CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Kesan Buruk Anak Ketagih Tengok TV

25-4-2016 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11959| Komen: 1

Description: Menurut Prof Madya Dr.Bustam Kamri, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak terdapat banyak kesan buruk terhadap kanak-kanak jika menonton televisyen secara berterusan lebih daripada empat jam sehari.

Oleh : TS LOO


Antara kegemaran kanak-kanak sekarang adalah duduk berteleku di depan televisyen menonton kartun kegemaran. Pendek kata ia juga antara cara yang ramai ibu bapa lakukan demi memastikan si kecil boleh duduk diam dan tidak mengganggu mereka.

Secara fizikal mereka kelihatan baik dan tidak melakukan aktiviti lasak yang membahayakan diri tetapi kesan jangka panjang kepada emosional dan kecerdasan mereka memang menakutkan!

Menurut Prof Madya Dr.Bustam Kamri, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak terdapat banyak kesan buruk terhadap kanak-kanak jika menonton televisyen secara berterusan lebih daripada empat jam sehari. 


Berikut antara kesan buruk yang mesti diberi perhatian oleh ibu bapa.



1. Berat Badan Meningkat

Mengakibatkan berat badan yang berlebihan dan tingkah laku yang agresif. Secara umumnya, menonton televisyen yang keterlaluan akan memberi kesan obesiti atau kegemukan. Ini diakui oleh pakar kesihatan.

Semasa menonton televisyen kanak-kanak tidak aktif dan akan memakan makanan ringan yang tidak sihat.



2. Pengaruh Buruk Iklan

Dalam pada itu, mereka juga didedahkan dengan lambakan iklan yang menggalakkan makanan yang tidak sihat seperti burger, kentang goreng dan minuman tidak berkhasiat. Pengaruh iklan makanan segera yang tidak berkhasiat mempengaruhi kanak-kanak menjadikan makanan kegemaran dan pilihan utama.

Kajian menunjukkan bahawa semakin kurang kanak-kanak menonton televisyen akan memberi kesan kepada pengurangan berat badan. Pengaruh iklan menerusi selingan rancangan kartun amat memberi kesan terhadap diet pemakanan kanak-kanak terhadap makanan ringan yang tidak berkhasiat.


3. Mata Cepat Rabun

Dalam pada itu, kanak-kanak yang terlalu kerap menonton kartun dalam jangka masa yang lama berdepan dengan kaca televisyen berkemungkinan akan menghadapi masalah mental dan emosi, masalah gangguan mata dan masalah fizikal semakin meningkat.



4. Kurang Sensitif

Kajian psikologi mendapati ada beberapa kesan akibat kanak-kanak kerap menonton keganasan kartun di televisyen iaitu kanak-kanak menjadi kurang sensitif atau peka untuk merasa belas kasihan kepada orang lain yang sedang kesakitan.

Kanak-kanak yang sering terdedah dengan keganasan tidak takut tentang keganasan dan tidak menghiraukan keganasan. Mereka lebih cenderung menjadi agresif atau menggunakan tindakan yang mencederakan orang lain.



5. Tidak Beri Motivasi

Program kartun di televisyen dikatakan tidak memberi motivasi untuk kanak-kanak belajar. Sebaliknya watak-watak kartun menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepada kanak-kanak.

Perkataan yang digunakan tidak memberi makna dan berupa cakap kosong. Kebanyakan program kartun menunjukkan perbualan yang mengandungi kurang nilai moral. Hal ini akan mempengaruhi penonton kanak-kanak yang mudah terikut-ikut gaya pertuturan yang digunakan oleh watak kartun.

Satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Virginia terhadap kanak-kanak berusia empat tahun, mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti tanpa melihat kartun sebanyak 70% berjaya menyelesaikan masalah.

41

Bagus
19

Marah
37

Terkejut
22

Sedih
21

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mannak 28-4-2016 03:59 PM
I became conversant in 3 languages by 5.... TV my language teacher

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.088150 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top