CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelakon Wanita Popular 80an di dakwa di mahkamah atas tuduhan menipu

11-7-2013 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 53896| Komen: 105

Description: PELAKON wanita era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat tuduhan menipu seorang peguam berhubung pembelian tanah, tiga tahun lalu. - ...


PELAKON wanita era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat tuduhan menipu seorang peguam berhubung pembelian tanah, tiga tahun lalu. - Foto Saddam Yusoff
Jul 11, 2013 12:00 pm


Aktres 80-an "Putri Salbiah" Di Tuduh Menipu !

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu. Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka. Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010. Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010. Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.

Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan juga Yang Azizah dengan nama palsu mereka.Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan. Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut. Putri Salbiah sebelum ini dikenali menerusi filem Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud. Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan filem Din Glamour.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 11-7-2013 02:37 PM

ublished: Khamis Julai 11, 2013 MYT 12:33:00 PM
Updated: Khamis Julai 11, 2013 MYT 1:25:15 PM

Aktres 80-an Putri Salbiah Dituduh Menipu
Oleh LOSHANA K SHAGAR

Putri Salbiah ketika dibawah keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan kad pengenalan. - Foto Ihsan Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.
Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.
Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010.
Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.
Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.
Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.


Salah satu adegan lakonan Putri Salbiah dan Salih Yaacob pada era 80-an.

Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.
Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.
Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.
Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.
Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud.
Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour.



Quote solstice 11-7-2013 02:38 PM


ARKIB : 26/01/2001





Puteri Salbiah tidak lupa dunia lakonanWalaupun belum mengumumkan persaraan, namun dia banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu serius dalam perniagaan.
Filem terakhir lakonannya berjudul Emas Melayu-Pure Gold terbitan Raja Azmi sehingga ke hari ini belum ditayangkan.
"Selepas filem itu, saya terus menyepi kerana cuba menerokai perniagaan,'' katanya.
Dia juga pernah mengusahakan salun dan butik, namun kedua-dua perniagaan itu tidak bertahan lama dan ditinggalkannya.
Kini, dia mengusahakan restoran yang berkonsep beberapa warung dalam satu kawasan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran itu dinamakan Puteri Restoran & Cafe.

"Saya memulakan perniagaan makanan ini sejak tujuh bulan lalu tanpa membuat sebarang publisiti,'' katanya.
Dia tidak mahu membuat promosi awal kerana banyak yang beranggapan artis berniaga makanan selalunya tidak bertahan lama.
Setelah tujuh bulan berniaga, dia kini mempunyai pelanggan tetap dan mereka datang bukan kerana dia sebagai seorang celebrity.
"Ada kenalan saya yang mengetahui restoran ini milik saya apabila kerap ke sini,'' katanya lagi.
Salbiah sendiri sentiasa berada di restoran itu untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Kerana itu, dia banyak menolak tawaran berlakon untuk memberi sepenuh tumpuan pada perniagaan dan keluarga.
Namun, dia masih belum mengatakan mahu bersara daripada dunia lakonan kerana minat pada bidang itu masih ada.
"Saya tidak kata yang saya akan bersara kerana kemungkinan saya akan mengubah keputusan saya nanti bergantung kepada keadaan,'' katanya lagi.
Sebelum perniagaannya berjalan lancar dan maju, dia akan tekun menguruskan restoran tersebut.

"Saya juga mahu buktikan yang saya berniaga bersungguh-sungguh bukan sekadar mengisi masa lapang,'' katanya lagi.
Puteri Salbiah pada awal kemunculan di pertengahan tahun 80-an pernah membintangi filem Ranjau Sepanjang Jalan bersama Sarimah dan Ahmad Mahmud.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_05.htm#ixzz2Yil5gcJP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Last edited by solstice on 11-7-2013 03:47 PM

Quote want2bhappy 11-7-2013 02:41 PM
lol kok gini jadi nya salbiah oi.. err dia ni yg pernah kahwin ngan m. jamil anak mak nani kan?
Quote amieab 11-7-2013 02:48 PM
want2bhappy posted on 11-7-2013 02:41 PM
lol kok gini jadi nya salbiah oi.. err dia ni yg pernah kahwin ngan m. jamil anak mak nani kan?

ye betul..dia penah jadi isteri M.Jamil...tapi M.Jamil bukan anak mak nani la..M.Jamil anak Sarimah.


Quote mamapip 11-7-2013 02:48 PM
want2bhappy posted on 11-7-2013 02:41 PM
lol kok gini jadi nya salbiah oi.. err dia ni yg pernah kahwin ngan m. jamil anak mak nani kan?

bkn anak mak nani, anak sarimah
Quote mamapip 11-7-2013 02:49 PM
solstice posted on 11-7-2013 02:37 PM
ublished: Khamis Julai 11, 2013 MYT 12:33:00 PM
Updated: Khamis Julai 11, 2013 MYT 1:25:15 PM
Ak ...

lain tol muka dia skang
Quote want2bhappy 11-7-2013 02:49 PM
heheh eh lupa la...
Quote hanna88 11-7-2013 02:59 PM
putih nye dia skrg
Quote mea 11-7-2013 03:00 PM
Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 03:09 PM
comelnye.. gerram
Quote sokmogitu 11-7-2013 03:17 PM
yg berlakon citer og fatimah t yg 1 and two, two and three...i love you tu bukan dia kan? tu raja baizura kan?
Quote maxim 11-7-2013 03:20 PM
sokmogitu posted on 11-7-2013 03:17 PM
yg berlakon citer og fatimah t yg 1 and two, two and three...i love you tu bukan dia kan? tu raja ba ...

itu mas anizan laaa
Quote harisbee 11-7-2013 03:22 PM
cantik lagi eh dia ni...so dia bini sapa ler ni?
Quote mea 11-7-2013 03:25 PM
Quote onetwonine 11-7-2013 03:25 PM
mea posted on 11-7-2013 03:00 PM

santek ler die skrg....

Quote mea 11-7-2013 03:26 PM
Quote mea 11-7-2013 03:27 PM
Quote Yume 11-7-2013 03:27 PM
Dah berapa kali kawin cerai dah dia ni.. harta dia byk, jual nanti boleh la cover duit lawyer tu nanti.. muka putih, badan still mcm tu juga.. sebenarnya dah terlalu ramai yg terkena dgn dia ni tapi kini tiba lah saatnya ...


Last edited by Yume on 11-7-2013 10:05 PM

Quote miawpink 11-7-2013 03:28 PM
mea posted on 11-7-2013 03:26 PM

nampak ketiak

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.065906 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top