CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kebankrapan Di Malaysia Masih Membimbangkan!

26-5-2016 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7405| Komen: 8

Description: Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.
Oleh : TS LOO




Bankrap, muflis; dua perkataan yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. 


Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.


sumber foto: Jabatan Insolvensi Malaysia/ Bernama



Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) di atas, purata 61 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini pada tahun 2014 berbanding 50 orang bankrap setiap hari, tahun 2013. 

Seramai 22, 351 kes sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia. 

Antaranya 5 sebab utama kebankrapan termasuk sewabeli kenderaan (6,802 kes), pinjaman peribadi ( 4,906 kes), pinjaman perumahan ( 3,880 kes), pinjaman perniagaan ( 2,150 kes) dan hutang kad kredit ( 1,827 kes). 

Manakala pinjaman pelajaran atau biasiswa dan hutang cukai pendapatan adalah antara yang paling rendah bilangan kes menyebabkan seseorang mengalami kebankrapan.

Statistik tersebut turut menunjukkan daripada keseluruhan individu muflis, sejumlah 13, 098 orang berumur 44 tahun ke bawah dengan kelompok 35-44 tahun menduduki jumlah individu tertinggi muflis iaitu 7,641 orang. 

Dalam pada itu, daripada jumlah kes 22, 351, sektor swasta merupakan jenis pekerjaan yang paling tinggi terlibat dalam kebankrapan dengan jumlah kes 13, 594 atau 60 peratus diikuti berniaga dan sektor awam.

sumber foto: google image



Baru-baru ini, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong, sebanyak 18, 457 kes bankrap dilaporkan pada 2015 dan kebanyakan berpunca daripada masalah pinjaman peribadi dan diikuti masalah sewa beli kenderaan. 


"Mengikut statistik kes kebankrapan daripada 2011 hingga 2015, isu kebankrapan kategori paling tinggi adalah akibat kedua-dua masalah itu,"  katanya pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai hutang kad kredit, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat tertentu antaranya perlu mematuhi pendapatan minimum RM24,000 setahun.


     


Selain itu, jelasnya kerajaan turut melaksanakan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) dan program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pengurusan kewangan.


Sehingga akhir tahun lepas, jumlah hutang isi rumah di negara ini adalah sebanyak RM1,030 bilion dengan 80 peratus daripada sistem perbankan dan 20 peratus daripada institusi kewangan bukan bank, merangkumi 89.1 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).- CARI Infonet




sumber info : Berita harian & Bernama
14

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
36

Sedih
28

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 26-5-2016 09:46 PM
Hari2 berita yg sama

bangkrupt muflis gaji ciput bagai 2
Quote Andyscenes 27-5-2016 07:50 AM
da tau byk hutang buatlah partime. br la x muflis
Quote irdkkelate 27-5-2016 08:57 AM
dah tahu gaji ciput..duk kehulur kehilir pi bank buat loan nak hidup mewah

dasar caprut

Quote mizlily 27-5-2016 09:16 AM
rasanye patut siarkan pula...
bagaimana nk membantu mereka2 ini menyelesaikan hutang2 tersebut...
Quote Artemesiaa 27-5-2016 11:44 AM
Bila gigih nak tiru cara kehidupan orang lain walaupun tak mampu itu le pengakhirannya
Quote Apai86 27-5-2016 12:20 PM
Apabila nafsu mengatasi segala2nya....beginilah jadinya....so?...g pinjam Ah Long, pastu lari ke luar negara...hahahaha
Quote Kambeng_Gurun 27-5-2016 12:52 PM
Dah tau gaji tu ala kadar je...hidup tu sila ukur baju di badan sendiri..
ni tak, ko pun sibuk nak bergaya macam orang berada..
nak kawen pun gigih nak ikut style orang sekarang..
tak nak kalah..
loan ptptn pun tak pernah bayar..
kete gigih nak beli yang high standard aje..
tu blom lagi apply loan utk majlis kawin..
hutang kad kredit kad pun ko tak mampu nak bayar tiap-tiap bulan..in fact, ko tak penah bayar sesen pun..
maintenance kete pun sangkut..asyik laa minta duit dr orang lain..pinjam nak buat maintenance kete..
ni bukan story aku..
ni story orang sekeliling yang aku kenal..
suka-suka-suka-suka sangat berhutang..
tak sedar diri..
advice pun tak jalan..
ikut suka ko lah labu..dah susah esok, jangan kata orang sekeliling tak nasihatkan ko..
Quote mujer_in_espejo 27-5-2016 06:56 PM
Agak gerun baca jadi penjamin sosial pon leh bankrup

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069315 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top