CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena El-Nino Bakal Berakhir Hujung Mei - Jabatan Meteorologi

28-4-2016 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4644| Komen: 4

Description: Cuaca panas berpanjangan di negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir bulan depan
Oleh Izzah Abbasy

Fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca panas berpanjangan di negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir bulan depan, kata Pegawai Meteorologi, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan keadaan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir yang berlaku pada sebelah petang di kebanyakan kawasan yang dijangka mengurangkan kesan suhu panas secara beransur-ansur.


"Ini berikutan negara sedang mengalami fasa peralihan monsun di mana angin lazim biasanya lemah dan membawa hujan berserta ribut petir pada lewat petang serta kadang kala berlarutan hingga ke awal malam terutama di kawasan pantai barat Semenanjung," katanya kepada Bernama.

El-Nino berlarutan sejak Februari lalu turut mengakibatkan beberapa negeri mengalami masalah bekalan air kerana kadar tadahan air di beberapa empangan utama berkurangan.

Bagaimanapun, status gelombang haba bagi Semenanjung setakat semalam menunjukkan suhu yang agak tinggi di kawasan utara dan tengah  serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk Gua Musang di Kelantan, Jerantut di Pahang, Jempol di negeri Sembilan serta Mersing dan Segamat di Johor.

Sementara itu, cuaca panas dan kering turut menyebabkan berlaku penyusutan air melibatkan beberapa empangan di Johor iaitu Sungai Lebam di Kota Tinggi, Congok di Mersing dan Sungai Layang Masai di Johor Baharu.

Namun katanya, sekiranya berlaku masalah bekalan air tidak mencukupi, SPAN akan mengatur jadual bekalan air secara berkala kepada penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan. - CARI Infonet

Kredit : Astro Awani

10

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 28-4-2016 10:42 AM
Ummah perangai huduh pon sebab elnino kan sis? Panas dalam konsepnya.
Quote chinta89 28-4-2016 11:27 AM
kding2 ttu tt tlg buang.. pening nk baca
Quote RatuDunia94 29-4-2016 12:15 AM
El Nino berakhir hujung mei.. Tp cuaca panas sampai september kan..  Fuhhh dugaan berpuasa...
Quote Lagubestbest 29-4-2016 03:02 AM
Ni laporan metereologi kat KL kot.. KL je hujan tiap2 petang. Negeri2 lain tak, panas membahang lagi.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.168486 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top