CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DSV Bakal Bina Hotel Pamoga Qu Puteh Bertaraf 6 Bintang

3-2-2016 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16552| Komen: 113

Description: Penaja utama Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau juga dikenali dengan Datuk Vida sekali lagi......

Oleh : Dean BZ


Penaja utama Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau juga dikenali dengan Datuk Vida sekali lagi menjadi bualan ramai kerana kini beliau merancang untuk membina sebuah hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi taman tema di negeri pantai timur itu.

Datuk Vida berkata hotel yang menelan belanja RM280 juta itu bakal diberi nama Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dan akan dibina bersebelahan stadium keramat negeri kelahirannya.

Hotel setinggi 19 tingkat yang  bakal dilengkapi kemudahan sukan dan aktiviti riadah itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun, sama seperti tempoh tajaannya kepada pasukan Kelantan.

"Hotel itu dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV. Selain menyediakan kemudahan terbaik bagi pembangunan sukan di Kelantan, ia juga bakal menjadi mercu tanda baharu Kelantan," katanya kepada mStar Online.


Usahawan wanita dari Machang itu berkata, idea untuk membina hotel tersebut hadir bertepatan dengan cita-citanya untuk menjadikan Kelantan berdiri sama tinggi seperti kelab terkemuka Eropah.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, jika saya sudah meletakkan harapan dan cita-cita yang tinggi terhadap sesuatu perkara, saya akan berjuang untuk merealisasikannya," katanya.


Justeru Vida memberitahu beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim dengan ditemani arkiteknya bagi memaklumkan mengenai hasrat tersebut.Beliau berkata sebaik sahaja rancangan itu mendapat lampu hijau kerajaan negeri, hotel tersebut akan dibina dalam masa terdekat kerana pelan lakaran bagi projek berkenaan sudah sedia ada.


Terdahulu usahawan wanita kelahiran Machang, Kelantan itu turut menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada warna merah jambu. Tindakan beliau sebagai usahawan kosmetik yang menaja bola sepak Kelantan menjadikan beliau sebagai perintis kepada penaja-penaja yang lain untuk mula menaja kelab bola sepak tempatan. - CARI Infonet.





Sumber - mstar
25

Bagus
21

Marah
31

Terkejut
37

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 3-2-2016 09:41 AM
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan kelantan xdok idea2 sebegini..kekurangan modal kah?
Quote mikasa 3-2-2016 09:51 AM
bagus laa buat hotel byak star...kat sana takda hotel yg benar2 berstar.. aku gi hotel tepi sungai...tgok mcm best...masuk dalam wall paper terkopak...
Quote rosasa 3-2-2016 09:54 AM
suka akak dia ni...jatuh bangun positif sokmo
Quote epis 3-2-2016 09:58 AM
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 09:41 AM
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan k ...

bukan kerajaan negeri kelantan je, negeri lain pon same, hehe...
Quote melati_kesuma 3-2-2016 10:01 AM
rasa patut dato vida ni jadi menteri aja..mel suka kalau orang korporat background jadi menteri.  
Quote eizarz 3-2-2016 10:01 AM
dah kalo 6 bintang sape je yang mampu duduk..yg dtg tgk bola tu sume pun tido dalam kete je...
Quote melinda_kerr 3-2-2016 10:02 AM
Baguslah. Bakla sikit duit tuu kat saya
Quote bawalputih 3-2-2016 10:02 AM
Goodluck datovida
Quote fifie_olin 3-2-2016 10:02 AM
bgs gk dato vida ni...
dgn ade hotel ni menyenagkn org luar nk tgk bola...
smpi 6 star...hrp2 x mhl sgt la kot
Quote peynoLegend 3-2-2016 10:02 AM
sentap la mail jdt

bakal bina hotel 10 bintang dijohor
t
Quote wana89 3-2-2016 10:03 AM
Bagus tok vida..
Ni wana puji
Quote wana89 3-2-2016 10:04 AM
peynoLegend replied at 3-2-2016 10:02 AM
sentap la mail jdt

bakal bina hotel 10 bintang dijohor

Lepas ni mail jdt buat hotel
Quote gagakbiru 3-2-2016 10:04 AM
Hotel 6 bintang design macam tu je?
Quote nuralisa 3-2-2016 10:05 AM
ahakan..kalau 6 bintang brp pulak ratenya...
Quote Modngengade 3-2-2016 10:07 AM
melinda_kerr replied at 3-2-2016 02:02 AM
Baguslah. Bakla sikit duit tuu kat saya

ko nak duit dekk  ko kena  jadi agent qu puteh....

sebut betul2.....qu puteh  qu puteh  barulah putih...hahahaha!
alhamdulillah mujur ada pamoga!

Quote chinatsu 3-2-2016 10:13 AM
yg datang tgk bola ni ramai2nya bukanlah berkemampuan sangat
buat 3 star pun dah cukup..itu baru betul nak membantu
Quote mokcikKSKB 3-2-2016 10:17 AM
Buat apelah nk bina hotel kt kelatey tu.dhlah kotor..sape je nk dok situ?atok vida kah?
Quote VioletsAre_Blue 3-2-2016 10:17 AM
eizarz replied at 3-2-2016 10:01 AM
dah kalo 6 bintang sape je yang mampu duduk..yg dtg tgk bola tu sume pun tido dalam kete je...

Jersi pun beli gred A je kot..hihi
Quote cupu 3-2-2016 10:20 AM
MissMamamia75 replied at 3-2-2016 09:41 AM
Hebat Dato Vida..full of idea..smoga tercapai segala yg dirancang..
-kdg2 terpikir..ngapa krajaan k ...

kekangan modal disebabkan oleh kekangan otak.tgk jela cth bab pgung wayang tu..ada ke bln posa xleh bniaga..mcm mn pihak dia pikir pun aku xtau la.

aku sbg kelantannese aku melayu ofkos aku nk islam.aku sokong budaya islam yg nk diterapkan pentadbiran pas tu.tp pihak pas yg berotak tua ni ambik berat benda remeh.isu besar hak2 golongan muda.anak2 masa kini xdipedulikan...

fedup okay..pas ji menang sbb kelantan bab parti ni diwarisi..jarang anak2 murtad parti.klu tak memang lama dh gudbai.sbb memang xde apa.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.070109 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top