke tak...haish pokcik set2 xpenah bergaul ngn bangsa len.
Quote unoryah 13-4-2016 01:42 PM
dalam kesakitan, pakcik tu masih jujur, tak hipokrit..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.316767 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top