CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Buat 15 Perkara Ini Di Tahun 2016

27-1-2016 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10027| Komen: 54

Description: Kegawatan ekonomi semasa mengajar kita supaya sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebaik mungkin...


Oleh : Dean BZ


Kegawatan ekonomi semasa mengajar kita supaya sentiasa berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebaik mungkin ketika ekonomi negara dilihat semakin merudum. Mengikut pakar-pakar ekonomi, ekonomi dijangka akan mula gawat mulai tahun 2015  dan kini kesannya sudah mula dirasai semenjak kejatuhan teruk matawang Ringgit Malaysia pada tahun 2015. 

Kesannya, harga barang mula naik dan beban hutang mula meningkat. Jadi apakah persiapan kita untuk menghadapi situasi ini jika kegawatan ekonomi semakin teruk? Pertama sekali, anda perlu elakkan dari melakukkan 15 perkara ini, dipetik dari Azizul Azli Ahmad :


1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

Jadi, bersediakah anda menghadapi musim gawat yang bakal tiba? Menabunglah dari sekarang, rancang kewangan anda sebaiknya dan langsaikan hutang yang sediaada. Sama-sama kita doakan semoga ekonomi Malaysia segera pulih dan tidak berlaku krisis kegawatan ekonomi yang teruk seperti yang pernah melanda negara di tahun 1997/1998 dahulu. - CARI Infonet. 



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
15

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nokiaman 27-1-2016 12:23 PM
Opahhh Melayu Stylee lak kekdahnyer nieeeee
Quote qronaldo7 27-1-2016 12:44 PM
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.


amalkan ini. insyaAllah rezeki xputus
Quote stilla 27-1-2016 12:48 PM
qronaldo7 replied at 27-1-2016 12:44 PM
amalkan ini. insyaAllah rezeki xputus

No:5  tu hakak buat walaupun sikit janji niat kita sedekah.
Quote noell 27-1-2016 12:54 PM
16. jangan dok memandai tukaq MB suka-suka hati dia saja
Quote noell 27-1-2016 12:56 PM
17. Doa dgn semulia hati dan tak berputus asa agar mana-mana tok arab derma duit 44juta masuk akaun bank kita
Quote ultra78 27-1-2016 12:56 PM
Wartawan CARI pun main copy paste dari blog dan fb ke?

Anyway kenapa tak masuk dlm Kongsi Viral?
Quote tagas 27-1-2016 01:01 PM
Bio pape asey bergaye
Quote qronaldo7 27-1-2016 01:02 PM
stilla replied at 27-1-2016 12:48 PM
No:5  tu hakak buat walaupun sikit janji niat kita sedekah.

good.. tp org rmai anggap rezki tu dlm bentuk wang ringgit semata.

so bila kita sedekah duit kita makin kurg
Quote noor2 27-1-2016 01:05 PM
......walau banyak yang betul tapi kelakar la bila baca
Quote stilla 27-1-2016 01:05 PM
qronaldo7 replied at 27-1-2016 01:02 PM
good.. tp org rmai anggap rezki tu dlm bentuk wang ringgit semata.

so bila kita sedekah duit ki ...

Untuk hakak memang hakak bila dpt berita gembira, bila rezeki terlebih sikit , hakak memang sedekah tak byk tapi yg penting niat kita tu kena iklas.So far alhamdullilah rezeki hakak tak pernah putus, walaupun kadang sikit , kadang byk sikit hakak bersyukur , dan bila terlebih sikit aje hakak sedekah sbb
dalam dunia ni ramai yg tak senasib kita maka apa yg boleh kita sedekah , kita sedekah.
Quote AbukRokok 27-1-2016 01:49 PM
stilla replied at 27-1-2016 12:48 PM
No:5  tu hakak buat walaupun sikit janji niat kita sedekah.

sya sedekah kt najib n the gang walaupun xseberapa dan mereka da sedia kaya tapi niat sya nak sedekah. jsnji sedekah.
Quote winda_klose 27-1-2016 02:10 PM
beli benda yg penting je..
Quote qronaldo7 27-1-2016 02:11 PM
stilla replied at 27-1-2016 01:05 PM
Untuk hakak memang hakak bila dpt berita gembira, bila rezeki terlebih sikit , hakak memang sedeka ...

Betul la tu sis. Sbb duit yg kite dpt bulan2 ni ade hak utk org lain. Kalau kita kaya pn Allah nk uji kte. Sbb tu jgn tggl sedekah wpun rm1. Saham akhirat gtu
Quote stilla 27-1-2016 02:14 PM
AbukRokok replied at 27-1-2016 01:49 PM
sya sedekah kt najib n the gang walaupun xseberapa dan mereka da sedia kaya tapi niat sya nak sede ...

Sya tak lah nak bagi Najib dan gang sya sedekah kat org yg memerlukan.
Quote stilla 27-1-2016 02:15 PM
qronaldo7 replied at 27-1-2016 02:11 PM
Betul la tu sis. Sbb duit yg kite dpt bulan2 ni ade hak utk org lain. Kalau kita kaya pn Allah nk  ...

Mmg hakak kadang tengok gelangang pun hakak sedekah aje rm10 sbb mereka mungkin lapar dan tak makan , sdgkan hakak dgn anak2 makan hari2.
Quote stilla 27-1-2016 02:18 PM
qronaldo7 replied at 27-1-2016 02:11 PM
Betul la tu sis. Sbb duit yg kite dpt bulan2 ni ade hak utk org lain. Kalau kita kaya pn Allah nk  ...

Syukur hakak hasil dok posting hari nie terus naik pangkat hahaha.Sedekah posting dpt naik pangkat kat CI.
Quote alesandra 27-1-2016 02:21 PM
point no.2 gigih berangan ke hape.tampal logo honda
Quote haryatie 27-1-2016 02:24 PM
sedekah dalm berbagai bentuk kan
jnji ikhlas..
nak tanya..maklum aku ni bukan pndai sgt pun
beri mkn kt kwn2 sekerja kira sedekah jugak ker..
drpd mkanan kt umah x abis2 baik bwak gi ofis ada gak org tolong makan kan..
betul tak..
sedekah x semestinya kena cari org susah2 jerk kan
sbb aku hari2 masak, ank truna sorang jerk nak mkn....tp x suka sgt mkn..
so hari2 lau ada aku bawak gi ofis..kasi kwan2 makn
atas meja lak ada gula2, biskut2 & kismis
sape2 kawan ofis kalau rasa lapar nak mkn ambil jerk..




Quote qronaldo7 27-1-2016 02:27 PM
stilla replied at 27-1-2016 02:18 PM
Syukur hakak hasil dok posting hari nie terus naik pangkat hahaha.Sedekah posting dpt naik pangkat ...

Hahaha. Syukur mari open table

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.248560 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top