CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Krisis Kedah : 'Saya Takkan Berdiam Diri, Tolak Tawaran Najib'

3-2-2016 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14358| Komen: 34

Description: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas kemelut kepimpinan di negeri itu

Oleh : Dean BZ


Dikemaskini : 11.59pagi


Pelukan seorang ibu buat anaknya..





Dikemaskini : 11.30pagi

'Saya takkan berdiam diri... tolak tawaran Najib'


Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak jawatan timbalan menteri yang ditawarkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Sumber - Malaysiakini




Dikemaskini : 11.00pagi


Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.




Dikemaskini : 10.30pagi


Loading FB Video...

Mukhriz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta. Beliau berkata telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Mukhriz juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Pesanan DSMM tadi...










Dikemaskini : 9.00pagi

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah membuat sidang media bagi mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.


Kemelut politik di Kedah yang berlarutan selama lebih dua minggu akhirnya terjawab apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai telah bersetuju untuk meletak jawatan hari ini.

Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang. 

Percubaan ketiga  untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Menteri besar yang kini menjadi perhatian ramai ini dipercayai telah bersetuju untuk berundur walaupun sehingga laporan ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah menandatangani surat itu.

Walau bagaimanapun, difahamkan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah masih enggan menerima Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengganti. Ahmad Bashah adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, senator dan timbalan menteri.

Pihak istana dikatakan lebih cenderung kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang mempunyai PhD dari sebuah universiti British. - Sumber : mstar

Sidang media bersama Datuk Seri Mukhriz akan berlangsung pada 10 pagi ini - CARI Infonet.



Anda juga boleh membaca perkembangan krisis Kedah disinihttp://bit.ly/1Qb3CGd


5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 3-2-2016 09:46 AM
hmmm kesian mukhriz. kita tgk sapa yg bakal jd mb kedah.  tak silap ari ni akan di umumkan. tp klo betul bashah tak dapat jd mb alangkah bagusnye. baru padan muka dia. tak sedar diri
Quote duniaku85 3-2-2016 11:33 AM
ler..tiga kali kne paksa sign surat letak jawatan
ntah pape je la
Quote minah_kidal 3-2-2016 11:43 AM
what the fish!!!apsal bashah yg naik???omg!! haih geramnye rsa hati ni
Quote kentel 3-2-2016 12:03 PM
hehehe...tahniah kedah dapat menteri bodoh yang mentadbir...semoga kedah jatuh ke tangan pembangkang
Quote CikE 3-2-2016 12:32 PM
kalo gini gayanya...PRU akan dtg..dpt la kt pembangkang...dah dapat yg rakyat kedah suka pi paksa resign...kalo nk ganti sangat pn cari la yg semenggah sikit...
Quote UVtech 3-2-2016 12:33 PM
Hebat betul Bashah tu..takat SRP dapat memerintah negeri! Syabas BN!
Quote sunnyisland 3-2-2016 01:01 PM
hebat lah tue, naik sebab jatuhkan orang lain..

Quote tanggo 3-2-2016 01:09 PM
Kita lihat berapa hari dia boleh duduk kerusi panas tu.Nak jaga bos lama dia.Selepas Tan Sri Osman MB, siapa kah MB yg bertahan lama. Kenapa?
Quote silampumeja 3-2-2016 01:13 PM
sebak kot tgk tun hasmah peluk dia... pelukan ibu jugak paling berharga saat2 getir begini
Quote tanggo 3-2-2016 01:14 PM
Akan ada pendedahan bakal megejutkan negara.
Quote zulkacak 3-2-2016 01:34 PM
alolo..comei nye..ngadu kat mak ek kena buli..jgn salahkan org lain..salahkan bapak ko..apa yg berlaku adalah pembalasan kezaliman bapak ko time dia berkuasa..skrg kezaliman yg sama berlaku atas ko..ajak bapak ko sama2 muhasabah diri..
Quote Mary_jane 3-2-2016 01:37 PM
Pendedahan apa lagi? Menjadi-jadi element of surprise. Akhirnya mukhriz akur jua dengan keputusan majoriti. Moga selamatlah kedah & rakyatnya.
Quote khairulazuan 3-2-2016 02:19 PM
bertabah la mukhrizz......

Quote yumeina 3-2-2016 02:27 PM
keputusan majoriti tuh yg takat antara 50 org jek....cuba keputusan rakyat..jgnkan jd menteri besar...jd AJK pn belumtentu dpt lagi si bashah tuh
Quote maharani_gebu 3-2-2016 02:27 PM
zulkacak replied at 3-2-2016 01:34 PM
alolo..comei nye..ngadu kat mak ek kena buli..jgn salahkan org lain..salahkan bapak ko..apa yg berla ...

yup....

sad ending but this is kifarah beb.....

bapak yg buat taik anak yg membusuk
Quote Minami2013 3-2-2016 02:44 PM
Qualification srp tu rase nye acceptable je kalau bashah tu orang yang berusaha dan high integriti... tp kalau same kaki bodek habis la org kedah
Quote mizkajura 3-2-2016 03:04 PM
semoga PAS kembali bertahta. umno dah parah
Quote kancil92 3-2-2016 03:49 PM
ooo..jd sekarang kedah xde menteri besar ke...
Quote clara_nur 3-2-2016 05:45 PM
tanggo replied at 3-2-2016 01:14 PM
Akan ada pendedahan bakal megejutkan negara.



pendedahan apa lg yg bakal mengejutkan negara selain kes 1MDB tu?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.101145 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top