CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Iklan Petronas 'Tahun Monyet' Sungguh Menyentuh Hati

4-2-2016 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11439| Komen: 82

Description: Semalam, secara rasmi iklan Petronas sempena Tahun Monyet yang berjudul < Rubber Boy> telah ditayangkan kepada umum. Biarpun dalam iklan tersebut tidak kelihatan suasana kemeriahan tahun baru, nam ...


Oleh : TS LOO


Iklan Petronas sempena perayaan sering ditunggu-tunggu dan mendapat pujiaan masyarakat umum.


Untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba tiga hari lagi, iklan yang diterbitkan oleh Petronas sekali lagi tidak mengecewakan para penonton.






Semalam, secara rasmi iklan Petronas sempena Tahun Monyet yang berjudul < Rubber Boy> telah ditayangkan kepada umum. 


Biarpun dalam iklan tersebut tidak kelihatan suasana kemeriahan tahun baru, namun jalan ceritanya sangat menyentuh hati.


Iklan tersebut mengisahkan seorang budak Cina bernama Ah Fook yang hidup bersama ibu yang bekerja sebagai seorang penoreh getah. Oleh kerana keluarganya miskin, dia merasa malu bila berada di kalangan rakan sekolah. Bukan sahaja sering dibuli oleh segelintir murid yang nakal, malah dipanggil sebagai "Budak Getah", akibatnya dia telah bergaduh dengan kumpulan murid nakal terbabit.  


Ah Fook turut bertengkar dengan ibunya ketika pulang ke rumah, dia menyalahkan ibunya yang tidak pandai mencari duit sehingga dia dihina oleh rakan di sekolahnya. 


Selain itu, akibat geram dengan ibunya, dia berjanji dengan ibunya untuk keluar bersama pergi menoreh getah semata-mata untuk menunjukkan dia juga mampu mencari wang untuk keluarganya.


Tetapi, ketika berada di ladang getah, baru Ah Fook sedar kerja menoreh getah bukan semudah seperti mana yang selama ini disangkakan, namun ibunya tetap melakukannya tanpa kesal dan mengeluh, pengorbanan ibunya selama ini semata-mata adalah demi kebahagiaannya


Ah Fook turut sedar kekayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Walaupun keluarganya miskin, tetapi apa yang penting seseorang itu harus rasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


Video pendek tersebut menerima perhatian dan menimbul perbincangan setelah dimuatnaikkan di media sosial. Ada yang berkata, video pendek itu membuatkan dia terkenangkan ketika zaman kanak-kanak dan saudara-maranya yang telah meninggal dunia.


Ada juga berkata, cerita video pendek tersebut sungguh menyayat hati sehingga terasa ingin menangis! Tidak kurang juga yang memberitahu, setelah menonton video tersebut, dia terasa ingin pulang menelefon ibu dan pulang ke kampung halaman.

Biarpun ada netizen berpendapat, iklan tersebut sepatutnya disiarkan pada Hari Ibu. Rata-rata memuji usaha pihak Petronas dalam usaha menerbitkan iklan musim perayaan yang berkualiti. 


Kini, iklan ini telah mencapai kadar tontonan lebih daripada 100 ribu di dalam laman Facebook dan Youtube. 


Meskipun, Yasmin Ahmad telah meninggalkan kita, tetapi Petronas tetap menyambung semangat Yasmin dalam menghasilkan iklan perayaan yang mengisahkan perihal remeh dalam kehidupan harian tetapi mampu menyentuh hati semua orang. - CARI Infonet

12

Bagus
2

Marah
13

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultramantujuh 4-2-2016 07:34 PM
Syabas, Petronas kerana menghasilkan sebuah kisah yang sangat sangat menyentuh perasaan saya! Saya harap semua rakyat Malaysia dapat menghargai pengorbanan ibu bapa kita, musim perayaan bukan untuk berseronok, kita semua harus mengambil inisiatif walau macam mana pun sibuk , jangan cari alasan tak balik kampung berjumpa dua orang tua kita dan kalau boleh cuba peluk mereka.
Quote noor2 4-2-2016 07:50 PM
Baiknya  mak....sedih....nangistengok

Gong Xi Fa Cai......happy new year

Quote tigas 4-2-2016 07:58 PM
adeke cina penoreh getah ???
Quote tigas 4-2-2016 07:58 PM
nape x buat dalam bahasa melayu ???
Quote abangbikerz 4-2-2016 08:01 PM
tigas replied at 4-2-2016 07:58 PM
adeke cina penoreh getah ???

