CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Lari Kelam Kabut, Ular Tedung Masuk Makmal

27-4-2016 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8792| Komen: 67

Description: Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar
oleh Adib ZA

Lagi kisah ular ketika musim panas ini. Kelibat ular tedung di dalam makmal telah menakutkan beratus-ratus pelajar di sebuah sekolah di Labuan. 


Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar SMK Pantai di sini ketika mereka sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa bilik gerakan jabatan itu menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

“Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah," ujarnya.

Beliau berkata pasukan berkenaan mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar. - CARI Infonet


Sumber: Bernama

(Sumber foto: friends of Bomba)

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MamaMima711 27-4-2016 10:01 AM
Eiiii..takutnya...risau pulak.kalau ular jenis x bisa x pe gak..btw..mcm mana nak tau ular tu brbisa ke tak
Quote qronaldo7 27-4-2016 10:04 AM
asal ular je mesti kat sekolah
Quote sekel 27-4-2016 10:07 AM
ular pun nk sekolah juga  
Quote batu_bergolek 27-4-2016 10:11 AM
MamaMima711 replied at 27-4-2016 10:01 AM
Eiiii..takutnya...risau pulak.kalau ular jenis x bisa x pe gak..btw..mcm mana nak tau ular tu brbisa ...

Nak tau berbisa ke tidak, kena bagi dia patuk awak dulu hahaha.


Ular berbisa mmg ada ciri2 tertentu yg berbeza berbanding ular yg tak berbisa (kepala segitiga, heat pit dll) tapi tak semua sama, jadi cara yg paling baik adalah kenal jenis ular tu. Tedung, sawa(constrictor), kapak(viper) dll.
Quote spenderterselit 27-4-2016 10:12 AM
Dah macam musim pulak..

Klo ada eksiden bas terbalik..asik berderet2 berita bas lain pun eksiden tbalik...

Klo musim ular sesat...asik berderet2 berita ular lain pn nak sesat
Quote Adeakukesah11 27-4-2016 10:15 AM
Ular lagi.
Hmm
Mmg musim ular keluar beramai2 ke hape haihhh
Quote Glass_shoes 27-4-2016 10:16 AM
Ular dan sekolah berpisah teda
Quote Abangwahab 27-4-2016 10:18 AM
kesian, panas ye
Quote zameyla 27-4-2016 10:21 AM
Besarnya....nasib baik la ada student Nampak...
Quote dondangdendang 27-4-2016 10:25 AM
eeee...ular msuk kelas tu.
Quote UmbrellaCorps 27-4-2016 10:27 AM
berita kalau kat malaysia ni berangkai-rangkai, berjangkit-jangkit, bermusim-musim, pelik betul. kalau pasal ular, hari2 ada kes ular, kalau pasal buang bayi, hari2 ada kes buang bayi...
Quote fulusss 27-4-2016 10:27 AM
bulan lepas time Ai drive peg kerja kat selepas Toll DUKE sebelum ke Toll DUTA.. elok je sekor ular sawa maybe dari kereta belakang masuk ke kereta depan sebelah kereta Ai.. Memang Ai tengok dari masuk kepala sampai habis ekor.. Jangan kate ular pun nak sekolah.. Habis sekolah pegi kerja jugak rupenye...
Quote harkktuih 27-4-2016 10:28 AM
ular xnk masuk opis plak ke?
Quote tekken 27-4-2016 10:31 AM
uiiii....mmg musim panas ni kena hati2
Quote DeMax 27-4-2016 10:34 AM
Ular ni ahli MIC kalu tak silap
Quote Artemesiaa 27-4-2016 10:35 AM
Kes2 jumpa ular kat kawasan sekolah sebelum ni buat pelajar makin alert akan keberadaannya. Sekurang2nya boleh elakan perkara yang tak diingini dari berlaku.
Quote fifie_olin 27-4-2016 10:35 AM
peristiwa aku x leh lupa seumo idop aku
ular masuk dlm beg sekolah..
ular tu dh msuk dlm beg dr umah aku lg rupanya
ms kat sekola tu...boleh plk hr tu aku x bkk beg lsg...Allah nk kasi aku umo pjg lg
kt umh br la aku bkk beg...tgk2 ade ular ekcik...pggl jiran kasi bunuh...
uikss seriau wei...bwk ular g skola...korg mampooo
Quote CrowneGlory 27-4-2016 10:36 AM
lg 3-4 bulan aman2 jah ular makin pupus..sekrg byk yg menyerah diri...
Quote DayangKirana 27-4-2016 10:37 AM
musim mengular..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065922 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top