CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kisah Sebenar Disebalik Kes "Kucing Diracun" Di UTM Jalan Semarak

20-5-2016 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13117| Komen: 53

Description: Baru-baru ini, tersebarnya sekeping gambar sekumpulan kucing.....

Oleh : Dean BZ

Baru-baru ini, tersebarnya sekeping gambar sekumpulan kucing dikatakan diracun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak KL. Gambar menyedihkan itu mendapat banyak kritikan dari nitizen dan memohon penjelasan dari pihak universiti tentang perkara sebenar.



Susulan itu, Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur tampil memberi penjelasan kejadian sebenar.


Assalamualaikum wrt wbth,
Selamat Petang:

Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.


Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.

Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai.

Yang Benar:
Profesor Dr Durrishah Idrus
Pengarah Kampus
UTM Kuala Lumpur.

Dengan penjelasan diatas, diharap semua pihak tidak lagi menyebarkan gambar ini kerana akan mencemarkan imej UTM. - CARI Infonet.
19

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 20-5-2016 02:53 AM
JAWAPAN:

RASMI:
Assalamualaikum wrt wbth,
Selamat Petang:

Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.

Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.

Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai.

Yang Benar:
Profesor Dr Durrishah Idrus
Pengarah Kampus
UTM Kuala Lumpur.

https://www.facebook.com/campusdirector/
Quote tongkatwaran75 20-5-2016 02:54 AM


Profesor Dr Durrishah Idrus
Pengarah Kampus
UTM Kuala Lumpur.
Quote Acong_II 20-5-2016 02:58 AM
umat spesis mana suka dok tabur fitnah nie?  
Quote tongkatwaran75 20-5-2016 03:07 AM
wah...peperangan kucing dan anjing nih...


[youtube]PrPaYUdz7Ks[/youtube]

Quote Mary_jane 20-5-2016 03:07 AM
Kesiannya.
Quote MsKathryn 20-5-2016 03:09 AM
Kesian kucing tu
Quote GhostWalking 20-5-2016 04:30 AM
Ni bukan patut masuk viral ke sumber fb
Quote mbhcsf 20-5-2016 06:09 AM
penangan media sosial - terus kata diracun walhal kena serang ?
kesian. kesian sungguh.

tapi ganas  nyer anjing liar tu baik pi tangkap dan do something nanti  kes yang sama berlaku.
Quote mbhcsf 20-5-2016 06:11 AM
?rabies kang baik cari  anjing liar tu sebab dah mula serang menyerang ni.
Quote FARRAZOOL 20-5-2016 06:49 AM
Kesian kat kucing2 tu
Quote stiinger 20-5-2016 06:50 AM
mbhcsf replied at 20-5-2016 06:09 AM
penangan media sosial - terus kata diracun walhal kena serang ?
kesian. kesian sungguh.




Tidak dapat dibayangkan bila anjing bertemu kucing...... akan berlakunya sesi bercium mulut...otherwise tidak akan ada peribahasa bagai anjing dengan kucing...

Kedudukan anjing dan kucing dalam hati kau?

Heeeeeeeee
Quote stiinger 20-5-2016 06:52 AM

Kalau anjing yang mati tergelempang?

Padan muka? Dah dasar anjing?

Kahkahkah
Quote gaara_X 20-5-2016 07:30 AM
kekadang kita tengok pic....and bideo...jangan ler wat spekulasi and andaian.....yang tak tahan..terus viral ke media elektronik....
Quote encikWawad 20-5-2016 07:49 AM
Elok pulak kucing tu berjemaah mati?  Kalau diserang hanjeng harus susupsasap lari - macam takde kesan darah jer -
Quote rosasa 20-5-2016 07:52 AM
anjing punya angkara, manusia dapat nama
Quote CikNano 20-5-2016 07:59 AM
encikWawad replied at 19-5-2016 11:49 PM
Elok pulak kucing tu berjemaah mati?  Kalau diserang hanjeng harus susupsasap lari - macam takde kes ...

kucing aku penah kene gigit dgn anjing..mmg xbdarah pon. yg bahaya sebenarnya air liur anjing tu sdiri
Quote crazecousa 20-5-2016 08:02 AM
ade gambor ke? x kuar plak
Quote atira 20-5-2016 08:07 AM
kat area rumah aku ni aku nengok elok je kucing n anjing ... kucing buat bodo atau depa blah awal2.. anjing pon buat bodo..
cuma kucing suka terkam burung..
ada la beberapa bangkai burung bila dok jog area rumah
Quote EvieWanKenobi 20-5-2016 08:18 AM
kesiannya kucing2 tu..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.290079 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top