CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kajian : Mengapa Wanita Melayu Gemuk-Gemuk?

26-4-2016 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22043| Komen: 341|Original author: bluehedgehog

Description: Masalah gemuk atau obesiti dikalangan lelaki dan wanita di negara...

Oleh : Dean BZ

Gambar sekadar hiasan


Masalah gemuk atau obesiti dikalangan lelaki dan wanita di negara kita semakin serius.

Budaya makan keterlaluan tanpa mengira waktu menjadi punca utama kepada masalah kegemukan di kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hanya di Malaysia sahaja, turut menjadi viral mengenai satu artikel tentang masalah kegemukan dikalangan wanita Melayu di Singapore yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.


Menurut artikel dari Berita Minggu Singapore, masalah kegemukan yang melanda dikalangan wanita Melayu di Singapore berpunca dari beberapa sebab :


DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN
Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka.

SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA
Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka melihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu.

Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal.

Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam.

'Cakap mudahnya, orang kita sekarang banyak makan, makan, makan...' kata seorang pakar pemakanan di sini.

Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai penduduk Singapura (sekitar 52 peratus).

Gambar sekadar hiasan



Kajian yang di lakukan di Malaysia beberapa tahun dahulu turut menunjukkan hampir sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk. Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang. Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Untuk pengetahuan, sejak dahulu lagi, ahli-ahli sains mengetahui bahawa mereka yang obes tidak panjang umur.

Laporan David B. Caruso yang dipetik dari Associated Press menjelaskan, secara puratanya, bukan perokok yang diklasifikasikan mempunyai berat badan berlebihan tetapi tidak obes hilang tiga tahun jangka hayat mereka. Secara purata, individu perempuan yang obes, kehilangan lebih banyak jangka hayat mereka berbanding lelaki yang obes. 

Mulai hari ini, kawal pemakanan anda dan banyakkan senaman. SAY NO TO OBESITY! - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



7

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 26-4-2016 08:22 AM
calling @ifanonline

Quote rospinki 26-4-2016 08:23 AM
Yg malaysia pun sama..gigih la kurus kejap pastu mok2 jgak
Quote bluehedgehog 26-4-2016 08:24 AM

calling @Stinger2.0 @kak_sue dan lain2
Quote GhostWalking 26-4-2016 08:25 AM
Betul la kurang exercise makan nasik pagi ptg malam harusla dekkk
Quote krustykrab 26-4-2016 08:27 AM
apa kaitan pajura dgn artikel nih
Quote dino 26-4-2016 08:28 AM

makanan die...
Quote oak.balustrade 26-4-2016 08:28 AM
Hujung2 letak gambar missfake. Harus wanita2 obes lagi rasa down lalu gigih aim nak body cam missfake
Quote oak.balustrade 26-4-2016 08:29 AM
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:25 AM
Betul la kurang exercise makan nasik pagi ptg malam harusla dekkk

Ada yang work out tu gigih show off masukkan dalam socmed tapi i terserempak offline nyer yang dia tak update kat socmed tu pegi makan kat banana leaf tu kemain menggunung nasiknya. Itu nipu diri sendiri namanya kan bang ghost? Hihi
Quote bluehedgehog 26-4-2016 08:30 AM
oak.balustrade replied at 26-4-2016 08:28 AM
Hujung2 letak gambar missfake. Harus wanita2 obes lagi rasa down lalu gigih aim nak body cam missfak ...

eh...korang jgn fake2 la sgt
skg wa tukar gmbr amoi temasek
Quote 32kW 26-4-2016 08:30 AM
rospinki replied at 26-4-2016 08:23 AM
Yg malaysia pun sama..gigih la kurus kejap pastu mok2 jgak

Betul.. Ada gigih diet atkins bagai, pastu aa jugak yang join program jom kurus bawah kevin zahri tu. Dah kurus tak menten lak.. La ni dah berisi balik diorang tu
Quote GhostWalking 26-4-2016 08:33 AM
oak.balustrade replied at 26-4-2016 12:29 AM
Ada yang work out tu gigih show off masukkan dalam socmed tapi i terserempak offline nyer yang dia ...

Kalau cheat day bamgost tak kisah sangat ni workoutnya sekali tapi makan nasik 8 kali.haukkkk sangat.workout pun sebab gigih nak up gamba bukan betul2 nk eksesaiss
Quote green~tea 26-4-2016 08:34 AM
Penyebab gemuk sbb makan kat luar??? Maybe ada betul kot.. Makanan tak berkhasiat murah je..: kalo nak sihat2 cam salad bagai tu kemain mahal cecah belas2 ringgit...

Lagi satu, terpengaruh dgn jalan shortcut thru iklan2 yg banyk kat tivi.. Bayangkan achik gemok gedempol pun masuk iklan tivi hari2 promot kecantikan asal putih2 je kulit???? Kejadah
Quote oak.balustrade 26-4-2016 08:35 AM
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:33 AM
Kalau cheat day bamgost tak kisah sangat ni workoutnya sekali tapi makan nasik 8 kali.haukkkk sang ...

Betul tu bang ghost. Bukan inch loss malah bertambah inch nyer. Then gigih ler camera 360 nak bagi efek langsing. Choiii sangattt! Haha
Quote oak.balustrade 26-4-2016 08:36 AM
bluehedgehog replied at 26-4-2016 08:30 AM
eh...korang jgn fake2 la sgt
skg wa tukar gmbr amoi temasek

Alolo merajuk pulak dah. Oklah missfake tu i ok aje jangan miss lopa bimbo tu dah ler
Quote DayangKirana 26-4-2016 08:49 AM
ni kat sokabar temasek.. cer keluar kat Metro, harus ramai acik2 yang sentap.
sebab acik2 ramai suka baca metro.. kena bagi wakeup call sikit..
Quote GhostWalking 26-4-2016 08:53 AM
bluehedgehog replied at 26-4-2016 12:30 AM
eh...korang jgn fake2 la sgt
skg wa tukar gmbr amoi temasek

Lu kasik up gamba wa lagi bagus la
Quote cfa 26-4-2016 08:57 AM
berani berani lar ko bukak thread macam ni...
nanti kang ramai yang sentap kang...
Quote pittjie 26-4-2016 08:59 AM
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:33 AM
Kalau cheat day bamgost tak kisah sangat ni workoutnya sekali tapi makan nasik 8 kali.haukkkk sang ...

akak ghost tak jadi nak me-retire-kan nick ek?? i am happyyyyy!! kalau tak acaner nak lepas rindu kat akak.

Quote Loxlaxman 26-4-2016 09:01 AM
Emm... lelaki bile dapat isteri gemok memang potong stim. Bila nak berasmara, sangkut lemak kat sana sangkut lemak kat sini..bila mendayung, jangan mimpi nak ngintai apa yang berlaku kat bawah tu sebab terlindng dengan isi..kene pulak teringin "Women On Top" ..kalau tak ade minyak angin, penadol urat 2 bijik...jangan la suami nak lebih2 tunjuk berahi...

Emm..tolonglah potong lemak2 tu sebelum suami potong stim...!

Lihat semua komen(341)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081476 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top