CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala FA: Kedah Tak Gentar Dengan JDT Malam Ini

30-4-2016 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4577| Komen: 10

Description: Malam ini Kedah akan turun ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos menentang JDT..

Oleh : Dean BZ



Malam ini Kedah akan turun ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos menentang JDT untuk separuh akhir kedua Piala FA.

Pasukan Kedah mengakui tidak gentar untuk berdepan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun ketika ini pasukan itu gah melaungkan hasrat mahu membenam Helang Merah. 

Ketiadaan beberapa tonggak khususnya di barisan tengah bukan alasan kerana kekuatan Kedah sebagai sebuah pasukan sedia terbukti untuk memberikan tentangan kepada JDT yang akan beraksi di hadapan paluan suara penyokong Harimau Selatan. 


Bagi ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, anak didiknya tidak perlu risau dengan tekanan yang menunggu mereka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, selagi corak permainan 'ala Kedah' dapat ditampilkan 100 peratus.


"Saya sudah ingatkan semua anak didik saya supaya mengelak terkesan dengan sebarang serangan bersifat provokasi dan ancaman serta helah psikologi yang pasti akan menjadi senjata pihak lawan...sekali terpengaruh, ia pasti akan melemahkan mental dan emosi ketika beraksi menentang JDT. "

Kita sudah buktikan kemampuan kita di Stadium Darul Aman dan JDT sendiri tahu kekuatan kita...jika kita terus konsisten dan kekalkan rentak, tidak mustahil kejayaan di Kedah dapat diulangi di Johor," katanya.   

Kedah berdepan tugas berat untuk melayan JDT dalam aksi kedua separuh akhir Piala FA selepas dua pemain tengahnya tidak dapat diturunkan. Selain Liridon Krasniqi, ketiadaan Amirul Hisyam Awang Kecik turut dikhuatiri boleh merencatkan percaturan Kedah terutama di bahagian tengah yang kini terpaksa bergantung harap kepada Baddrol Bakhtiar sebagai pengemudi. 


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148889
30

Bagus
20

Marah
29

Terkejut
29

Sedih
26

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwarasa 30-4-2016 02:36 PM

xpayah risau la kedah.. x menangnya jdt. aku bukan orang kedah tapi aku sokong kedah
Quote EvieWanKenobi 30-4-2016 02:47 PM
JDT 2-1Kedah
Quote mirage_46 30-4-2016 03:00 PM
Creating history?
Beat us~~

Axl..
Penyokong kedah sakai-sesakai
Quote Andyscenes 30-4-2016 03:11 PM
wahhh x sabar. tahun ni aku sokong kedah.
Quote HannahMontana 30-4-2016 04:35 PM
sambil mengenggam erat pokok padi ,Diknah yakin Kedah menang

Quote axl_bach 30-4-2016 04:49 PM


DIA kah Itu?? someone plis tolong clarify??  izzat BeBeNu??

@ResellerMaxis @peynoTheLegend @elisdend
Quote axl_bach 30-4-2016 04:50 PM
mirage_46 replied at 30-4-2016 03:00 PM
Creating history?
Beat us~~

Best kan poster balas dari Kedah utk ayat bajet inspiring dari TMJ.....

Creating history??  Beat us

KEDAH SERATA RATA
Quote mas999 30-4-2016 10:19 PM
Adeh...2-0.....keciwa la akuuuuu
Quote mas999 30-4-2016 10:34 PM
alhamdulillah 2-1 dah...go kedah go
Quote axl_bach 30-4-2016 10:57 PM
3-1, tamat. Sudah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046674 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top