CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dinaiki Sekeluarga Dihempap Batu Seberat 20 Tan

28-5-2016 09:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8133| Komen: 29

Description: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap bongkah batu yang runtuh secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang pada petang tadi.
Oleh : TS LOO


sumber foto: astro awani



Petang tadi, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap bongkah batu yang runtuh secara tiba-tiba di bahagian kiri hadapan kereta mangsa ketika melalui Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang pada petang Sabtu.


Difahamkan ketika itu mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Paya Terubong ke Balik Pulau bagaimanapun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua mangsa selamat.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh satu kilometer di kedua-dua belah arah jalan berkenaan.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri usaha mengalihkan batu seberat 20 tan itu sedang dijalankan pihak berkuasa.


Sementara itu pihak jabatan kerja raya yang berada di tempat kejadian memaklumkan akan melakukan kerja-kerja kecemasan untuk mengelakkan batu-batu lain jatuh ke atas jalan raya.- CARI Infonet





sumber berita : http://www.astroawani.com/
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudin66 28-5-2016 09:37 PM
Camena batu tu boleh jatuh? Siapa yang tolak?
Quote awaynepian 28-5-2016 10:05 PM
Nasib baik kn sipi jer
Quote jazaa100 28-5-2016 10:08 PM
Buat kenduri kesyukuran family tu....
Quote cHimo 28-5-2016 10:22 PM
Nasib baik...
Quote catalina 28-5-2016 10:24 PM
Ayoo! Sure traumatise..
Quote Changa 28-5-2016 10:27 PM
Teringat pula  kereta kat penang yang kena hempap kren sampai tertusuk jauh dalam tanah itu, korek2 tak jumpa then consider berkubur dalam tu jah.
Quote jfq 28-5-2016 10:31 PM
Penipunya tajuk
Mana kena hempap
Quote kasibiman 28-5-2016 10:33 PM
Gila lah
Quote saladin780 28-5-2016 10:36 PM
Mana de hempap..hentam dari sisi jer
Quote cik_tonggek 28-5-2016 11:11 PM
Changa replied at 28-5-2016 10:27 PM
Teringat pula  kereta kat penang yang kena hempap kren sampai tertusuk jauh dalam tanah itu, korek2  ...

Ayooooo naya nye
Citer bila ni
Quote Changa 28-5-2016 11:13 PM
cik_tonggek replied at 28-5-2016 11:11 PM
Ayooooo naya nye  
Citer bila ni

ini sister rakaman cctv nya , bila dah puas korek2 tak jumpa, ujung2 family pun redha jah berkuburnya heshe dalam tanah itu.

[youtube]RxeyRrqkPe4[/youtube]
Quote edee_91 28-5-2016 11:15 PM
Susulan kejadian bongkah batu besar runtuh di Jalan Bukit Baru Balik Pulau tengahari tadi

Ini respon dari JKR Pulau Pinang berkenaan Tindakan Awal & Tindakan Jangka Panjang yang telah dan akan diambil.

1. Menyedia Kawalan Traffik sehingga halangan dpt dialihkan oleh JKR Barat Daya
2. Menyediakan Papan Tanda Amaran (TMP)
3. Mengalihkan boluders diatas jalan.
4. Membersihkan debris yg ada atas jalan.

Jangka Panjang
1. Memasang Gabion sbg penahan @ penampan di lokasi terlibat.
Mereka juga akn menulis surat pd caw cerun utk khidmat nasihat utk long term solution.

Moga semuanya berjalan lancar dan sempurna demi kemaslahatan warga Pulau Pinang kita. Kesabaran anda dalam mengharungi kesulitan sementara ini amatlah dihargai.

sumber: penang kini
Quote edee_91 28-5-2016 11:15 PM
Quote cik_tonggek 28-5-2016 11:15 PM
Changa replied at 28-5-2016 11:13 PM
ini sister rakaman cctv nya , bila dah puas korek2 tak jumpa, ujung2 family pun redha jah berkubur ...

Takutnya, abih jalan yg dorang korek tuh skang apa jadi
Quote sukacactus 28-5-2016 11:20 PM
Kalau ada sakit jantung ni bleh mati terkejut rasanya
Quote debab_78 28-5-2016 11:40 PM
Jalan ni mmg dari dulu berisiko esp time hujan... dulu pun pnh batu besar2 jatuh gak...
Btw jalan ni lah aku ulang alik dulu2 masa keje kat balik pulau... pernah sekali aku tbabas motosikal time hujan. Nsb baik ada hmba allah yg tlg time tu...
Quote Artemesiaa 28-5-2016 11:41 PM
Ngeri nasib tak ada yang cedera atau hilang nyawa trauma je mungkin
Quote cmf_premierleag 28-5-2016 11:44 PM
cik_tonggek replied at 28-5-2016 11:11 PM
Ayooooo naya nye  
Citer bila ni

Mohtep sis tak tahu cite ni?
Pencawang tu jatuh dari menara umno penang
Sedara uols datuk paduka laki umie tu kan umno penang bagai    
Quote cik_tonggek 28-5-2016 11:48 PM
cmf_premierleag replied at 28-5-2016 11:44 PM
Mohtep sis tak tahu cite ni?
Pencawang tu jatuh dari menara umno penang
Sedara uols datuk paduka ...

Koser pulak heshe nak gosip2 pasal nih dgn akak khennnnn
Karang nih bulan posa mesti akak akan jumpa heshe at least time bukak posa kat rumah sesapa
Nak kirim apa2 ke kat heshe dikkkk

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.180757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top