Adalah banyak jerr. Ko ingat semua cina kaya ke. Yg miskin pon ada
Quote sofiazara 4-2-2016 08:06 PM
tigas replied at 4-2-2016 11:58 AM
adeke cina penoreh getah ???

ramai kot....
Quote spiderman80 4-2-2016 08:07 PM
tigas replied at 4-2-2016 07:58 PM
adeke cina penoreh getah ???

Ada. Kat area Spidey bekerja (Kota, Negeri Sembilan) ramai jer orang Cina menoreh getah....tapi kebanyakkan stok ah soh dan apek jer lah. Remaja belia macam Spidey susah nak jumpa.
Quote spiderman80 4-2-2016 08:10 PM
abangbikerz replied at 4-2-2016 08:01 PM
Adalah banyak jerr. Ko ingat semua cina kaya ke. Yg miskin pon ada

Setuju bro. Tanggapan bahawa semua orang Cina kaya adalah salah.
99% adalah golongan PPRT hinnga ke pertengahan sahaja. 1% jer yang betul-betul kaya.
Sayangnya, Spidey tergolong dalam 99% tu.
Quote mikasa 4-2-2016 08:32 PM
iklan mcm ni laa yang ditunggu tunggu
Quote revolusi_30 4-2-2016 08:34 PM
x nampak kaitan dgn CNY pun....yg akak perasan iklan ne nak hentam Ah Jib Gor pasal getah murah yg dorang susah tu ...
Quote revolusi_30 4-2-2016 08:35 PM
spiderman80 replied at 4-2-2016 08:07 PM
Ada. Kat area Spidey bekerja (Kota, Negeri Sembilan) ramai jer orang Cina menoreh getah....tapi ke ...

haha ... apek ngan ahso je...tapi anak2 kerja apa tengok ...

mcm kawan akak...mak masih toreh getah naik basikal buruk...tapi anak2 semua tauke2 besar...rumah kereta berbiji2.....akak tanya kenapa ur mom noreh lagi....member akak cakap bosan duduk rumah...atleast exercise.....tiu naseng...
Quote ultra78 4-2-2016 08:38 PM
spiderman80 replied at 4-2-2016 08:10 PM
Setuju bro. Tanggapan bahawa semua orang Cina kaya adalah salah.
99% adalah golongan PPRT hinnga  ...

Tapi wife Spidey kaya kan


Quote MissNigga 4-2-2016 08:40 PM
tacing .... iols nangis nonton bidio nie...
sejak mak iols jatuh sakit since last year ...
apa apa citer or kisah pasai ibu mmg selalu menyentuh hati iols ...
Quote jazaa100 4-2-2016 08:46 PM
revolusi_30 replied at 4-2-2016 08:34 PM
x nampak kaitan dgn CNY pun....yg akak perasan iklan ne nak hentam Ah Jib Gor pasal getah murah yg d ...

2 in 1 le tu.....
Quote chazey 4-2-2016 09:01 PM
Astagaaaa mengalir2 air mata akak tengok iklan ni ok!
Quote faraway1 4-2-2016 09:03 PM
chazey replied at 4-2-2016 08:01 AM
Astagaaaa mengalir2 air mata akak tengok iklan ni ok!

sama kita
Quote all4rez 4-2-2016 09:21 PM
Uhuk uhuk uhuk...
Hancur lebur punah mood aku  meraikan malam jumaat..
Quote caprut 4-2-2016 09:24 PM
sruh kjer krajaan takmo. rasain lho.  . kata pencacai umno hari2 rintih sruh gomen naikkn gaji
Quote lil_honey 4-2-2016 09:25 PM
iols tak rasa ape nih..
hati iols kering ke ape..
mementang bangunan getah tu sebelah petronas

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.068883 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top