CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Bekas Kekasih Masih Hubungi? Inilah 5 Sebabnya!

26-5-2016 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 32589| Komen: 19

Description: Bagi mereka yang benar-benar tidak tahu mengapa EX anda masih lagi menghubungi anda, ini mungkin salah satu sebabnya.
Oleh : TS LOO

 

sumber foto: google image


Pernah tak sebelum ini mengalami situasi bekas kekasih menghubungi kembali walaupun sudah sekian masa putus cinta dengan dia?

Hal ini biasanya dialami oleh kaum hawa berhati lembut dan tidak sampai hati mengecewa 'EX' itu, tapi tahu tak tindakan macam itu bukan sahaja tidak adil buat kekasih awak yang sedia ada, malah membuatkan 'EX' itu masih beranggapan ada kesempatan lagi.

Sebenarnya, wahai perempuan, perangai 'EX' tu menghubungi kembali hanya kerana beberapa sebab yang membuang masa dan sia-sia saja!

Ketahui sebabnya dan segera beritahu bekas kekasih itu jangan mengganggu saya lagi.



1. Mereka tidak boleh terus ke hadapan

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan daripada berdua tiba-tiba berseorangan. Jangan beranggapan mereka masih cintakan anda, jika 'Ex' tu menghubungi kembali, sebenarnya mereka tidak dapat 'move on' . Anda mungkin merasakan bahawa terus berhubung dengan mereka adalah cara terbaik, tetapi sebenarnya ia hanya akan memanjangkan proses penyembuhan kamu berdua.



2. Mereka gagal untuk mendapatkan pasangan baru
Salah satu sebab utama bekas kekasih anda masih menghubungi anda, mungkin kerana mereka tidak dapat lagi mencari pengganti anda. Apabila mereka tidak menemui pengganti, mereka akan kembali untuk menagih cinta anda. Pasti selalu terjadi kan!



sumber foto: google image

3. Mereka mahu anda kembali
Jika benar-benar anda tidak ingin kembali berkawan dengan mereka, maka berhentikan segala bentuk jalinan komunikasi samada menerusi panggilan telefon mahupun di laman sosial. Apabila anda masih terus melayan mereka, tindakan tersebut hanya akan memberi mereka harapan dan membuatkan mereka tidak akan putus asa. 



4. Mereka hanya bermain-main dengan anda
 Jika sebelum ini hubungan anda dengan 'Ex' berakhir dengan buruk, maka jelas sekali, dia kembali menghubungi anda, hanya bertujuan untuk bermain-main dan ingin mempermainkan hati anda, ada sedikit unsur nak balas dendam.  Jadi, anda perlu tunjukkan pada si dia yang anda mempu meneruskan kehidupan tanpanya. Pasti 'Ex' anda akan rasa terkilan dan merasakan ianya tidak memberi kesan kepada anda.



5. Mereka ingin buat anda fikir tentang mereka
Satu sebab lagi adalah mereka ingin lihat sama ada anda masih merindui mereka atau tidak dan ingin tahu kisah hidup anda selepas ketiadaan mereka. Bagi bekas kekasih yang masih menyayangi dan merindui anda, mereka rasakan dengan menghubungi anda kembali adalah cara untuk mengetahui perkembangan anda dengan lebih dekat. Ingat, jangan beri harapan langsung buat 'Ex' tu.- CARI Infonet





sumber : Hanasuva
33

Bagus
44

Marah
17

Terkejut
30

Sedih
24

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 26-5-2016 08:21 PM


sebab gopoh sangat tekan email address sampai tertekan email si dia, perhaps? ahaks

may be ? perhaps, perhaps , perhaps?

Quote FARRAZOOL 26-5-2016 10:35 PM
Koserrrrr
Quote mizlily 27-5-2016 10:41 AM
mungkin rasa bersalah....
Quote sipendiam 27-5-2016 03:06 PM
aku rilek je contact dgn ex
Quote uori 27-5-2016 03:14 PM
tak kwasa
Quote anees~nuhara 11-7-2016 06:03 PM
amende laaa..http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/3shakehead.gif
Quote hayati_soraya 11-7-2016 06:56 PM
sipendiam replied at 27-5-2016 03:06 PM
aku rilek je contact dgn ex

Boleh tahu berapa kerap? N mmg dh takde perasaan langsung ke kat dia?
Quote sipendiam 12-7-2016 07:50 AM
hayati_soraya replied at 11-7-2016 06:56 PM
Boleh tahu berapa kerap? N mmg dh takde perasaan langsung ke kat dia?

haha tak la kerap.. kadang2 whatsapp/komen2 kat fb..

ade je simpan perasaan..tapi buat2 tak fikir.. kadang2 saje komen2 ala2 flirt konon2 nak balik..saje nak tengok respon.. ahaha
Quote hagemaru12 29-8-2016 12:05 PM
mungkin rasa bersalah....
Quote senduhazab 31-8-2016 11:44 PM
Mula2 kontek ok sbb nak tanya khabar
Masing2 dah beranak pinak
Tapi bila start ckp mak ayah pakcik makcik semua rindu la
Then mimpi family kita la
Maleh daku nak layan
Laki sendiri pun tak terlayan ni pulak nak melayan laki org...tak koser
Quote Mxx05012 2-9-2016 12:19 AM
Hey bro! Hi kawan2!!


Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote aksaradhia 7-9-2016 11:47 AM
senduhazab replied at 31-8-2016 11:44 PM
Mula2 kontek ok sbb nak tanya khabar
Masing2 dah beranak pinak
Tapi bila start ckp mak ayah pakci ...

bekas bf i dah jd psiko kut..contact ppuan sana sini tak kire janda ke bini org ke sbb nk celup sana sini. Die da bcerai akhirnya sbb perangai bodoh ni..pastu nk try i plak..ek elehh..ko ingat ko bradd pitt?
Quote miz_butcher 7-9-2016 02:03 PM
Err kalau dah berlaki berbini tak payah ler cari nahas nk melayan ex.. Aku pon tak kuase nak melayan. Even kau dah move on pon tak perlu kot nak kontek2 ni. Konon Dm aku kat insta tanya kabor la..like gambar lah.. Kesah pulak aku nak melayan. Nak jadi kawan? Err kuase..macam la dah xde kawan lain. Memang aku saja public kan profile biar die tengok bahagia nye aku berjalan sana sini dengan laki haku. Buat tongong je lama-lama nanti die bosan lah.
Quote terma2nkondisi2 7-9-2016 11:53 PM
ishh mcm2 hal... si ex tu call balik sbb nak mintak maaf.. tu je
Quote Daisyna 8-9-2016 01:07 PM
berpatah arang berkerat rotan....past is past koser turning back,gitchewwwww
Quote malaysiaku123 13-9-2016 10:24 PM
Bhy weyy..jgn nk contact balik..zmn skrg nafsu belaka
Quote tengku_anggun00 15-9-2016 03:00 PM
rindu ex....
Quote Wanawee 20-9-2016 06:44 PM
ex dah bertunang, dah nak kawen masa tu, tetiba contact i balik. panggil2 sayang. euwwww
block terus. kosserrrr
Quote che_kembang 20-9-2016 07:28 PM
tapi...tepuk sebelah tgn x kan berbunyi.  bo layan kn aje kalau dah mnggeletis

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top