CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Gelaran Datuk Palsu Masih Berleluasa, Apa Masalahnya?

15-1-2016 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7990| Komen: 27

Description: Menurut laporan, berpuluh ribu orang memiliki gelaran palsu Datuk dan Datuk Seri dan gejala tersebut masih berleluasa dalam negara.


Artikel : TS LOO
Video: Firdausz & TS LOO





Menurut laporan, berpuluh ribu orang memiliki gelaran palsu Datuk dan Datuk Seri dan gejala tersebut masih berleluasa dalam negara. 

Terdapat dua keadaan yang menjadi punca berhubung isu tersebut.

Yang pertama, terdapat pihak tertentu atau sindiket yang menpergunakan nama kerabat diraja untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada mana-mana pihak.

Golongan tersebut bukan sahaja mengatakan mereka berketurunan kerabat diraja malah sewenang-wenangnya mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran.

Satu lagi keadaan adalah darjah kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negara kita. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf darjah kebesaran datuk dari Mindanao. 

Di dalam negara, dikurniakan gelaran datuk atau datuk seri dan darjah kebesaran yang lain merupakan satu kebanggaan kerana ini bermakna seseorang itu diiktiraf berhubung jasanya terhadap masyarakat. 

Namun, keadaan lain pula bagi datuk palsu, ini kerana kebanyakan yang konon menerima pengurniaan itu, mereka langsung  tiada sumbangan terhadap masyarakat dan ada pula hanya berumur lebih kurang 20 sahaja sudah menerima pengurniaan. 

Sehubungan itu, tinjauan telah diadakan oleh wartawan CARI Infonet di sekitar Kuala Lumpur. Jom saksikan!- CARI Infonet





14

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 15-1-2016 09:23 AM
setiap thun, 200 datuk/dato/tansri.... dilahirkan x 13negeri...paham2 la
Quote mrseller 15-1-2016 09:53 AM
Kalau d kl, amik batu campak mesti kena kepala datuk sorang, dah mcm yindon ramainya
Quote revolusi_30 15-1-2016 09:57 AM
Suruh persekutuan x yah iktiraf gelaran dato' dan datuk ne.  Cukup sekadar gelaran utk majlis adat. Bkn sebagai pangkat utk tunjuk kuasa.  Kalau mansuhkan terus lagi bagus la
Quote cendolsantan 15-1-2016 11:48 AM
Datuk palsu ni lah juga bukan sahaja membawa masalah rasuah malah mencemarkan imej sultan-sultan Melayu yang sah....

Mansuh kan saja.... gelaran datuk, tan sri, datuk seri....
Quote piao 15-1-2016 11:55 AM
dah tua nanti ada cucu dpt la datuk tu, sbb dlm kubur bukan sebut pun kau datuk ke, kau mafia ke?
Quote Z77 15-1-2016 12:20 PM
revolusi_30 replied at 15-1-2016 09:57 AM
Suruh persekutuan x yah iktiraf gelaran dato' dan datuk ne.  Cukup sekadar gelaran utk majlis adat.  ...

pangkat dato zaman sekarang ni pun takde kuasa la..orang politik yg berkuasa

Quote mizkajura 15-1-2016 03:53 PM
kalau pangkat datuk tu palsu, mana yg betulnya? bagi la yg betul  LOL
ayat ni mmg jilaka ....LOL
Quote missus_meow 15-1-2016 04:11 PM
Org msia mmg gila title ...
Quote ISTRIMITHALI 15-1-2016 04:16 PM
Gelaran dato' d beri sbb ada banyak jasa je kan?
tp dorg ade dpt apa2 elaun x ekk??
Quote Jerambut 16-1-2016 05:13 PM
kita senang tak puas hati, pasal ramai kita bukan Datuk pun. Come on la. Nak fikir, kena terbuka.
Zaman tak berapa dulu, Datuk ni dipandang tinggi. Boleh jadi role model. Pasal jasa dia diiktiraf.
Tak yah la nak jadi unik dgn cerita ramai orang lagi berjasa takder Datuk pun and so on.
Tak perlu.
Tu memang kita semua sedia maklum. Kalau orang bejasa ikhlas, dia tak kisah. Jangan kita menggelupur pulak.
Yg jadi Datuk ni, rasional nya supaya orang boleh ambil pengajaran, atau lebih yakin pada dia, pasal jasanya
diiktiraf sultan. (Lagi sekali, bukan makna orang berjasa yg tak diiktiraf sultan, tak guna)
cuma bab lebih diyakini tu la, yg orang mau sangat tu.
Kalau nak bisnes ke, senang dapat lobang...psl orng percaya.
Tu yg smpai beli Datuk tu. Bila dah beli, ramai le jadinya.
Bila dah ramai..

Takder makna dah la Datuk tu.

Quote maeye 19-1-2016 06:59 PM
Sebenarnya, gomen ade ke tak list siapa yg dapat darjah kebesaran ni? Ada database tak? Updated tak? Ke mmg ade tp saya tak tau?

Kalau ada and boleh akses kepada umum, senanglah nak tau siapa yg palsu siapa yg tak.
Quote dani-rox 19-1-2016 07:49 PM
Gelaran datuk ni masih kuat pengaruhnya sbb Msia kan menjunjung tinggi sistem feudal. Penjenayah yg mampu beli datuk pon disembah ratu jua.
Quote Sayaaa 19-9-2016 10:10 PM
tak de apa pun yg special pda gelaran datuk tu. yg membezakan manusia ni cuma pada ketakwaan.
yg paling hina kau sanggup nk bayar utk dpt yg palsu tu. klu diketahui org ko kna umpat free2 je.
Quote HazeLJoseph 20-9-2016 12:43 AM
Sebab masyarakat memang hip hip hoorayyy dengan orang yang bergelat datk.Terbuntang biji mata kalau yg bertamu bergelar datuk ehh.. datuk paling glemer tahun ni,datuk red kot keh3
Quote cmf_jeangrey 20-9-2016 01:11 AM
Datuk/Dato yg bermuka penjenayah pun ramai...apa nk kisah valid atau tak valid
Quote PristineOne 20-9-2016 01:59 AM
Datuk? Dato?.... 4-5 kali dah aku terkena kat lounge atau coffehouse hotel.....sembang kencang..ujung ujung latte ngan club sandwich tu aku yg bayar...aku minum english tea jerk.

Kot aku yg nak kena bayar... tak payah la sembang kencang sangat

Quote anaz87 21-9-2016 11:17 AM
ada dua orang manusia famous yg aku kenal tolak pangkat dato' ni.. 1st YB Khairy Jamaluddin..ada interview dulu dia jawab dia tolak sebab dia rasa belum layak sbb tak byk jasa pada negara.. kedua..my ex bos.. ahmad jauhari yahaya ex CEO Mas..alasan dia, dia tak heran haha
Quote anaz87 21-9-2016 11:20 AM
dekat US diorang panggil presiden 'sir' ajer.. kat britain pun David Beckham yg famous pun sampai sekarang belum dapat pangkat 'Sir'.. Malaysia mengalahkan India punya kasta.. India ada Pariah, Kesatriya atau Brahmin etc jer.. kita ada rakyat marhaen, bangsawan, kerabat, dato', dato seri, tan sri, tun segala mak nenek semua la..
Quote doublethread 21-9-2016 11:26 AM
Takde masalah apa2. Cuma tukang bagi pingat nak pakai duit

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061445 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top