CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Silap' Hutang 1MDB Bukan RM42 Bilion Tapi RM50 Bilion Dan Lebih - Tun M

8-4-2016 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4886| Komen: 9

Description: Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Oleh Izzah Abbasy

Ekoran kes hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1MDB.



“Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil.


“Saya rasa RM50 bilion pun tidak betul, ia mungkin lebih banyak lagi,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhannya mengenai pinjaman sebanyak RM42 bilion yang “hilang” adalah salah.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menerusi laporan yang dikeluarkan semalam mengesahkan, 1MDB tidak “menghilangkan” pinjaman sebanyak RM41.868 bilion yang diperolehinya.

Pada masa sama, beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, susulan gesaan PAC supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu disiasat berhubung hutang sebanyak RM50 bilion yang ditanggung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.


Ini kerana, jelasnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang menubuhkan syarikat itu, bukannya Shahrol Azral.

Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

Pada Januari 2016, jumlah hutang itu mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah untuk hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). - CARI Infonet

6

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giver 7-4-2016 07:50 PM
Quote badaksumbu 7-4-2016 08:53 PM
ye, ok bkn 42 bilion tp 50 bilion,
Quote bit 7-4-2016 09:08 PM
Kalau beli kereta 100 ribu hutang, mmg la x hilang, nampak kereta depan mata

1 mdb hutang 50 juta apa yg boleh nampak? Gadai tanah gadai Ipp nak bayar hutang

Meniaga buluh kasap.
Quote Esmiria 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb.Huhu.Cant wair.
Quote wana89 7-4-2016 09:32 PM
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...

Pasal apa??
Quote TuntungReturn 7-4-2016 09:38 PM
perwaja dlu bpe bilion?
Quote sayawifenikmie 7-4-2016 09:44 PM
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...


.. apa kah beritanya?

Quote sayawifenikmie 7-4-2016 09:45 PM


............... yang itu sah sah rugi ...  rugi biasa laaa .... ... 1MDb??

Quote kelapaparut 7-4-2016 09:45 PM
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...

Ntah2 berita biase,uolz exeggerated je kot

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058482 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top