CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pulangkan Buku Perpustakaan Selepas 67 Tahun Buat Pinjaman

4-5-2016 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7391| Komen: 46

Description: Kisah wanita ini dia memulangkan buku yang dipinjam setelah lebih 60 tahun bukan seminggu atau setahun
Oleh Izzah Abbasy

Jika di sekolah dahulu, lambat memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan pasti akan didenda. Kisah wanita ini dia memulangkan buku yang dipinjam setelah lebih 60 tahun bukan seminggu atau setahun.

Buku berjudul Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed adalah milik Perpustakaan Komuniti Epsom.

Wanita tersebut meminjam buku  Myths and Legends of Maoriland  pada tahun 1949 dan telah memulangkannya pada Khamis lalu.

Menurut perkongsian perpustakaan tersebut di Facebook, wanita yang enggan dinamakan itu tidak sedar dia membawa buku tersebut bersamanya ketika meninggalkan Auckland.

Menurut Independent, wanita tersebut memberitahu petugas perpustakaan dia sudah lama ingin memulangkan buku tersebut.

Lebih tepat lagi, sudah 67 tahun. Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).

Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita tersebut kerana buku tersebut masih dalam keadaan baik. - CARI Infonet










8

Bagus
13

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zhatul 30-4-2016 10:46 AM
x denda ok la

kalau x sapa nak bayar
Quote Missfadh 30-4-2016 10:50 AM
Dulu pernah tgk satu telemovie ni kat hallmark. Sorg wanita ni dah mati, one day dia hidup balik utk krismas dan betulkan kesalahan dia. Salah satunya memulangkan buku kat library. Dia siap ckp, "betapa sakitnya tak memulangkan semula buku ini." Jadi pengajaran lh kat kita benda yg dipinjam harus dipulangkan semula.
Quote R2D2 30-4-2016 10:52 AM
sebab tu kalau ada org derma pd kita
kita pulangkan baki sumbangan yg tak digunakan tu
nama kita akan disebut sana sini
Quote kemaruk 30-4-2016 11:24 AM
Kalau tak pulangkan balik, maka merangkak la dia cari library tu kat padang mahsyar kelak
Quote spiderman80 30-4-2016 11:32 AM
Pada tahun 1998, Spidey ada pinjam sekeping VCD lucah berjudul 'Butterfly' dari seorang member. Tapi mungkin pasal sibuk dan terlupa di mana Spidey sorok VCD tu, Spidey buat don't know jer.
Pada tahun 2010, apabila Spidey kemaskan bilik, Spidey menjumpai VCD tu dan pulangkan kepada member.

Kalau Guiness World Records ambil peristiwa ini, Spidey yakin Spidey akan dapat satu record dunia berbunyi 'The Longest Time To Return A Porn VCD'
Quote shernazz 30-4-2016 11:32 AM
aku penah pinjam buku kat national library..6 bulan.pas tu baru pulangkan..siksa weinak.pulangkan..haha

naseb la bayar rm40 je..hahaha

Quote aziz79 30-4-2016 03:52 PM
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:32 AM
Pada tahun 1998, Spidey ada pinjam sekeping VCD lucah berjudul 'Butterfly' dari seorang member. Tapi ...

tahniah spidey
Quote spiderman80 30-4-2016 04:29 PM
aziz79 replied at 30-4-2016 03:52 PM
tahniah spidey

Terima kasih.

Quote slyfynx 30-4-2016 04:47 PM
Kadang2 harga lewat pulang tu lagi mahal dr harga buku.
Penah sekali tu kt library sekolah
Ckp hilang je, bayar harga buku
Lg murah dr bayar denda
Quote JENABREJAM89 30-4-2016 05:35 PM
janji pulang balik kan ....
Quote revoc 30-4-2016 07:24 PM
fuhhh

giler,crita pling epik untuk librarian yg membosankan...........terbaek derang trunkan untuk turun temurun pada bkal pengawas library yg kebosanan x dak kerja

muahahahahahxhahxhaxhaxhax
Quote chinta89 2-5-2016 04:06 PM
kalau dia nk denda, jgn hrp nk hantar balik
Quote assaffah 2-5-2016 05:45 PM
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:32 AM
Pada tahun 1998, Spidey ada pinjam sekeping VCD lucah berjudul 'Butterfly' dari seorang member. Tapi ...


Spider ni suka tengok cerita tak senonoh:
Quote lasagnaklcc 2-5-2016 05:57 PM
Penah pinjam buku dr perpustakaan bergerak, tapi bila hari pulang buku bas tu tak dtg2. Setahun lbh peram baru pulang kat perpustakaan daerah. Tak kena denda pon salahkan bas
Quote ultra78 2-5-2016 06:01 PM
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:32 AM
Pada tahun 1998, Spidey ada pinjam sekeping VCD lucah berjudul 'Butterfly' dari seorang member. Tapi ...

Kalau ini berlaku di uk, spidey bolehlah panggil akhbar tabloid di sana utk cover cerita spidey ni. Kalau nasib baik, ada la follow up story. Kat malaysia tak boleh sebab vcd porn adalah illegal


Quote lalala22389 3-5-2016 10:19 AM
Edited by lalala22389 at 3-5-2016 10:20 AM
revoc replied at 30-4-2016 07:24 PM
fuhhh

giler,crita pling epik untuk librarian yg membosankan...........terbaek derang trunkan untu ...

librarian membosankan??sure???kalau gomen punya maybe bosan..kalau private cam aku keje ni takde masa free ye cik
Quote Simunggu 3-5-2016 10:32 AM
spiderman80 replied at 30-4-2016 11:32 AM
Pada tahun 1998, Spidey ada pinjam sekeping VCD lucah berjudul 'Butterfly' dari seorang member. Tapi ...

Kalau tak pulangkan balik, maka merangkak la dia cari member tu kat padang mahsyar kelak
Quote sgbuloh 3-5-2016 10:42 AM
selama 67 tahun dia mencuri hak orang lain untuk baca buku tu.. tak patut.. tak patut..
Quote revoc 3-5-2016 03:40 PM
lalala22389 replied at 3-5-2016 10:19 AM
librarian membosankan??sure???kalau gomen punya maybe bosan..kalau private cam aku keje ni takde m ...

hahhhhhhhhhhhhh

ada libary yg private????lagi ler x dak orang????

yg gomen free pun orang x pi

tpi,yg komen asal aku tuh,yg aku tulis membosankan,aku maksudkan,library sekolah,sbb tu boring,hahaha,jdi bambu cikgu jek

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.221159 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top