CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mengaji Dulu 2 Juzuk, Boleh Dapat Makanan Percuma!

26-5-2016 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6557| Komen: 21

Description: Bayangkan anda boleh menikmati makanan dengan percuma
oleh Adib Za

Bukan semua peniaga untuk menyasarkan keuntungan semata-mata dalam setiap jualannya. 

Jika di Malaysia sudah banyak gerai yang menawarkan makanan dengan harga kasih sayang, serendah RM1 untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. 


Begitu juga dengan satu gerai yang terletak di kota Bandung, Indonesia ini. Bayangkan anda boleh menikmati makanan dengan percuma sahaja di sini asalkan menyudahkan bacaan al Quran untuk dua juzuk di situ. 




Ya, itulah yang dipraktikkan di warung Joni Abadi yang dimiliki oleh Ricky Ricarvy Irawan, 31. Memetik laman Detik.com, di gerai ini memang disediakan tempat untuk mengaji dan membawakan konsep Islamik. 

Menurut Ricky, jika seseorang itu sudah mahir mengaji, 2 juzuk itu boleh diselesaikan dalam masa 1 jam sahaja. Selepas itu, mereka dihidangkan dengan makanan enak di gerai ini.

Antara menu yang dihidangkan ialah cumi, kentang mustopa dan opor ayam. 

"Ramai yang tetap membayar kepada saya, meskipun mereka telah menghabiskan 2 juzuk, walaupun ia percuma sahaja," ujar Ricky. 





Ini merupakan merupakan cara dakwah yang cuba dibawakan oleh pemuda ini. Harapannya semoga orang yang lalu lalang di tepi jalan ini boleh turut serta dan terbuka hati untuk mengaji di sini. 

Menarik kan, pendekatan yang dibawakan? Harap tak lama lagi ada pula gerai seperti ini di kaki-kaki lima di Malaysia. - CARI Infonet


Sumber: Detik.com

5

Bagus
20

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 26-5-2016 03:08 PM
menarik ni!!! tak pernah terlintas idea cenggini.
Quote nab23695 26-5-2016 03:15 PM
bagus boleh jadikan saham akhirat nnti
Quote FARRAZOOL 26-5-2016 03:51 PM
Syukur alhamdulillah
Quote Andyscenes 26-5-2016 04:17 PM
kene buat kt malaysia
Quote missinpiece 26-5-2016 04:43 PM
Sini semua nak free banyak syarat nnt kata tak ikhlas la itu la ini la
Quote AisyDani13 26-5-2016 04:56 PM
terbaik








Quote red_cattleya 26-5-2016 07:21 PM
org Malaysia bgi pisang free je
Quote imransulaiman 26-5-2016 09:46 PM
Esok Jumaat...banyak masjid dan surau ada makanan free...paling kurang pun pisang
Quote EvieWanKenobi 26-5-2016 10:13 PM
moga dimurahkan rezekinya..
Quote cmf_Kimmy 26-5-2016 11:08 PM
rasanya bukan disebabkan untuk memberi makanan free saja, tapi lebih kepada menggalakkan  orang membaca Alquran. Dgn cara begini, bukan saja yg  yg membacanya mendapat pahala bahkan yg menjual juga mendapat pahala sama.......sekiranya niat dibuat  ikhlas hanya kerana Allah semata2.
Quote kambeng_masam 27-5-2016 06:07 AM
idea yang bagus.
Quote giyomi 27-5-2016 07:10 AM
Klu wat sesuatu kerana Allah, biarlah ianya ikhlas dari hati yg suci, bukan disuruh atau dipaksa. Tak logik cara ni, sebagai pniaga dia melakukan kesalahan, sepatutnya klu benar dia peniaga u ikhlas menolong, patutnyadia edarkan makanan free tanpa syarata, ini pendapat I siapa nk hencap, hencap lah.
Quote pittjie 27-5-2016 09:27 AM
mas .. kalau gue lapar banget .. gue makan dulu yach. ngajinya kemudian. bisa ngga?
Quote MeetJoeFly 27-5-2016 09:42 AM
giyomi replied at 26-5-2016 11:10 PM
Klu wat sesuatu kerana Allah, biarlah ianya ikhlas dari hati yg suci, bukan disuruh atau dipaksa. Ta ...

Aku tak fikir gitu... Ni tujuan menggalakkan...menyeru dan membiasakan.....takde istilah memaksa atau tak ikhlas. Konsepnya mcm kita mngharapkan pahala...tak nampak, bila tak nampak kita tak buat... Dia ni buat untuk menampakkan reward bila kita beribadah...

Sama mcm tutup aurat, solat dan ibadah lain jugak. Paksa diri untuk dijadikan kebiasaan... Lama2 bila ibadah tu berbekas dihati akan rase manisnya ibadah tu dan takde lagi istilah tak ihkhas dan terpaksa...

Satu usaha yang baik ...
Dia hanya provide a one stop centre for quran recitation ... Just ada added value diberi makan percuma  
Quote MeetJoeFly 27-5-2016 09:42 AM
Good job dan dpt tumpang pahala org ramai
Quote mizlily 27-5-2016 09:45 AM
mengalakkan org mengaji...
Quote de_ikea 12-6-2016 12:13 AM
Seperti dijangka. Mesti ada yg komplen. Dikatakan paksaanlah, dikomen ikhlas tak ikhlas lah.
Cubalah lihat dr sudut hikmah dik.
Quote Chekti 12-6-2016 03:27 PM
bagus juga teknik ni...sekurang2nya dapat menggalakan lg umat islam membaca alquran...
Quote LuLu^Lost 12-6-2016 04:55 PM
de_ikea replied at 12-6-2016 12:13 AM
Seperti dijangka. Mesti ada yg komplen. Dikatakan paksaanlah, dikomen ikhlas tak ikhlas lah.
Cubal ...

tu la. sikit2 nak komplen. tgk la dari sudut positif. org nampak makanan free je, padahal tak nampak, mulia lagi menggalakkan orang baca Al Quran selain dari dapat makan free. kan dua2nya masing2 ada faedahnya. jadi... cara terbaik, buat kedua-duanya. bagus usaha ini.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.055581 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top