CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Teknik Menabung Dan Dapatkan RM3700 Dalam Masa 6 Bulan Sahaja

29-4-2016 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13940| Komen: 52

Description: Menabung adalah salah satu perkara yang harus dipraktikkan sejak kecil lagi.....

Oleh : Dean BZ


Menabung adalah salah satu perkara yang harus dipraktikkan sejak kecil lagi kerana ia memberi kebaikan dimasa hadapan. 

Kebaikan dari sikap suka menabung adalah dapat mendidik diri supaya lebih berjimat cermat dan merancang perbelanjaan harian dengan baik. Selain itu, kita akan bebas dari belengggu hutang kerana sentiasa mempunyai duit tabung disaat memerlukan.

Ramai yang nak menabung tapi tak tahu cara yang betul dan kerana itulah ramai yang cepat putus asa. Akibatnya, tabung belum penuh "sudah dipecahkan" atau "dikorek" untuk menggunakan duit simpanan itu. Jadi sampai bila nak merasa "habuan yang besar" kalau ada sikap seperti ini?

Penulis kongsikan teknik-teknik mudah dan berkesan tentang cara menabung dengan betul, dipetik dari Facebook Mohd Faiz. Lihat hasilnya amat memberangsangkan.


Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya


Kisah Benar :
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.
Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2. HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3. Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4. WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5. If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6. JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .


Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700
p/s : saya sertakan bukti untuk anda.


Menarik kan? Nak beli apa-apa tak perlulah terburu-buru atau sampai berhutang. Mulai dengan azam dan cuba menabung mengikut teknik diatas.


Percayalah, satu kepuasan yang tak terhingga disaat melihat hasil simpanan telah mencecah "target" yang kita mahukan. Jom mula menabung dari hari ini, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 29-4-2016 12:42 PM
Bbnu boleh lerr guna cara nii

manusia matang dan macho simpan duit steady jahh, tak perlu pilih pilih
Quote EvieWanKenobi 29-4-2016 12:46 PM
sikitnya RM3700 untuk 6 bulan..
Quote fazamania 29-4-2016 12:50 PM
Matilah aku income 100% dari gaji jer..
Bayangkan kalau aku simpan RM20 x 6 bulan = RM120 jah..
Quote periakuning 29-4-2016 12:58 PM
Menarik..tapi risiko hilang tu agak tinggi.nak2 kalau yg tinggal beramai2.memang kena cilok punya.
Quote fifie_olin 29-4-2016 01:13 PM
leh try ni...nk pilih rm5...sbb jrg dpt ..
kwn aku buat gak camni...dlm masa 2 bln kot...dia dpt simpan 800...perrgghhhh
Quote mongoose_kidz 29-4-2016 01:37 PM
aku ade buat gini...
tp duit hijau jela..
mmg boleh simpan secara paksa..hehe..byk jugak la
masalahnya bila tgk duit hijau tu byk jadi syg lak nk simpan dlm bank
jd aku decide utk guna utk duit raya budak2 thn ni
Quote ikmanurz 29-4-2016 01:50 PM
aku ade adik yg kalau datang rumah aku jumpa duit siling ke, singgit ke cicir kat mana2,
dia kutip & letak atas meja makan
tapi kalu dia jumpe duit nilai besar dari biru,
dia kutip masuk poket sambil cakap - weh, aku amik duit ni yeh..halal
Quote mokcikKSKB 29-4-2016 01:50 PM
Nk buat ginilah sbb nk beli henbeg...
Quote sabar_sabariah 29-4-2016 01:57 PM
aku ada  buat, tapi utk duit syiling 50sen je
aku masukkan dalam tabung anak aku
bila tabung penuh, aku bank in dalam bank

so, lepas ni aku kena buat utk tabung aku plak la
boleh try dengan duit RM5
Quote sitisitu25 29-4-2016 02:02 PM
aku main kutu kat opis tiap kali nak travels..seb baik la opismate sume jenis responsible gak..ms nk bersalin thn 2014 pon main kutu..pastu ketagih smpi skrg..
Quote zameyla 29-4-2016 02:30 PM
aku simpan RM5 sekeping, klu kluar lunch atau pergi shopping dapat duit RM5 hijau tu, aku simpan. Kalau satu hari tu tak dapat duit RM5 hijau, tak simpan la aku...
Bole guna time2 terdesak..memang berbaloi la...
Nak simpan RM20 sekeping tak mampu la...
Quote octavianus_83 29-4-2016 02:44 PM
tuh kalo toyol dpt..dgn balang2 dia amik...hehe..
Quote qronaldo7 29-4-2016 02:51 PM
blackwidowbae replied at 29-4-2016 12:42 PM
Bbnu boleh lerr guna cara nii

manusia matang dan macho simpan duit steady jahh, tak perlu pilih ...

jom turki
Quote qronaldo7 29-4-2016 02:53 PM
iols wat duit syiling jek. haha. setahun dpt la seratus lebih
Quote CrowneGlory 29-4-2016 02:53 PM
mak aku dulu guna duit 50 sen campak dlm drawer meja solek...sampai nk patah kayu tu..
Quote SitiRopeah 29-4-2016 03:07 PM
aku kaya kot.
tak payah simpan hijau2 nih.
ada duit lebih buat insuran je.
kira simpanan gak tu.
Quote Andyscenes 29-4-2016 03:07 PM
aku menabung, x smpi sebulan bini aku g guna. bila tnya, tu tabung dia, sukaati dia la, sejak tu aku x menabung
Quote Emperor95 29-4-2016 03:09 PM
info yang bagus
Quote blackwidowbae 29-4-2016 03:43 PM
qronaldo7 replied at 29-4-2016 02:51 PM
jom turki

Q nak banjer makcikk kerr?? Reallyyy??

really really???

nak g Cappadocia pastu singgah Paris vuley dop?? Kihkihkih

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059942 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top