CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali 5 Tanda-tanda Kawanmu Seorang Yang "Beracun"

14-1-2016 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4602| Komen: 3

Description: Sista, pernah tak anda merasakan bahawa rakan anda selalu memberi pengaruh buruk dalam hidup anda?

Oleh : Dean BZ



Sista, pernah tak anda merasakan bahawa rakan anda selalu memberi pengaruh buruk dalam hidup anda? Atau anda merasa hubungan persahabatan dengannya agak tidak sihat? 

Memilih kawan juga perlu hati-hati, sista. Jangan sampai hidupmu "kelaut" kerana pengaruh buruk rakan karibmu sendiri. Daripada menanggung risiko turut menghancurkan masa depanmu suatu masa nanti, lebih baik jauhkan diri dari rakan seperti ini.


Boleh jadi rakan anda yang "beracun" itu ada berhampiran anda. Mari kenali tanda-tandanya.


#5- Anda Merasa Terkongkong dan Terjebak
Tak ada kebebasan yang anda rasakan saat bersamanya. Malah setiap gerak gerimu seakan dikawal olehnya. Anda akan seolah ibarat boneka yang harus patuh pada semua perintahnya. Dan lama kelamaan, sebahagian besar aspek hidup anda turut diatur olehnya.


#4- Dia Selalu Jadi Penghalang Kejayaanmu
Disaat anda mengejar impian besar, si kawan pendengki ini sentiasa menghalang usaha anda ke arah itu. Dalam senyum dia menyokong, tetapi dibelakang dia menikam. Ibarat talam dua muka dan juga gunting dalam lipatan. Awas jika ada kawan seperti ini.


#3- Selalu Membuatmu Jadi Orang Paling Bersalah
Ada saja cara dan tektiknya untuk membuat anda jadi rasa bersalah. Yang paling penting, dia sentiasa lepaskan diri dari konflik dan dia tak segan untuk membuat anda menjadi kambing hitam. Senang cerita, dia tidak sanggup tangannya kotor dan mahu rekodnya sentiasa dipandang bersih dan suci oleh orang lain.


#2- Dia Selalu Meminta dan Mengharap Balasan
Dia selalu meminta dan mengharap balasan darimu. Dia hanya mahu ambil kesempatan ketika menjalinkan persahabatan denganmu. Jarang sekali dia ikhlas mahu memberi bantuan atau menawarkan diri meringankan bebanmu terutamanya disaat anda sedang bermasalah. Baginya, masalahnya adalah masalahmu, tetapi masalahmu adalah masalah anda sendiri.


#1- Sentiasa Mengajak Anda Lakukan Perkara Jahat
Tanpa sedar dan lama kelamaan mungkin anda akan anggap setiap perkara buruk yang diajak olehnya adalah perkara remeh dan anda akan tanpa segan silu melakukannya. Disaat anda dan dia terkantoi, dia akan meninggalkan anda menanggung akibat seorang diri. Disaat ini, penyesalan sudah tidak berguna kerana kawan seperti ini sememangnya mementingkan diri.


Jadi sista, apakah anda mempunyai kawan yang mempunyai ciri-ciri di atas. Jika ada, lebih baik angkat kaki tinggalkan dia kerana masih ada berjuta manusia yang baik di sekitar anda. - CARI Infonet.



5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jelitaqasyah 14-1-2016 06:03 PM
sakit hati jelita... hmmmmm
Quote coklatbutter 14-1-2016 06:43 PM
gambar lawak betul.haha
Quote Knowlee 14-1-2016 06:44 PM
Tambah lagi satu, dia selalu mengumpat kawan2 yg lain depan kau. Sebab sudah pasti dia umpat kau di depan kawan2 lain.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048753 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top