CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jika Bercuti Ke USA Atau Eropah, Jangan Lupa Ke 7 Taman Permainan Terbaik Ini

26-5-2016 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5176| Komen: 4

Description: Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan ramai...

Oleh : Dean BZ


Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan ramai terutamanya rakyat Malaysia jika mempunyai peluang bercuti. 


Cuti sekolah pertengahan penggal juga sudah semakin hampir. Pasti ada yang sudah merancang percutian dan bagi yang mempunyai bajet lebih mungkin langkah mereka lebih panjang iaitu bercuti ke luar negara.

Jika merancang bercuti bersama keluarga terutamanya yang ingin membawa anak-anak, eloklah ke destinasi yang mempunyai taman tema permainan ini. Berikut  adalah 7 taman tema terbaik di Amerika dan Eropah, dipetik dari Skyscanner.



1. Disneyland Park, Paris, Perancis

Taman permainan paling terkenal di Eropah ini setiap tahun dikunjungi kira-kira 10 juta orang. Disneyland, terletak di dalam kawasan Disneyland Paris, bersama dengan Walt Disney Studios Park, di Marne-la-Vallée, sebuah kota kecil dekat Paris.



2. Europa-Park, Rust, Germany
Theme park terbesar di Jerman ini terletak di Rust, Jerman bahagian barat daya dengan Ibu Kota Stuttgart. Di taman tema ini terdapat 12 roller coasters yang mempunyai keunikan masing-masing. Setiap hari setidaknya 50 ribu pengunjung mencuba mainan disini. 


Foto - www.dw.com


3. Tivoli Gardens, Copenhagen, Denmark
Trivoli Gardens, yang dibuka pada 15 Ogos 1843 ini merupakan taman permainan tertua kedua di dunia setelah Dyrehavsbakken. Dengan jumlah kunjungan rata-rata 4 juta orang setahun.

Foto - equator.eftours.com

Foto - equator.eftours.com


4. Efteling, Kaatsheuvel, Belanda
Taman permainan ini sangat luas, iaitu dua kali ganda dari Disneyland di California dan Amerika Syarikat. Efteling, terletak di sebuah desa kuno kecil di Belanda yang sekitar 1,5 jam perjalanan dengan kereta (103 Km) dari bandaraya Rotterdam.

Foto - archief.wereldomroep.nl


5. Walt Disney World Resort, Florida, Amerika Syarikat
Setiap tahun, rata-rata jumlah pengunjung mencapai sehingga 18 juta orang. Terdapat pelbagai taman tema disini seperti Magic Kingdom, Epcot, Disney’s Animal Kingdom, dan Disney’s Hollywood Studios.

Foto - www.stuff.co.nz

Foto - britishairways.com



6. Disneyland Park, California, Amerika Syarikat
Disneyland Park atau biasa disebut Disneyland terletak di Anaheim, California (sekitar 45 Km dari Los Angeles) dan merupakan taman rekreasi Disney yang pertama didirikan.

Foto - britishairways.com


7. Cedar Point, Ohio, Amerika Syarikat
Cedar Point terletak di dekat Danau Erie di Sandusky, Ohio, dan merupakan taman permainan tertua kedua di Amerika Syarikat. Menariknya, taman permainan ini menjadi taman permainan dengan permainan terbanyak.

Foto - soakcitycp.com


Andai berpeluang bercuti ke salah satu taman tema terkemuka diatas, sudah pasti percutian anda sekeluarga akan menjadi kenangan paling tak dapat dilupakan. - CARI Infonet.



26

Bagus
32

Marah
27

Terkejut
34

Sedih
25

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irwansuhadi 26-5-2016 05:20 PM
Omputih memang suka berjimba-jimba
Quote FARRAZOOL 26-5-2016 11:57 PM
Seronoknyaaaa
Quote EvieWanKenobi 27-5-2016 12:33 PM
walaupun tiketnya mahal
tapi berbaloi..
Quote sherry70 28-5-2016 09:48 PM
my 1st visit ke Disneyland Anaheim 20 yrs ago abt  $40-45 ,late  last yr paid abt 130$ gitu la but berbaloi la....kalau nak Budget Universal Studio LA ,I paid under 100$ utk 1 yr.. everytime visit LA mesti ke Disneyland n Universal

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.216404 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top