CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mana Pihak Bertanggungjawab? Nak Tunggu 'Brotherhood' Setel Dulu Ke?

5-2-2016 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5639| Komen: 8

Description: Adakah perkara seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan segera? Adakah memerlukan belanja yang besar
Oleh Izzah Abbasy

Tak sampai seminggu kes seorang pelajar sekolah maut setelah jatuh ke dalam lubang kumbahan, kali ini pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah kebangsaan Puchong Permai terpaksa menahan sakit selama 15 minit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang di hadapan sekolah tersebut.

Kredit Foto : Sinar Harian


Pelajar itu dikatakan baru melintas jalan utama Persiaran Permai bersama rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.40 pagi pada hari itu.

Mangsa dipercayai tidak sedar bahawa satu dari besi penutup longkang itu sudah reput dan patah ketika dipijak untuk dilalui olehnya.

Akibat dari itu kaki mangsa terperosok ke dalam longkang di celah-celah besi itu.

Pelajar tersebut menangis dan terpaksa menahan kesakitan sebelum orang ramai memoton besi itu untuk mengeluarkan kakinya.

Dia yang bersekolah sesi petang mengalami luka ringan dan kaki juga tercalar akibat bergesel dengan besi.

Walau bagaimanapun, aduan mengenai kerosakan telah pun beberapa kali dibuat namun tiada tindakan diambil sehingga kejadian berlaku pada pagi tersebut.

Adakah perkara seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan segera? Adakah memerlukan belanja yang besar? Atau perlukan sukarelawan seperti Brotherhood
yang menampal lopak berlubang atas jalan raya untuk menggunakan jasa baik mereka menggantikan penutup longkang yang selamat?

Memang tak masuk akal apabila pihak bertanggungjawab memandang ringan isu ini. Mungkin juga mereka tunggu ada kes kematian berlaku baru akan digerakkan anggota untuk selesaikan. - CARI Infonet 



Geng Brotherhood dan Lando


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 5-2-2016 04:00 PM
Tukar sikit ayat...
Mereka tunggu ada menteri atau org2 besar eksiden mati sbb benda2 ni baru nk bertindak.
Setakat rakyat marhaen mati,patah riuk tu diorg wat dekk lg..
Quote Artemesiaa 5-2-2016 05:55 PM
Biasa le tu selagi belum ada yang hilang nyawa kat situ sila kiv dulu
Quote HannahMontana 5-2-2016 08:11 PM
PM xpernah syg rakyat

Quote giyomi 5-2-2016 09:13 PM
Alasan pihak berwajib spt biasa, x ckp kakitngn, peruntukkn bla3x, wlpn pd hktnya, duit yg dberi asik g kursus tpi otk ttp kosong.
Quote misscendol 7-2-2016 10:12 AM
Brotherhood troskan perjuangan anda
Quote ajinomotonosuga 10-2-2016 09:42 AM
tak amanah, sama je seme nya, gaji buta pas tu keje cincai cincai.. bukan  mende  baruu BUDAYA cam nih

tu heran nya, negara islam, kuliah agama skang sesakkk masjid nak nak kalo setad rebina ceramah, artis pun dah ramai hijrah, program tv ke agamaan toksah cite laaaa.. silih berganti haaa, kira ramai dah melayu mesia INGAT AKHIRAT

TAPI pasai pa mende cam ni tak berubah? pasai pa kemalangan jalan raya makin teruk? pasai pa rasuah makin teruk

pasai pa sampai brotherhood nak kene tampal jalan sendiri?? depa pun de famili nak tanggung so kene carik rezki haaa, why??

sikap tu buruk bebeno, tak berubah, makin buruk lagi ade laaa esp zaman seme harga naik cam arini

paasai pa TAK AMANAH pada keje or tanggungjawap? kalo lebih masa kene keje tadak bayar pun apa salah esp kalo ko bujang, kire untuk kebaikan umum or maslahah , ada bagian akhirat gak..apa jadi majlis bandaran?


tiap tau beratussssssssssssss DATO di anugerah tapi otak kosong je.. tak dak malu ke ? agaknya tak de kut pasei aku rasa oang mesia dah takdok maruah..tenguk je pm depa tuh, satu dunia dok mengata, dok siasat, singapore dah mula siasat haa...

cuba fikir macam mana nak buat tiap individu esp orang gomen beramanah, dedikasi, minat, rajinnnn dengan keje memasing walo sapu jalan.macam mana? takkan kasi dato jek hahahahaa sengal

mana pakar motibasi gemok tuh hahahahha
Quote khairulazuan 10-2-2016 09:58 AM
mana pihak yg bertnggungjawab
Quote -electrifying- 10-2-2016 12:21 PM
yg rakyat marhaen duit kjap ada kjap xde yg membantu menurap jalan... apa gne PBT...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.242856 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top